Remy ishak merancang untuk ceburi bidang perniagaan.
PETALING JAYA: Pelakon Remy Ishak berkata dia bukanlah pelakon yang suka ‘demand’ sebaliknya antara pelakon yang dibayar paling murah oleh syarikat produksi di negara ini.
Untuk itu, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 32, tidak suka membazir ataupun berbelanja barangan mewah sebagaimana dianggap oleh sesetengah pihak.
"Ramai yang ingat saya mewah dalam bebelanja termasuklah hanya membeli barangan berjenama dan eksklusif tetapi sebaliknya saya bukan jenis orang sebegitu.
“Saya hanya akan membeli sesuatu barang jika ia benar-benar perlu sahaja. Bukan apa, saya antara pelakon yang dibayar rendah,” katanya kepada mStar Online.
Remy berkata demikian ketika menjawab pertanyaan apabila dianggap sebagai salah seorang artis yang menerima bayaran mahal dan mengamalkan gaya hidup mewah.
Remy juga sebelum ini pernah dilaporkan sering kali menolak tawaran berlakon bagi menghabiskan masa bercuti ke luar negara.
Dalam pada itu Remy berkata, langkahnya bercuti ke luar negara pula bukan bermakna dia terlalu mewah dengan wang ringgit sebaliknya keputusan itu dibuat selepas memikirkannya beberapa kali.
Selalunya selepas habis sebuah filem atau drama memang saya ambil cuti panjang untuk berehat tetapi tidak bermakna saya terlalu banyak duit sampaikan tidak ambil tawaran,” katanya.
Sementara itu, Remy turut berkongsi rasa bimbang dengan perkembangan filem tempatan yang kurang mendapat sambutan penonton sejak kebelakangan ini.
Katanya, perkara tersebut turut membuatkan dia cuba mencari alternatif lain sebagai sumber rezeki terutama dalam menceburi bidang perniagaan.
"Saya sangat risau filem kita yang sudah semakin tidak mendapat sambutan. Saya takut jadi seperti Indonesia yang mana mereka hanya tumpukan kepada senetron sahaja.
"Saya ada juga rancang untuk mencuba bidang perniagaan, namun masih dalam perancangan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Remy yang turut berlakon dalam filem CEO bersama Beto Khusairi dan Cristina Suzanne mengakui filem tersebut mencabarnya untuk membawakan watak bersahaja dan santai.
Ia merupakan filem komedi kedua tahun ini selepas Sejoli lakonan bersama Maya Karin dan Bront Palare.
"Filem ini sama seperti Sejoli yang mahukan watak saya santai dan bersahaja, memang nampak macam mudah tetapi bagi saya watak aksi atau serius lebih senang kerana kita hanya perlu ikut sahaja skrip," katanya.
FilemCEObakal ditayangkan pada 12 Jun depan diseluruh pawagam tanah air.
Post time 31-5-2014 08:23 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Klo dbyr murah mampu ke dia ni nk tnggung miss fake yg maintenance cm sang puteri tu...cucuk2 lg,kasut laboutin lg..miss fake kena think twice ni hihihihi
Post time 31-5-2014 09:50 AMFrom the mobile phone|Show all posts
ade bisnes lembu kot kt kg
tp iols pun tak rasa dia nih mewah, sbb utk deko umah pun dia wat sendiri jeh maybe sbb dia bkn lelaki urban yg jambu mmg reti lah bertukang.
pehtu dia pun beli brg2 kt ikea je.. kira takdelah pi import kat paris ke apa.
Post time 31-5-2014 10:06 AMFrom the mobile phone|Show all posts
maxim posted on 31-5-2014 09:53 AM
iols rasa remy ni belakon lg feel dari mat haron..tp ntah la blom rezeki kot nak menyinar
yea dia lg pndai berlakon, sbb walo cuma budak kg tp dia bleh bawak watak urban berkot . even watak jahat mcm cite Jiwa tu pun blh.
sedangkan mat haron kalo di suruh pegang watak org kg nmpk janggal yahamat.
sdgkn dulu dia berlakon jd peniaga ikan kt pasar ngn erra tu pun nmpk kayu.
remy jrg pegang watak klise, jd bangla pun penah, jd bapak org pun penah.watak komedi pun blh.
dia pun bleh nyanyi juga.
bambimo posted on 31-5-2014 08:23 AM
Klo dbyr murah mampu ke dia ni nk tnggung miss fake yg maintenance cm sang puteri tu...cucuk2 lg,kas ...
INI cuma cakap-cakap orang je.
Betul atau tak, cuma Remy je yang tahu.
Setelah baca artikel n I, I rasa TAK MUNGKIN Remy
sebodoh tu nak tanggong pompuan high maintenance.
Dia bukan budak ijau. Dia pernah berdating dengan Maya Karin.
Maya bukan jenis demand. U pay your way, I pay my way.
Jadi, rasanya ceta dia belikan barang mewah untuk MissF cuma dongeng....
maxim posted on 31-5-2014 09:53 AM
iols rasa remy ni belakon lg feel dari mat haron..tp ntah la blom rezeki kot nak menyinar
Setuju! Dia penah la menyinar masa zaman nur kasih tu.. Tp lps tu x hit sgt..iols suka drama2 yg ada dia & tizzaqyah. Drama dia dgn amelya ku cinta kau seorang tu best bg iols.. Tp tu lah.. Dah x boom sgt mcm zaman nur kasih wpun lakonan & cerita ok. Last edited by miracle_forever on 31-5-2014 10:41 AM