CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3357|Reply: 1

Sejarah Jenama NIKE

[Copy link]
Post time 5-6-2014 12:38 AM | Show all posts |Read mode


Nike pada mulanya dikenali sebagai Blue Ribbon Sports, diusahakan oleh atlet trek Philip Knight dan pelatihnya Bill Bowerman dari University of Oregon pada Januari 1964. Awalnya perniagaannya beroperasi sebagai distributor untuk pembuat kasut Jepun Onitsuka Tiger.

Kemajuan  perniagaan mereka benjalan dengan lancar dan pada tahun 1966 BRS membuka kedai ritel pertama terletak di Pico Boulevard di Santa Monica, California. Pada 1971 perjanjian antara BRS dan Onitsuka Tiger sudah berakhir dan BRS bersedia untuk memulakan perniagaan kasut sendiri. Kasut pertama yang dijual kepada orang ramai adalah kasut bola sepak digelar Nike, yang dikeluarkan pada musim panas 1971.

Pada Februari 1972 BRS memperkenalkan design pertama kasut Nike dengan nama Nike berasal dari dewi kemenangan Yunani. Pada tahun 1978 BRS Inc itu sendiri secara rasmi menukar nama menjadi Nike Inc. Bermula dengan Ilie Năstase, atlet profesional pertama mengikat kontrak dengan BRS/Nike untuk penajaan kepada atlet sebagai target pemasaran  bagi memperkembangkan perniagaan mereka.

Mereka memiliki kasut terbaik pada masa itu dan mereka perlu mempromosikannya, jadi Nike mulai menaja atlet-atlet. Nike memutuskan untuk menaja John McEnroe seorang pemain tenis yang menghiburkan penonton ketika ia bermain kerana dia akan terus-menerus membuat bising walau di depan pengadil

Pada 1979  Nike mempunyai kasut pelari paling popular di negara-negara barat. Sekarang Nike mulai menjual lebih dari pelbagai jenis kasut, menjual pakaian dan peralatan olahraga bagi kebanyakan olahraga.

Terdapat satu masalah kepada Nike pada satu ketika, iaitu Reebok. Reebok dapat mengatasi penjualan kasut Nike, tapi Nike kembali bersaing dengan mencipta kasut khusus untuk setiap olahraga dan kegiatan sukan.

Penajaan terbesar Nike adalah Michael Jordan, yang memeteri perjanjian di University of North Carolina. Inilah yang membuat Nike menang dari persaingan dengan Reebok. Meski Michael Jordan itu sudah terkenal, ia bukan pilihan pertama Phil Knight. Nike sedang berusaha untuk mendapatkan Larry Bird dan Magic Johnson, 2 dari atlet yang paling populer pada saat itu.

Pada tahun 1980, Nike telah mencapai 50% pasaran di Amerika Syarikat. Kemajuan perniagaannya adalah kerana sebagian besar adalah daripada iklan 'word-of-foot' (mengutip sebuah iklan cetak Nike dari akhir 1970-an), daripada iklan telivision. Iklan television nasional pertama Nike berlangsung pada bulan Oktober 1982 untuk siaran New York Marathon. Iklan diciptakan oleh biro iklan Wieden Kennedy yang telah dirancang beberapa bulan sebelumnya iaitu bulan April 1982.

Bersama-sama, Nike dan Wieden  Kennedy telah menciptakan banyak iklan cetak dan television yang bertahan lama dan terus menjadi agen utama Nike saat ini. Dan Wieden lah yang menciptakan slogan terkenal "Just Do It" untuk kempen iklan Nike tahun 1988, yang dipilih oleh Advertising Age sebagai salah satu top 5 slogan iklan di abad 20, dan kempennya itu telah telah diabadikan dalam Smithsonian Institution.


The Swoosh
"Swoosh" adalah sebuah rekacipta yang diciptakan pada tahun 1971 oleh Carolyn Davidson, seorang mahasiswa design grafik di Portland State University. Dia bertemu Phil Knight ketika ia sedang mengajar kelas akaun dan ia mulai melakukan beberapa pekerjaan freelance untuk perniagaannya, Blue Ribbon Sports (BRS). Logo Nike "Swoosh" mewakili sayap pada patung Dewi kemenangan Yunani yang terkenal,

Kasut pelari pertama yang mendapat logo Swoosh diperkenalkan di US Track and Field Olympic Trials di Eugene, Oregon, pada Jun 1972. Sampai hari ini Nike masih terus menggunakan logo ini. Antara produk keluaran NIKE terbaru 2014 lihat disini

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2014 05:12 PM | Show all posts
Dapat cari BRS yang awal pasti kaya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14203 Replies : 288
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 48
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 7297 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.140262 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list