Sumber: Malaysian Digest
Kredit foto Faisol Mustafa
Dia bukanlah artis popular sebaliknya namanya menjadi sebutan kerana penampilannya berbeza berbanding kebanyakan gaya lelaki pada hari ini. Bermisai dan berjanggut tebal, serta mempunyai aura maskulin era Inggeris 60-an apabila berpakaian.
Namun dengan penampilanya yang sebegitu, ada segelintir pihak yang melabelkan pengusaha jenama fesyen The Garment yang lebih senang disapa sebagai Wak doyok ini sebagai poyo. Atau dalam maksud lain, seperti ’tunjuk pandai’ atau’menunjuk-nunjuk’ atau ’melebih lebih’ atau ’terlebih semangat’.
Kerana imej itu juga dia seringkali menjadi bahan gelak sesetegah pihak tak kurang ada yang melemparkan komen-komen negatif.
"Fesyen yang saya bawa ini bukan poyo tapi 'iye iye aje'. Sebenarnya mereka bercakap begitu kerana mereka tak tahu dan kurang faham tentang apa yang mereka katakan. Tak dinafikan, ada peminat spam dan ‘menganjing’kan saya. Bila mereka buat macam itu, mereka sebenarnya memperbodohkan diri sendiri.
"Saya juga tak kisah pun kalau kena gelak sebab bila saya digelakkan itu yang buat saya lebih termotivasi. Saya ada misi saya sendiri iaitu nak memartabatkan fesyen kita sekaligus mahu negara dipandang tinggi dari sudut fesyen. Saya seorang yang meminati fesyen dan saya cuba bawa fesyen dari luar masuk ke Malaysia. Fesyen yang saya tonjolkan simple. Saya bawa imej street style. Semua generasi Y boleh gayakan fesyen sebegini. Baju-baju yang saya gayakan pun harganya RM200 ke bawah.
"Tapi masalahnya, orang Malaysia ni ramai yang skeptikal. Kalau mereka kurang jelas tentang fesyen, boleh hadiri talk saya dan saya akan berikan pendedahan", kata pemilik nama sebenar Muhammad. Azwan Mohd. Nor ini dengan panjang lebar ketika ditemui pada majlis pelancaran hlive!, kelmarin.
Sementara itu, mengenai penglibatannya dalam dunia lakonan dan pengacaraan, Wak Doyok memberitahu di tidak melabelkan dirinya sebagai selebriti.
Kerana itu dia sebolehnya tidak mahu terlalu aktif dalam dua bidang itu kerana fokusnya kini lebih kepada bidang fesyen. Namun tidak menolak sekiranya ada tawaran yang sekadar memerlukan dia membuat penampilan khas untu sebuah drama atau filem.
http://www.malaysiandigest.com/h ... di-bahan-gelak.html
Last edited by adik^manis on 15-5-2014 10:14 AM
|