Hai semua, saya baru dekat sini so saya tak tahu which thread yang sesuai untuk post so saya create thread baru je la. Hopefully ramai yang sudi reply dan share stories ke, beri pandangan ke, tak kisah, as long as saya dapat release perasaan ni as an anonymous!
My problem started around two years ago, bila arwah nenek meninggal dunia. It was a sudden death, so semua orang terkejut, but dah ajal kan? Anyways, sejak tu (2 years ago! dah lama dah benda ni berlarut), hati ni mula rasa tak tenang. Selalu sangat fikir pasal benda-benda yang berkaitan dengan kematian. Saya ni orangnya tak adalah beragama sangat dan tak adalah terpesong sangat. In between, Alhamdulillah. Before arwah nenek's death, saya boleh dikatakan terlebih enjoy dengan dunia (bukan la enjoy minum arak semua tu, boyfriend pun tak pernah ada lol) dan solat tu memang selalu, selalu sangat tinggal. Boleh dikatakan sebelum ni, saya jarang sangat solat (rasa macam nak ketuk je kepala ) sampai kalau adik-beradik saya nampak saya solat, diorang boleh kata "fuyo, sembahyang tu!" Jadi, kematian arwah nenek adalah incident yang ketuk kepala saya bagi sedar masa tu. And since then, hati ni mula rasa tak sedap bila fikir pasal dosa lalu. Tangan ni pula gatal sangat pergi Googla benda-benda yang menakutkan such as tanda-tanda tu semua, so bila dah baca benda macam tu, automatic kepala mesti ingat kan? So bila dah tahu benda-benda tu semua, kepala ni mula macam berfikir dan mula tertunggu-tunggu, macam bila waktu Asar sampai je, nanti mula la, kepala ni teringat balik tanda-tanda dan cuba tengok kalau ada ke tak.
Stress!
Alhamdulillah, dah masuk tahun 2014 dan saya masih lagi bernafas. Tapi lately, perasaan tu datang balik. Saya syak perasaan ni sebab Ramadhan dan Syawal dah dekat. (Kurang sebulan setengah Ramadhan start, everyone! ) Macam tahun sebelum ni, bila Ramadhan dan Syawal menjelang, hati ni mula la nak berdrama. Kepala pun join sekali, mula la fikir stuff macam "Alamak, mintak-mintaklah sempat sambut Ramadhan dan Syawal tahun ni!" So I think sebab tu kot. Mula fikir balik pasal tanda-tanda tu semua. Sampai la sekarang ni. Yang buat saya post thread ni pun sebab last night, saya dapat mimpi buruk. Saya terjaga lebih kurang pukul 3 lebih, dah nak masuk pukul 4. Mimpi tu sedih sangat! Rasa macam, ya Allah! So bila dah terjaga, of course tak boleh tidur balik. Tapi instead of solat, saya terus Google stuff such as maksud mimpi semua tu. Nak buat macam mana, hati tengah gelabah masa tu. Dan, hish, tak suka cakap pasal benda ni tapi ada la pula link yang tajuknya "Bila mimpi pelik tanda ajal dah menghampiri." Terus jantung pump bagai nak gila, rasa macam nak pecah. Tapi tak ada la baca post tu, takut sangat!
Another incident yang buat saya stress gila gila gila sekarang ni adalah sekitar bulan lepas, saya baru selesai solat dan masa tu tengah doa. Time doa tu kepala ligat berfikir itu-ini, dan suddenly terus lupa nak baca apa so lepastu kepala ni terus macam, "Alamak, what's next??" Rasa macam bingung, cuba ingat balik tapi tak mahu ingat. Terus jadi macam panic. Dan, automatically, kepala yang mereng ni terus direct balik ke salah satu tanda awal ajal menghampiri, which is kita akan suddenly jadi bingung! So ever since then terus macam, ARGH. Jangan la fikir bukan-bukan. See macam mana kepala ni suka sangat connect one thing to another! Nasib baik baru-baru ni perkara "bingung" ni terjadi lagi, dan saya cakap nasib baik sebab bila perkara tu berulang saya dapat convince diri saya yang it's okay, it's normal to suddenly forget things and all that. So hati ni tenang sikit. Bila saya Google, diorang kata bila gelabah dan panic, otak ni payah sikit nak berfungsi, so yeah. Saya cepat panik walaupun benda kecil je.
