CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136840|Reply: 883

2014-2020: Berapa Usia Jin Tertua Yang Anda Pernah Jumpa?

[Copy link]
Post time 12-7-2014 08:47 PM | Show all posts |Read mode
Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Saya seorang penjinak jin. Daripada pengalaman kerja saya selama lebih 15 tahun, didapati usia jin berbeza-beza (kerana mereka juga beranak-pinak seperti kita dan ada yang berumur sangat lanjut) dan usia ini pula akan menentukan tahap keganasan, kegarangan, kematangan, kebijaksanaan dan kekuatan jin itu sewaktu berdepan dan berdiskusi dengan seorang penjinak jin seperti saya.

Di sini, saya dengan rendah hati dan rendah diri membuka thread baru ini untuk mengumpulkan maklumat seterusnya berkongsi pengetahuan dan mungkin kepakaran untuk membantu sesama manusia atau jin sendiri yang mengalami masalah dalam kehidupan alam yang perlu dikongsi ini. Saya akan maklumkan tarikh, masa dan tempatnya apabila berdiri secara rasmi sebuah pusat penjinakan jin. Apabila jin-jin itu sudah jinak dan sebahagian besarnya berjaya diIslamkan, nyata dan benarlah manusia itu sebaik-baik kejadian dan Khalifah Allah di muka bumi-Nya ini.

Baik, saya mulakan dahulu. Tuan-tuan yang ada ilmu dan pengalaman boleh bantu tambahpanjangkan perkongsian ilmu ini. Kepada para pemerhati, silakan bertanya dengan cara sopan dan bertatasusila;

1. Jin wanita dari utara India, 650,000 tahun, ditemui pada 21/06/2014.
2. Jin wanita dari Taman Negara Pahang, 500,000 tahun, ditemui pada 2009.
3. Jin lelaki dari Segitiga Bermuda, 450,000 tahun, ditemui pada 2007.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan sokongan anda kepada thread ini. Saya izinkan ia dishare di semua laman-laman sosial seperti facebook, twitter, instagram, whatsApp dan blog masing-masing dengan niat untuk mengangkat tahap keilmuan manusia setingkat lebih tinggi daripada yang sedia ada
hari ini. Wallahu'alam!
Last edited by coway_daddy on 13-9-2014 09:31 AM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2014 08:48 PM | Show all posts

Sinopsis Kisah Jin 1, Jin 2 dan Jin 3

Kisah Jin 1

- Jin ini bercakap bahasa Hindi pada awalnya.
- pesakit wanita ini tidak berniat untuk mendapat rawatan.

- sebaliknya yang berhubung dengan saya ialah adiknya yang hilang bayi dalam kandungan.
- sesi perkenalan sangat pantas, dia begitu agresif dan mahu bertarung fizikal dengan saya.
- menggunakan ilmu dan pengalaman yang ada, saya tenangkan dan minta dia bekerjasama.
- dia sendiri yang memulakan perbincangan dan rundingan, saya banyak diam.

- sesekali saya tegur jika dirasakan fakta yang dikemukakan tidak tepat.
- jin ini adalah belaan ibu mentuanya sendiri, tujuannya untuk memisahkan wanita tersebut dengan suaminya.
- makanan utama jin ini ialah asap daripada kemenyan yang dibawa dari India.
- jin ini mengaku dia kafir dan sudah terlalu banyak melakukan kejahatan.

- katanya tidak mungkin Allah akan ampunkan dia.
- saya katakan kepada jin itu bahawa rahmat Allah itu maha luas.

- saya yakinkan dia, insya-Allah dosa-dosanya pasti akan diampunkan.
- sekarang kami dalam proses seterusnya, saya sedang memujuknya untuk memikirkan kemungkinan positif.

- saya mahu dia mati dalam keadaan Islam.
- maklumat tentang MH370; dia kesal kenapa manusia tidak betul-betul mencari.

- sedangkan ilmu yang ada pada manusia mampu untuk menemukannya semula.

