4 Rumah Kebajikan di Pahang Terima Bekalan Produk Ayam Brand Selama 2 Bulan, Sertai Cabaran SeniKreatif
Ayam Brand, jenama yang terkenal di Malaysia sejak120 tahun lalu dengan rangkaian makanan dalam tin yang berkhasiat, tanpatambahan pengawet dan tanpa MSG tambahan, kini didalam misi membantu lebih ramaigolongan kurang bernasib baik untuk memupuk idea kreatif mereka melalui Kempen MasyarakatPenyayang “Diet Sihat Untuk Kreativiti” 2014.
Dalam tahun ketujuhnya, Kempen Masyarakat PenyayangAyam Brand ini akan menyaksikan sumbangan produk yang mencukupi untuk kegunaanharian selama dua bulan ke 48 buah badan kebajikan di 10 wilayah seluruh Malaysia.Ia akan membekalkan 2,200 orang anak-anak yatim, golongan kurang upaya dan wargaemas dengan produk makanan bertin yang mudah disediakan, sihat dan berkhasiat.
Kempen ini adalah sebahagian daripada program Tanggungjawab Korporat Ayam Brand yang dilancarkan sejak 2008 dan sehingga kini telah dimanfaatkan lebih daripada 13,200orang dari 264 organisasi kebajikan.
Kempen ini telah dilancarkan di Pahang dengan sumbangan kepada PERMATACAMAR, Rumah Penyayang Tun Abdul Razak, Pusat Penjagaan Kanak-kanak Terencat Akal Kuantan dan Rumah Anak Yatim & Miskin Nur Iman. Wakil-wakilpertubuhan tersebut hadir untuk menerima produkAyam Brand termasuk tuna, mackerel dan kacang panggang.
Rumah-rumahkebajikan di Penang, Negeri Sembilan, Johor, Kedah, Perlis, Penang, Kuala Lumpur, Selangor,Kelantan/ Terengganu, Perak, Sabah and Sarawak juga akan turut menerimasumbangan.
AyamBrand memberi penekanan terhadap sumbangan produk sajian ikan di dalam tin keranakebanyakan rumah kebajikan kurang mendapat bekalan ikan seperti tuna danmackerel yang kaya dengan Omega-3, asid lemak penting yang tidak dapatdihasilkan oleh badan. Omega-3 boleh membantu mencegah penyakit jantung koronari, merangsangaktiviti sihat saraf, meningkatkan penyerapan vitamin, menguatkan sistem ketahanan tubuh danmenggalakkanpertumbuhan sel. Di samping itu, Omega-3 juga penting dalam perkembangan dayapenglihatan dan otak di kalangan kanak-kanak.
Oleh kerana kebanyakan badan kebajikan menghadapi kekurangan pekerja, produk makanandalam tin Ayam Brand adalah pilihan yang ideal bagi mereka menyediakan makanan dengansegera tanpa sebarang masalah.
Kempenpada tahun ini akan memperkenalkan Cabaran Seni Kreatif Ayam Brand dengan tema“Merah dan Kuning” yang menggemakan warna korporat Ayam Brand. Ia bertujuanmemupuk daya kreativiti, ekspresi diri, koordinasi mata-tangan dan kerjaberpasukan.
“AyamBrand berbesar hati dapat membantu rumah kebajikan menikmati makanan yang lebihpelbagai. Kami berharap dengan menggalakkan sajian ikan kepada kanak-kanak,mereka akan mendapat manfaat kesihatan dari pemakanan yang kaya dengan ikan,selain dapat meringankan beban pekerja dengan penyediaan resipi yang cepatdimasak,” kata wakil Ayam Brand, Cik Marie-Magali Falcoz.
“Kamiingin memperkembangkan kreativiti mereka melalui Cabaran Seni Kreativiti AyamBrand sebagai cara untuk mereka merealisasi potensi diri, menyemai bakat dalammezahirkan fikiran dan emosi menerusi seni, membangunkan identiti dan mewarnaikehidupan mereka,” jelas Cik Marie lagi. Setiapbadan kebajikan menghantar satu hasil seni ciptaan para penghuni mereka.Hasil-hasil seni dihasilkan dalam pelbagai bentuk, daripada lukisan di ataskertas ke kraftangan tradisional, tenunan, pertukangan kayu, ukiran kayu, sulaman,multimedia atau landskap taman.
Encik Mohd Hadzmie bin Ramli dari PERMATA CAMAR yang berucap bagipihak semua badan kebajikan penerima memberitahu sumbangan Ayam Brand amatdihargai kerana ia menambah kepelbagaian dan nutrisi kepada pemakanan harian parapenghuni. Ianya cepat serta mudah untuk disediakan.
“Kami merakamkan penghargaan kepada Ayam Brand kerana bermurah hati memberi sumbanganmakanan bertin yang sihat dan enak. Para penghuni begitu menggemari produk-produkini dan pekerja kami menghargai betapa cepatnya mereka boleh menyediakan hidanganlazat untuk kanak-kanak ini. Kanak-kanak juga seronok dapat menyiapkan hasilseni mereka bagi Cabaran Seni Kreativiti Ayam Brand. Kami sentiasa mengalu-alukanKempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand, bukan sahaja kerana produknya yang enaktetapi juga kerana aktiviti dan interaksi yang dianjurkan,” kata Encik Mohd Hadzmie.
Last edited by TheSamaritan on 14-5-2014 12:45 PM
|