Since then, diri ni terus macam mula cuba nak kaitkan semua benda dengan kematian. Kan bila ada kematian, orang mula la bercerita itu-ini, apa arwah buat sebelum dia pergi and all. Jadi saya pun mula la, macam, berhati-hati sangat sebelum melakukan sesuatu. Macam, bila saya rasa perkara tu saya tak biasa buat, saya terus tak jadi buat! Sampai macam tu sekali. Betapa chronicnya masalah ni.
Contoh:
1) Sebelum ni saya ada terdengar mak cik saya borak-borak, dia kata ada arwah ni, 2-3 hari sebelum dia meninggal, mak cik saya dengar ada bunyi menyanyi dekat sekitar rumah arwah tu. So, because of that, sekarang ni, bila burung berbunyi je saya jadi takut T__T Burung! Burung pun boleh jadi issue. Haih.
2) Saya sekarang ni sebenarnya tak pakai tudung, tapi saya berazam nak mula Ramadhan ni Insya-allah. Kalau boleh nak start terus! Tapi kepala ni pula la yang macam, "Ish, nanti orang kata sebab ikut trend je. So baik tunggu Ramadhan, atleast ada reason." Tu la, kepala ni pun masalahnya suka sangat kisah pasal apa orang akan fikir. Nak kena ubah tu. And then, kepala ni pun berfikir, "Ish, macam mana kalau keinginan nak berubah pakai tudung ni tanda-tanda yang saya akan....." You know????? Sampai macam tu sekali kepala ni pergi. I tend to overthink a LOT!
3) Baru-baru ni, time saya tengah scroll Twitter, suddenly terbaca headline ni; http://www.malaysiandigest.com/b ... a-jadi-peramah.html APA LAGI, hati ni terus la macam, ALAMAK. "Aku start rajin solat since last year..... adakah......" Dan mula lah kepala pun fikir pasal benda yang bukan-bukan.
Problem saya ni macam, bila saya baca je perkara-perkara yang macam tu, kepala saya automatically cuba nak connect everything.
4) Yang paling ridiculous (rasa macam nak jerit je ), hari tu ibu saya minta tolong saya transfer duit ke account kawan dia. Kebetulan pula ada my birthdate dekat number tu, so entah kenapa, otak saya terus process nombor-nombor selepasnya, turn the numbers into a date dan terus come up with, "Is that when I'm going to.........."
TOLONG SAYA.
Bila saya bagitahu kawan saya pasal benda ni, pasal tanda-tanda ni semua, dan dia kata, "Hish, mana ada. Tahu tak, dah banyak video and ceramah yang saya tengok, tapi satu pun tak ada yang cakap pasal tanda-tanda kematian. Tanda-tanda akhirat adalah. Plus, saya tak rasa ada hadis yang prove tanda-tanda tu, kan?" Bila dia cakap macam, hati ni rasa la tenang sikit. Tapi of course, still ada dalam kepala. (Kalau la boleh edit macam remove file dekat computer....)
Bila saya rasa macam ni, saya terus Google forum dan harap ada orang yang mengalami perkara yang sama. Bukan la doakan yang buruk, tapi, you know, at least bukan saya seorang je yang kena dan kita boleh share!
hang ni bt aku berpikir pulak..aku pun kdg2 pk gak pasal mati ni..yela kn bgs kita pk at least ada kesedaran sket kan..tp xdela pk smpai cm hang tu skali..huhu..
2) Saya sekarang ni sebenarnya tak pakai tudung, tapi saya berazam nak mula Ramadhan ni Insya-allah. Kalau boleh nak start terus! Tapi kepala ni pula la yang macam, "Ish, nanti orang kata sebab ikut trend je. So baik tunggu Ramadhan, atleast ada reason." Tu la, kepala ni pun masalahnya suka sangat kisah pasal apa orang akan fikir. Nak kena ubah tu. And then, kepala ni pun berfikir, "Ish, macam mana kalau keinginan nak berubah pakai tudung ni tanda-tanda yang saya akan....." You know????? Sampai macam tu sekali kepala ni pergi. I tend to overthink a LOT!
Jangan lah memberatkan diri sendiri dgn memikir benda benda yang tak kesudahan. Cukup time sembahyang tak payah tangguh tangguh. Lepas tu duduk atas tikar zikir banyak banyak agar hati jadi tenang dan aman damai. Kena lawan godaan syaitan yang datang spt "eh penat lah zikir baik tengok tv" eh text member lah kejap ..eh lambat lagi waktu nak habis online dulu <-- ni semua godaan syaitan.
Bab pakai tudung tu .. jangan tunggu Ramadan. Pakai jer dari sekarang. Sifat menanguh nanguh sesuatu perkerjaan itu amat merugikan. beside apalah sangat dgn ejekkan kawan kawan dibanding kan dgn kemurkaan Yang Esa bila mana kita engkar perintah Nya.
