CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2092|Reply: 4

[Tempatan] Kebun getah pun ok 'what' main judi

[Copy link]
Post time 14-5-2014 11:39 AM | Show all posts |Read mode



Port judi dalam kebun getah diserbu

JASIN - Seorang lelaki warga emas semput ketika berlari cuba mengelak daripada dicekup sepasukan polis yang menyerbu sarang perjudian di sebuah pondok di kebun getah Kampung Parit Keliling, Simpang Bekoh, di sini.

Lelaki berusia 57 itu ditangkap kira-kira 50 meter daripada lokasi selepas dia dan hampir 20 kaki judi yang lain lari lintang pukang ketika leka bertaruh di pondok berkenaan kira-kira 6.30 petang kelmarin.

Lelaki itu antara sembilan kaki judi termasuk seorang wanita warga emas berusia 67 tahun ditahan polis ketika serbuan dilakukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

Serbuan diketuai Pegawai Serbuan D7 Melaka Inspektor T Manonmany itu turut membongkar pondok dua tingkat terbiar di kebun yang dijadikan lokasi sekumpulan kaki melakukan aktiviti pertaruhan.

Menurut sumber, pondok di tengah kebun getah itu dipercayai dijadikan ‘port’ berjudi sejak dua minggu lalu berikutan lokasinya agak terpencil dan jauh dari laluan utama.

“Kebanyakan daripada tahi judi ini juga adalah penduduk tempatan yang bekerja sebagai penoreh getah dan suri rumah, mereka dipercayai sanggup bertaruh ribuan ringgit setiap kali berjudi.

“Sebaik sahaja menyedari kehadiran polis, sebahagian daripada mereka lari lintang pukang  ke dalam kebun meninggalkan motosikal masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus D7 Melaka, Asisten Superintendan Azahar Abdul Rahim berkata, semua kaki judi leka bertaruh dengan mengerumuni sebuah meja bulat ketika serbuan dilakukan di dalam Ops Dadu berkenaan.

“Serbuan hasil aduan awam dan risikan dilakukan ini, kami berjaya menahan sembilan individu termasuk empat wanita berusia antara 23 hingga 67 tahun.

“Pemeriksaan di lokasi turut merampas 48 keping daun terup, meja, kerusi dan wang tunai RM1,505 dipercayai wang pertaruhan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin dan disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1959.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2014 10:46 PM | Show all posts
melaka darul judi
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
polis mase serbu tu jgn sebot polis!! mesti depa lari..pi je dekat2 tny ang pa buat pa..mesti tak dan nk lari.lol
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 11:50 PM | Show all posts
pompuan surirumah berjudi gak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 11:53 PM | Show all posts
TuntungReturn posted on 14-5-2014 10:50 PM
polis mase serbu tu jgn sebot polis!! mesti depa lari..pi je dekat2 tny ang pa buat pa..mesti tak da ...

hidup ini satu perjudian...dan...

wa belum pernah kalah...





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.057812 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list