View: 3077|Reply: 14
|
[Dunia]
15 kepala tentera pro Bashar al-Assad sebagai mas kahwin
[Copy link]
|
|
DAMSYIK - SYRIA. Seorang wanita di Syria meminta 15 kepala tentera pro Bashar al-Assad sebagai mas kahwin.
Media melaporkan, Aicha Faaourya, 50, juga meminta 50 lagi kepala jika bercerai.
“Ibu tunggal itu meletakkan syarat ngeri selepas suaminya yang juga askar Tentera Pembebasan Syria maut dibunuh tentera rejim dua tahun lalu,” menurut laporan itu.
Difahamkan, Aicha atau lebih mesra disapa Umm Shouhada yang bermaksud ibu para syuhada meletakkan syarat demikian selepas beliau dilamar ketua daerah Aleepo, Ahmad Ramilat.
“Saya bersumpah memerangi tentera Assad hingga mati. Rejim membunuh suami saya dan kini empat anak saya sedang mencari keadilan untuk keluarga kami,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Ramilat berikrar menentang rejim selepas dua anaknya maut ketika bertempur dengan tentera awal tahun lalu.
“Saya akan memenuhi hajat Aicha dan bersumpah akan memenggal kepala 15 kepala askar rejim untuk memperisterikannya,” katanya, laporan dipetik dari Sana
|
|
|
|
|
|
|
|
jika berjaya, waris 15 tentera pro bashar pula akan menuntut balas dendam yg sama..... sampai bila baru akan tercapai keamanan? |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnye makcik aisha umur 50 tauhun ni boleh "on " lagi ke klu kawin nnt..Cer tempek gambar sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
sian.. kerana sorg pemerintah , rakyatnya bergelimpangan bergado n negara porak peranda. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang 15 kepala askar tu takde mak bapak ker?? Takde anak bini ker?? Diorang tak berdendam ker kalau kepala bapak/anak diorang kena penggal nak buat hantaran?
Macam perangai Hindon bini Abu Suffian pulak pompuan syiria nih!!
|
|
|
|
|
|
|
|
askar syiah memang wajib diperangi sbb dh mengorbankan terlalu byk nyawa umat Islam yg x berdosa.. |
|
|
|
|
|
|
|
setakat itu jer yang dia peduli .. apa yang terjadi selepas itu adalah legenda
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus permintaan dier...kurang skit warga syiah |
|
|
|
|
|
|
|
ngerinya permintaan kau makcik |
|
|
|
|
|
|
|
Ummat arab tak kira sunnah atau syiah bila berperang dah tak peduli semua peraturan perang (konvensyen Geneva tu pun derive drp undang-undang Islam).
Dlm keadaan mcm ni, tak boleh nak salahkan rejim Basyar 100% kerana nak tak nak depa terpaksa pertahankan kerajaannya kerana jika digulingkan akan ada pembalasan dendam secara besar-besaran terhadap diri, keluarga dan pengikut. |
|
|
|
|
|
|
|
disini menjadi persoalan nya sapa yang memerintahkan pembunuhan... ketua2 yg dahagaka kuasa. maka perlu dihapuskan sama sekali ketua2 ini. bunuh 15, waris kepada 15 ini akan menuntut semula darah yg ditumpah... sampai bila nak jadi macam ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Fieza-mira posted on 15-6-2014 04:26 PM
Yang 15 kepala askar tu takde mak bapak ker?? Takde anak bini ker?? Diorang tak berdendam ker kalau ...
Itulah...fahaman ala jahiliyah jah. Sampai bila mau selesai. Ngeri pulak nak penggal penggal bagai. Kedua belah pihak mangsa keadaan. Kesian
|
|
|
|
|
|
|
|
Syaitan bertepok tangan... konon berjihad tapi Syaitan berjaya hasut melakukan perkara khurafat...
Ustaz aku kata... Syaitan buka 1 pintu kebaikkan untuk membuka 99 pintu kejahatan... |
|
|
|
|
|
|
|
nagapompuan posted on 18-6-2014 10:07 AM
Itulah...fahaman ala jahiliyah jah. Sampai bila mau selesai. Ngeri pulak nak penggal penggal bagai ...
Arab dan jahiliyah berpisah tiada
|
|
|
|
|
|
|
| |
|