Berangan itu ini semua perkerjaan melalaikan kita. Bertindak sekarang sebelum terrrrrrrrrlambat :-)
Bagusnya kau ni ingat mati. Cuma macam terlampau relatekan semua benda dengan mati pun senak jugak nak pikir. Hehe.
Aku pun selalu sgt fikir pasal benda2 ni. Bila terfikir akan jadi sedih and takut gila. Takut tak sempat nak taubat, takut tak sempat nak minta maaf dekat orang2 sekeliling. Dosa dahla seguni
Apa-apa pun bila kau rasa kau makin berubah ke arah positif sebab benda2 ni bagus lah. Rajin2 baca Quran, mesti hati tu tenang sikit. Kalau kau plan nak bertudung, start sekarang pun bagus, at least kalau kau terfikir pasal mati, contohnya tiba2 dalam kepala kau, kau akan mati sat lagi, at least dosa aurat dah lepas
TAHNIAH Penny sebab BERJAYA MEMPERBAIKI AMALAN
Berjaya ..drp jarang solat kepada bersolat tu saja dah satu rahmat maha besar dah..tak terbanding dgn seisi alam!
Bersyukurlah banyak banyak atas "ketukkan"
Cuma....bab "fobia" tu kena "repair" sikit...
Kematian ni sama je macam "Kiamat bagi diri kita"...bila mati....kita pun hijrah drp alam dunia p alam akhirat (alam Barzah)
Memang mengingati mati tu bagus...
Tapi..kita lihat kiasan drp persoalan seorg Sahabat bertanya Rasullullah S.A.W...dia tanya...
"Wahai Rasullullah....bila kiamat?"..
apa Rasullullah jawab?
Rasullullah s.a.w sifatnya bijaksana....disini kita lihat 'uslub hakim"....Rasullullah kalih soalan yg tak baik (tak ada manafaat) kepada yg penting utk kita sentiasa tanya...Rasullullah jawab..(dgn tanya balik)
"Apa persiapan kamu mengadapi kiamat?"
JADI.....Daripada kita sibuk berteka teki, duk risau "tanda tanda kematian"..."Bila nak mati? "..& PERSOALAN PERSOALAN KARUT & TAK BERFAEDAH...lebih baik kita persiap diri..& Sentiasa tanya diri...apa persiapan dii kita nak mengahdapi kematian?
Dah buat ke segala yg disuruh?
Dah tinggal ke segala apa yg ditegah?
YG NI YG PeNTING!
Daripada kita risau perkara bukan bukan & boelh jadi kurafat!
ARTIKEL TANDA TANDA KEMATIAN TU ...PEMBOHONGAN BESAR!
Syukur amat amat kalau benar berlaku macam boleh faham tanda tanda!..sedang yg benar berlaku...tak dak nak tanda.....!..tengah ibadah pun kita boleh meninggal...tengah hurrah kat stadium tengok konsert pun boleh jumpa kematian! (ingat apa yg jadi baru2 ni pada beberapa org saudara & saudari yg p konsert kat stadium..tau tau kejang....mati! ..entah org inaya bagi dadah....kesian....mati kat tempat begitu...
MATI.....SEMUA KITA AKAN MATI!
Yg sihat mati..yg sakit mati...yg muda..yg tua..yg fikir tanda2 kematian....yg tak fikir apa...SEMUA MATI!
MATI TAK PENTING TANYA....SEMUA MATI...PASTI!...
YG PENTING TANYA.....bagaimana persiapan kita menghadapi mati yg memang pasti ni...
Uncle teringat artikel "Tanda tanda kematian" yg pernah Uncle baca laaammaaaa dulu...
ada 100 hari...tanda ......dll
Alhamdullillah.....Baca sekali je Uncle dah detect "MENgARUT!!! "
Macam bagusssss...je artikel tu...tapi...sepandai pandai si pembuat artikel palsu tu melompat.....Allah swt bagi cacat sikit je....mudah je kita kenalkepalsuan & pembohongan dia... (malangnya..dlm blog2 islamic yg bagus pun ada yg konsi artikel tu...)
CACAT yg Uncle maksudkan......bila..konon kononnya...artikel tu sebut Imam Al Ghazali sebagai Ulama Tasawwuf yg hebat...boleh kenal semua tanda2 tu..lalu siap mandi & kapan diri sendiri...redy tinggal muka je tak tutup lagi...& bila mati...abang Imam Ghazali..iaitu Imam Ahmad Ibn Hambal tolong kapan habis..
