View: 11709|Reply: 156
|
[Tempatan]
Kami dihalau dari tanah yang bukan kami punya- apa salah kami?
[Copy link]
|
|
300 peneroka resah diminta kosongkan tanah
Tanjong Karang: Nasib lebih 300 peneroka kebun sawit di Bestari Jaya, dekat sini, terumbang-ambing apabila menerima notis supaya tanah yang diusahakan sejak 30 tahun lalu dikosongkan berikutan ia adalah milik kerajaan negeri.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan terbaru kerajaan negeri itu menunjukkan sikap rakus mereka untuk menghalau peneroka yang sudah mengusahakan tanah pertanian itu sejak sekian lama.
“Notis yang diletakkan hanya di pokok kelapa sawit untuk mengosongkan tanah dalam tempoh sebulan adalah tidak munasabah walaupun kita mengetahui tanah itu milik kerajaan negeri.
“Sewaktu kerajaan Barisan Nasional memerintah, kita masih berikan peneroka peluang untuk mengusahakan tanah pertanian dan kita tidak menghalau penduduk, malah berbincang untuk memajukan kawasan berkenaan walaupun tanah itu milik kerajaan,” katanya.
Beliau berkata, tanah berkenaan memang hak milik kerajaan negeri, namun tempoh sebulan yang diberikan kepada peneroka adalah tidak munasabah.
“Kita tahu dari segi undang-undang, tanah itu hak milik kerajaan negeri, tetapi notis sebulan adalah amat tidak munasabah memandangkan tanah yang mereka usahakan lebih 30 tahun di kawasan tanah pertanian itu.
“Kita akan kumpulkan mereka yang tertindas dan berusaha melalui pihak guaman untuk membuat rayuan di mahkamah ataupun mencari penyelesaian dengan tuntutan ganti rugi,” katanya.
Pengusaha kebun sawit, Tan Kuan San, 63, berkata, dia begitu resah kerana mendapat notis berkenaan sedangkan hasil yang diusahakan masih belum mendapat keuntungan.
“Saya mengusahakan seluas enam ekar kebun kelapa sawit dan bimbang nasib saya sekiranya dipaksa keluar dari tanah yang saya usahakan lebih 20 tahun lalu.
“Saya berharap kami semua akan bersatu hati memohon agar kami tidak diusir,” katanya.
p/s- er..betulke sebulan? ntah2 dah lama mintak keluar tapi xpaham2 bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya mereka harus bayar sewa tanah tu ... ni macam resmi pokok dedalu ... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm biasa. memburukkan sesuatu kerajaan.jgn dgr sebelah pihak shj |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu penjelasan dari pihak satu lagi.kekadang ada yg ambik peluang nak menonjol diri |
|
|
|
|
|
|
|
ni kat batang berjuntai la ini.. secara logiknya kalau dah 30 tahun ko tanam sawit situ, pokok2 tu dah almost expired. and kalau ko cakap pokok lum kuarkan hasil, u should know that few years ago lagi kerajaan negeri dah suruh korang chow dari situ.. yang ko gi tanam apsal?
salah siapa? |
|
|
|
|
|
|
|
30 tahun makan hasil freee atas tanah orang tak bayar cukai no nothing
sebulan tu dah kira bertuah dahhh - puiii |
|
|
|
|
|
|
|
dah tak boleh nak kompang pasal isu air, dia timbulkan isu ni plak
noh udang tu kan ada banyak tanah
kalau dia betul2 prihatin, bagilah peneroka2 tu duduk percuma kat tanah dia plak |
|
|
|
|
|
|
|
kasihan tp nak buat mcm mana ya...... dh sah tanah bercucuk tanam milik orang...... |
|
|
|
|
|
|
|
tp lah kan aku rasa takde salahnye kerajaan negeri buat mcm tu. sbb mmg tanah diorg pun. ye mmgla nampak keji kan tp peneroka kt situ pun 30thn bercucuk tanam atas tanah org, takde terllintas niat di hati nak pegi beli tanah sendiri pastu usahakan sendiri? melainkan kalau sepjg tanam kelapa sawit tu ade perjanjian ngan kerajaan negeri tiap2 bulan nk byr ufti byk ni byk ni ke. ke sbb dah sedap2 tiap2 thn takyah bayar cukai tanah cukai pendptan bla bla bla ? |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya isu halau penduduk dari tanah kerajaan ni memang dah berlaku sejak zaman BN perintah.. yang berbeza cuma Parti yang cuba nak jadi juara dalam isu ni. perkataan yang popular = zalim. |
|
|
|
|
|
|
|
hoh, duduk lama bertahun2 x bermakna ko ade hak kt tanah tu, patut da bersedia dr awal cari rumah tetap yg betul2 sah ko punye. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu mase umno halau peneroka kemain menyalak puak2 pembangkang konon kerajaan kejam....
ari ni org yg kuat menyalak tu la yg backup kerajaan pujaan sbb halau peneroka....cam syial je perangai beruk2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
peneroka ni pun satu....dah tanah org ..paham2 lah.......konsepnya...buat rumah atau apa2 ja atas tanah org, pastu bila tuan tanah halau minta ganti rugi.....mcm kes setinggan lah....
bila nak kena roboh, minta rumah untuk diduduki.... |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda posted on 22-5-2014 10:08 AM
tp lah kan aku rasa takde salahnye kerajaan negeri buat mcm tu. sbb mmg tanah diorg pun. ye mmgla na ...
Tak kesian lansung kat depa ni...dah bertahun2 cucuk tanam...untung tak pernanh plan masa depan beli tanah baru yg lain ka? Jenis bangsa mau barang free...
Harap halau je..dah 30 thn....dah cukup reta..duit ringgit nak pindah milik beli tanah baru... |
|
|
|
|
|
|
|
Bosan ngan peel manusia yg dok kat tanah kerajaan/public
Pas tu nak buat macam hak mak bapak depa
Sbb tu lain kali nak tolong manusia cenggini kena hati2 jugak |
|
|
|
|
|
|
|
sdgkan doktor khir toyo pun blh msuk nama dlm tanah teroka |
|
|
|
|
|
|
|
Parasite bebeno. Dah duduk tanah orang, berdekad pulak tu. Lagi mau first class vip treatment ke?
Orang lain bertungkus lumus beli tanah, buat rumah berhutang bagai, ngko senang2 pacak
ditanah bukan hak sendiri? Lepas itu keluh kesah nyalahkan tuan tanah? |
|
|
|
|
|
|
|
ni betul boleh guna perumpamaan sapa tah smalam..
yg kita kesian.. kasi tumpang rumah... last2 mintak hak milik lagi besaq dari tuan rumah |
|
|
|
|
|
|
| |
|