View: 17735|Reply: 123
|
Fathia dan Aiman jual jam tangan
[Copy link]
|
|
FATHIA JUAL JENAMA JAM 'THIA' SWAROVSKI
Artis seksi hot cantik jelita Fathia Latiff terkini menjual jenama jam 'THIA' namanya sendiri dan dikongsi bersama Aiman Hakim! Jam ini mahal dan eksklusif reka bentuk hanya edisi terhad 1 sahaja dan dihiasi batu Swarovski yang diimport khas dari Austria. Anggaran harga jam Thia ini dalam RM300-RM500 bergantung kepada rekaan, malah pelanggan boleh menempah rekaan mereka sendiri! Hebat kan? Fathia berpandangan jauh dan mempunyai pasaran luas jika benar-benar serius dalam perniagaan jamnya ini walaupun dianggap mahal tetapi eksklusif tersendiri.
Reka Bentuk Jam Thia Eksklusif Hanya Satu
Menurutnya, setiap jam tangan yang dihasilkan adalah eksklusif kerana setiap reka bentuk hanya terdapat satu sahaja.
"Sekarang ini saya ada lebih kurang 20 buah jam tangan bertakhta batu swarovski yang direka dengan pelbagai bentuk. Sebenarnya, jam itu dihias berdasarkan warna batu dan saiznya.
"Kalau ada pembeli yang ingin reka bentuk berdasarkan idea sendiri pun kami boleh buat. Harga yang kami tawar jauh lebih murah berbanding di pasaran kerana saya sudah pun melihat harga yang dijual di sebuah kedai di Mid Valley," kata Fathia yang pernah ditegur Aaron Aziz.
Katanya, harga untuk sebuah jam tangan wanita yang dijual adalah antara RM300 sehingga RM350.
Tambah pelakon itu, setakat ini dia dan Aiman hanya menjual pada rakan-rakan dan kenalan sahaja. Untuk masa akan datang jam tangan jenama Thia itu akan dijual menerusi online dan secara langsung.
Fathia dan Aiman Rakan Kongsi Jam Thia
"Apabila saya usul hasrat untuk berniaga jam tangan kepada Aiman, dia bersetuju untuk terlibat sama kerana sememangnya kami sama-sama minat bidang perniagaan," jelas Fathia yang pernah kontroversi bertudung menghalang populariti.
Sementara itu, Aiman pula menganggap kerjasamanya dengan Fathia adalah sebagai langkah permulaan untuk melangkah dalam bidang perniagaan.
"Saya bersetuju untuk menjadi rakan niaga kerana saya lihat dia bersungguh-sungguh untuk memulakan perniagaan. Siapa tahu ini satu langkah permulaan dan mungkin di masa akan datang, kami bakal menghasilkan jam tangan untuk lelaki pula," kata pelakon kacak ini.
Last edited by piao on 18-6-2014 04:35 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
gossip dr paper mana ni uols?? |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya, harga untuk sebuah jam tangan wanita yang dijual adalah antara RM300 sehingga RM350.
standardla harga jam mcm ni. tp nk tgk jugak jamnye mcm mane. kalis air ke, ape ke |
|
|
|
|
|
|
|
azie.dz posted on 18-6-2014 04:27 PM
gossip dr paper mana ni uols??
papper sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
hurmm...x minat pun nak beli... |
|
|
|
|
|
|
|
kata Fathia yang pernah ditegur Aaron Aziz.
Aaron Aziz tegur Ariana rose pasal apa? |
|
|
|
|
|
|
|
piao posted on 18-6-2014 04:29 PM
papper sendiri
err....
okehhhh |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok posted on 18-6-2014 04:32 PM
Aaron Aziz tegur Ariana rose pasal apa?
Pasal masalah disiplin Fathia masa berlakon Stanza Cinta dulu....selalu lambat minah ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
mana jam nyer....
gambar mana..? |
|
|
|
|
|
|
|
jam mana jam? |
|
|
|
|
|
|
|
oo...dah bwrjinak2 dgn dunia perniagaan..ialah sejak bnyak sgt kontrobesi ni elok la wat peesiapan |
|
|
|
|
|
|
|
xde makna klu stakat design jam tp sndri xreti tgk jam... |
|
|
|
|
|
|
|
Mana gambar jam |
|
|
|
|
|
|
|
x sior teman makei......
kome jer makei! |
|
|
|
|
|
|
|
disebabkan artikel ini, kesemua jam sudah abis dijual
sebab itu xde gambar jam.
kami akan renew stok jam akan datang. |
|
|
|
|
|
|
|
mana koleksi jam nyer???????? |
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan mana ni oi? Nmpk sgt xsuka minah ni., "katanya yg pnh dtegur aaron" "katanya yg kontrovesi bertudung xpopular" apsal xmsukkn skali "katanya yg pernah baling henpon kt pngarah?"
Tp, klau aku jd fathia ni dah plih datok2 dah.. Ank tan sri ke.. Xnk pelakon.. Dia dia lawa giler |
|
|
|
|
|
|
|
usha jam di tangan cam biasa jer |
|
|
|
|
|
|
|
jam rega 300-500 itu tahap murah pprt lagi sis. ala jam hadiah beli cokelat jah
ingat kan jam mahal harga ribu2. choiii!!! penulis artikel ini
|
|
|
|
|
|
|
| |
|