PEMBOHONG BESAR!
MENGARUT!!!!
Bila masa Mak Imam Ahmad Ibn Hambal R.H kawin dgn Pak Imam Al Ghazali R.H????.....Imam Ghazali lahir pun lebih 200 tahun lepas Imam Ahmad meninggal dunia...nak jadi abang lagu mana?????
So...Allah swt nak tunjuk pembohongan tu...mudah je kita lihat "tanda tanda" hehee... ...."tanda tanda pembohongan" ada la!...bukannya "tanda tanda kematian"...
Ingat mati tu dah bagus dah. Tapi kenela fokus (ikut prioriti ibadah) untuk mati dalam iman dan dapat kesudahan yang baik. Hehe
Yang wajib perlu buat terus weh, kalo tak buat sebelum2 ni memang dah tercatat dosa (Maha Adil) dan kena ganti untuk 'liquid paper' dosa2 tu. Taubat, mesti buat, tambah ibadah untuk tampung, doa dan tawakal (Maha Pengampun).
- solat
- tutup aurat
Tak perlulah baca detail sangat pasal mati, syurga dan neraka, kiamat, bidadari, malaikat, zat Allah, sejarah nabi dll, sebab yang boleh bawa kita ke syurga atau neraka adalah perbuatan semasa hayat di dunia, jadi sila baca pasal perbuatan (ibadah) yang boleh tingkatkan harapan untuk beli tiket ke syurga dan beramal lah.
- Solat sunat (paling disukai Nabi solat 2 rakaat sebelum subuh - ni la yang boleh tampung kekurangan solat kita)
- Ngaji Quran (mualaf korea rilek je tiap2 petang baca quran kat restoran macam baca novel lak tengok - kawan kita dalam kubur nanti ni - baca terjemahan sama sampai khatam sebab segala ilmu konsep dan cara nak hidup selamat dan aman ada disampaikan dalam quran)
- Tolong orang (mendidik hati - nanti lama-lama kita akan jadi baik - so akan terbuat lagi banyak benda baik kemudiannya)
- Cari kawan2 beragama (Mereka2 yang ni je nanti akan pandai nak baca fatihah, ngaji dan doakan kita - tapi jangan pula hina yang lagha - doakan mereka kenal nikmat islam yang best ni)
- Guna rezeki ke jalan Allah (Ni murah rezeki kalau buat ni - beri 1 dapat balik 9 kot ikut hadis)
- Cuba buat apa2 kebaikan/ ibadah yang boleh jadi beri efek berantai (dapat pahala selagi kebaikan dikongsi)
Dan.. stop la lagho dengan dunia. Berseronok / hidup hepi tak salah, tapi biarlah bermatlamat (Matlamat mega nak mati masuk syurga la - katakan taknak pada neraka - nabi sedih tau kalau kita masuk neraka - jangan kecewakan nabi kita). Bermimpi pasal syurga tapi tak buat apa2 tu seakan angan-angan mat jenin (memang ada hadis kutuk orang sebegini), dan jangan jadi juga seperti ramai orang sekarang yang "sanggup membayar untuk tiket ke neraka sedangkan tiket free ke syurga dibuang".
Nak selamat dunia akhirat, ikut Quran & Hadis, bukan ikut trend artis, bukan ikut majoriti jiran & rakan. Cukuplah Allah sebagai pemberi 'thumbs up' berbanding segalanya, tak perlu menunjuk atau harap pujian bila buat baik - Allah tahu. Belajar tentang Islam, bersyukur sebab mampu nampak dan menikmati Islam, seterusnya ajak orang lain untuk dapat nikmat Islam juga. Islam ni banyak nak diceramahkan, tapi nabi sebarkan islam melalui akhlak yang baik, bukan pakai ceramah sangat. Kira mesti jadi jenis yang 'walk the talk'.
Bila dah baik. Jangan anggap segala kebaikan kita tu sebagai nak claim syurga dah. Sebab yang menentukan syurga/neraka hanyalah Allah. Seharusnya merendah diri. Harapkan 'redha allah'.
Buku?
La Tahzan
Cerita Cinta Ahmad Ammar
Ikon?
Mizz Nina
Guru?