Kisah Jin 2

- kisah bermula daripada lawatan sambil belajar ke Taman Negara Pahang.
- kami menginap di sebuah resort yang agak terpencil.
- kumpulan kami ditempatkan di dua blok asrama, setiap blok ada beberapa buah dorm.
- sampai di sana, kami 'disambut' dengan 'black-out' - ini petanda bahawa jin di sini daripada jenis ifrit.
- semasa aktiviti 'night-walk', jin-jin di situ telah mula menampakkan diri. Keadaan masih terkawal.
- makan malam hari pertama saya simpan sedikit dan tutup dengan membaca basmalah.

- saya beritahu kawan, syaitan tak boleh usik makanan itu.
- pukul pagi, satu jin terbang masuk ke dorm saya. Landing betul-betul di katil sebelah.

- Saya kejutkan kawan di sebelah, tapi dia tidur mati.
- kawan di katil bawah menjerit, selimutnya ditarik sesuatu.

- Dia bertempik; "Allahu Akbar!" Barulah, selimut itu terlepas, dia jatuh.
- Saya kejutkan semua ahli rombongan. masa tu pukul 2.30 pagi. saya paksa semua bangun ke tandas.

- Ramai merungut-rungut, mereka tak faham.
- satu demi satu kes berlaku sepanjang 4 hari 3 malam kami di sana. Ingatkan ia akan berakhir di situ sahaja.
- kami pulang dan sebahagian peserta rupa-rupanya membawa pulang 'sesuatu'.
- melalui salah seorang peserta inilah, saya dapat berkenalan dan berbincang dengan jin tersebut.
- mereka tidak beragama, terkurung di resort tersebut sejak ia dibina kerana silap 'terpagar' sekali di dalam.
- komuniti mereka berkembang, makanan jadi semakin berkurang, ramai yang menderita kelaparan.
- mereka marahkan saya kerana membaca basmalah dan menutup makanan pada malam itu.

- Mereka langsung tidak dapat menyentuhnya.
- mereka minta saya bebaskan mereka daripada kurungan tersebut.

Kisah Jin 3

- Jin ini datang kepada saya dalam keadaan begitu letih akibat perjalanan yang jauh dan penuh halangan.
- Apabila ditanya, dia lebih banyak mendiamkan diri.
- Akhirnya saya mendapat idea untuk memberinya pen dan kertas. Dia bersetuju untuk memberi kerjasama.
- Dia tulis; Saya tak boleh bercakap, nanti 'Azazil dapat tahu di mana kedudukan saya.
- Dia tulis; Dah ribuan tahun saya 'dipaksa' bekerja di bawah kawalan dan pengawasan 'Azazil.
- Saya tanya, apa yang saya boleh bantu?
- Dia tulis; Selamatkan saya daripada cengkaman 'Azazil.
- Saya tanya, adakah Dajjal juga tahu yang kamu sudah melarikan diri ni?
- Dia tulis; Pasti, 'Azazil sangat rapat hubungannya dengan Dajjal.
- Saya tanya, kenapa kamu datang ke sini?
- Dia tulis; UFO 'Azazil selalu mengintip Malaysia.

- Dia dan Dajjal yakin orang yang mereka cari ada di sini. Saya pun begitu.
- Saya tanya, apa pekerjaan kamu di bawah kerajaan 'Azazil?
- Dia tulis; Saya ketuai sekumpulan saintis. Kami mencipta senjata sebagai persediaan untuk berperang.
- Saya tanya, apa hubungan kamu dengan 'Azazil sehingga dia lantik kamu jadi orang penting?
- Dia tulis; Saya anak saudaranya.
Last edited by coway_daddy on 12-7-2014 09:12 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2014 08:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2014 08:50 PM | Show all posts

Grup Whatsapp & Telegram

Sesiapa yang berminat untuk sertai grup ini, sila emelkan details masing-masing bersama no. hp yang ada whatsapp @ telegram ke [email protected]. Keutamaan diberi kepada mereka yang benar-benar memerlukan rawatan jarak jauh secara percuma. Sedikit tapisan akan dibuat memandangkan ruang yang ada agak terhad. Sekian, dimaklumkan.



Last edited by coway_daddy on 22-12-2014 09:38 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
masa saya berubat dengan ustaz man dlu.... penah la badan sy diambil alih jin yg kacau sy tu... menurut dialog jin tu usia dia 7000 tahun... wallahualam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2014 09:23 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 12-7-2014 08:53 PM
masa saya berubat dengan ustaz man dlu.... penah la badan sy diambil alih jin yg kacau sy tu... menu ...