Ustaz Don Daniyal / Dr. Muhaya
Nah.. pasni ko jadi muslimah sejati pakai tudung labuh jubah souk la eh? hihihih
bagus ingat mati ni - hari2 ingat mati lagi baik... tapi bukan bila ingat tu, terus dok pikir, alamak - aku x sempat ada boyfren lagik, aku x merasa pi london lagi... itu ini, seharusnya ingatan mati tu buat kita lagi dekat dgn Allah, bila ingat mati, terus cakap alhamdulillah kita masih bernyawa lagi dan masih sempat perbaiki diri, tapi jgn tangguh2.
dari gaya TT ni tulis, TT jenis suka memikir sampai tahap yg bukan2. jgn la mcm tu. normal la, semua org akan ada rasa perasaan tak tenang tu, rasa kucar kacir..tak boleh nak fokus..
cuba solat taubat dulu... tak payah la 1 malam tu bangun malam solat sampai byk2 rakaat, tapi esok lusa minggu dpn tak buat dah.. sikit2 la.. kalau rasa tak tenang, rasa berdosa, buat solat taubat. Insya Allah, Allah maha mengetahui.
mmg susah nak bangun malam ni... tapi cuba la.. bangun2 tu duduk dulu... kasik segar.. mula2 nak solat tu mmg layu jer.. tapi dah lbh 4rakaat, akan rasa semangat tu... cuba la.. slow2
Author|Post time 15-5-2014 02:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Lagubestbest posted on 15-5-2014 11:39 AM
Ingat mati tu dah bagus dah. Tapi kenela fokus (ikut prioriti ibadah) untuk mati dalam iman dan dapa ...
Hahaha, tudung labuh tak boleh nak guarantee. Rasa macam mendadak sangat pula. Takut nanti Ibu saya pula yang dapat heart attack tengok perubahana anak dia lol. :'D
penny94 posted on 14-5-2014 10:07 PM
Insya-Allah, saya akan pakai tudung soon!
Pakai tudung di Malaysia sangat mudah sebab rata rata ramai pakai tudung. Akak ni dok oberC .. rata rata orang putih. Masa nak pakai tudung dulu pun banyak la fikir itu ini (takut kena buli lah, kena hina lah, tak ada orang nak berkawan la etc etc). Akak doa banyak banyak lepas sembahyang agar niat nak pakai tudung dipermudahkan. Ingat lagi first day pakai tudung. Akak sambar jer tudung .. pakai dan terus hantar anak ke sekolah. Elok ada jer kawan kawan mat salleh tegur mcm biasa tak ada pun dipinggirkan etc. Yang haru ada lah siap puji kain tudung cantik cara pemakaian etc. Akak ckp dgn dia orang pakai tudung ni mudah/best. When you have bad hair day tutup jer. Rambut tak cuci tutup jer. Dia orang pun setuju. Ada Asians tu pulak ckp she wish dia boleh pakai tudung juga nak cover leher dari kena matahari. haaa lawak. Ada kawan Pakistan tu siap menangis dan peluk akak erat erat sebab dia ckp akak berani (ya lah sept 11 masih hangat ketika itu) dia pulak suami tak kasi pakai tudung.
Satu lagi di sini kalau muslims lain nampak kita bertudung dia orang akan bagi salam. Indahnya
kematian itu pasti..cuma xtau bila..kalu org tau esok dia mti mala ni dia pulun bis wat amal ibadah...yg perlu adalah sentiasa mengingati mati.mengingati dgn cara macamana?perbanyakkan amalan....jgn tingal solat....beribadah macam kita akan mati esk...
Bila baca post, teringat saya pada kisah bagaimana Allah menguji manusia melalui perantaraan makhluk2 ciptaanNya.
Ini pandangan saya, boleh jadi apa yg saya nyatakan ini salah. Apa jua perkara Alquran dan Sunnahlah tempat kita merujuk setiap permasaalahan.
1)Jika kita runsing menghadapi ujianNya, ingatlah Allah. Kerana Dia PASTI akan memberitahu kesalahan kita samaada kita suka ataupun kita tidak suka.
2)Jika kita takut kepada makhluk ciptaanNya ketika menghadapi ujianNya, ingatlah Allah. Kerana Dia PASTI akan memberitahu kesalahan kita samaada kita suka ataupun kita tidak suka.
3)Jika kita diilhamkan sesuatu ketika menghadapi ujianNya, ingatlah Allah. Kerana Dia PASTI akan memberitahu kesalahan kita samaada kita suka ataupun kita tidak suka.
4)Jika kita diberikan sesuatu ketika menghadapi ujianNya, ingatlah Allah. Kerana Dia PASTI akan memberitahu kesalahan kita samaada kita suka ataupun kita tidak suka.
Bagaimana cara kita ingat kepada Allah? Berimanlah kepada Allah berdasarkan petunjukNya iaitu Alquran dan Sunnah (Rasullullah dan Khulafa Ar-Rasyidi Al-Mahdiyin).