Mungkin tu salah satu daripadanya kan? Mesti ada banyak lagi, cuma kita jarang tahu berapa usia jin tersebut. Last edited by coway_daddy on 17-7-2014 03:20 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2014 10:53 PM | Show all posts
jadi jin nie pun ada pekerjaan jugak ye... maksudnya jin yang ketuai saintis tu bukan jin sebarang , cerdik jugak ye ? hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
X blh ke tt selesaikan isu mh370 ni...? Diorang tahu x kt mne lokasi nye...? Tp sebaik2 jin adlh sjht2 mnusia kn. Licik. Bermuka2. Pnuh tipu muslihat. Hati2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2014 11:32 PM | Show all posts
hidup mereka mcmana? sama mcm manusia?Ada org ckp, kehidupkan mereka juga sangat modern drpd manusia..betul ke tu? kenapa cara cerita2 dalam ni seakan2 mereka ni sangat daif? saya hanya bertanya. saya pernah mendengar ayat rukyah, dan mmg ada tanda2 jin tinggal dlm rumah saya tinggal. cuma saya ragu2 kenapa mereka perlu menumpang hidup sama tempat dgn manusia sedangkan hidup mereka sangt maju drpd kita?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 01:37 AM | Show all posts
Jin tertua yg aku pernah jumpa ialah jin samsudin
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 01:53 AM | Show all posts
Wah best thread ni.keep it up
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Uish...best thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 02:57 AM From the mobile phone | Show all posts
anaktoyol posted on 13-7-2014 01:37 AM
Jin tertua yg aku pernah jumpa ialah jin samsudin

if luar negara tentu yg tertua ialah gene simmons
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2014 07:52 AM | Show all posts
mr_cool5885 posted on 12-7-2014 11:28 PM
X blh ke tt selesaikan isu mh370 ni...? Diorang tahu x kt mne lokasi nye...? Tp sebaik2 jin adlh sjh ...

Belum ada permintaan daripada DYM Yang Dipertuan Agong setakat ini. Jika diminta, insya-Allah akan cuba diikhtiarkan. Last edited by coway_daddy on 17-7-2014 03:20 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2014 07:55 AM | Show all posts
mirian1110 posted on 12-7-2014 10:53 PM
jadi jin nie pun ada pekerjaan jugak ye... maksudnya jin yang ketuai saintis tu bukan jin sebarang , ...

Ya, mereka juga ada pelbagai tahap kepintaran, kecerdasan seperti manusia juga. Pekerjaan yang wujud dalam alam jin lebih kompleks dan rencam berbanding kita. Last edited by coway_daddy on 17-7-2014 03:20 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2014 08:02 AM | Show all posts
melinda_kerr posted on 12-7-2014 11:32 PM
hidup mereka mcmana? sama mcm manusia?Ada org ckp, kehidupkan mereka juga sangat modern drpd manusia ...

Secara keseluruhan, tahap kemajuan jin relatifnya lebih maju daripada manusia kerana lebih dahulu diciptakan oleh Allah. Cuma, di sesetengah tempat yang dikira kawasan pedalaman dan terpencil tahap kemajuan jin di situ mungkin lebih rendah berbanding manusia. Last edited by coway_daddy on 17-7-2014 03:21 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2014 10:18 AM | Show all posts
coway_daddy posted on 13-7-2014 07:52 AM
Belum ada permintaan daripada DYM Yang Dipertuan Agong setakat ini. Jika diminta, insya-Allah akan c ...

kenapa perlu permintaan oleh DYMTDPA?

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 11:58 AM | Show all posts
leenaz posted on 13-7-2014 10:18 AM
kenapa perlu permintaan oleh DYMTDPA?

Tu lah aku pon tertnye2 gak
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 03:47 PM | Show all posts
maaf bertanya - adakah maksud penjinakan jin - maksudnya jin itu liar seperti haiwan?
melalui pembacaan saya - jin merupakan mahluk yang punya akal dan nafsu - seperti manusia
cuma taraf yang berbeza dari segi fizikal dan penciptaan -
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 07:58 PM | Show all posts
Agaknya macam manalah advancenya saintis2 jin ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.869957 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list