CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3536|Reply: 6

[Tempatan] Guna senapang angin jaga kebun

[Copy link]
Post time 14-7-2014 12:38 PM | Show all posts |Read mode
LEDANG – Seorang warga emas antara dua ditahan memiliki senapang angin dalam tangkapan berasingan di Tangkak dan Sungai Mati, 27 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohd Salleh Abd Razak berkata, lelaki berusia 71 tahun itu ditahan jam 12.30 malam bersama selaras senapang dengan 235 peluru di Bukit Kangkar, Sungai Mati.

“Seorang lagi lelaki berusia 53 tahun ditahan di Jalan Sialang, Tangkak pada hari yang sama dan merampas merampas satu laras senapang angin dengan 30 biji bebola besi yang dijadikan peluru.

“Mereka mendakwa menggunakan senjata yang diperoleh dari Johor untuk menjaga kebun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, semalam.

Beliau berkata, warga emas terbabit mengakui sudah dua tahun memiliki senjata itu, sementara rakanya baru membeli senapang tersebut berharga RM500.

Dalam perkembangan lain, Mohd Salleh berkata, terdapat tiga kes pecah tabung rumah ibadat dilapor berlaku di daerah ini setakat Julai tahun ini.


Mohd Salleh memeriksa dua laras senapang angin yang dirampas di Tangkak dan Sungai Mati, baru-baru ini.



Katanya, ia membabitkan surau di Gersik, tokong di Sagil dan kejadian terbaharu berlaku di surau Kampung Parit Tepi, Kundang Ulu, Grisek, dekat sini, Mei lalu.

“Berikutan kejadian itu, kita berjaya menahan suspek lelaki berusia 27 tahun yang sedang leka memecahkan tabung di surau berkenaan.

“Suspek memecahkan tabung itu dengan mengumpilnya menggunakan objek tajam dan dikenal pasti mengulangi perbuatan sama di surau tersebut,” katanya.

Katanya, suspek didapati positif dadah jenis morfin dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2014 12:53 AM | Show all posts
Baguuussss.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Senapang angin nk kena ada lesen ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Spear gun pun pakai angin...kena ada lesen jugak...tiap2 tahun kena report kat balai polis..
Benda2 yg ada trigger...ada peluru...yg mampu membunuh mesti ada lesen...tak kiralah pakai angin ke...blerang ke...crossbow pun kena ada lesen
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 09:14 AM | Show all posts
ada jual ke....nak tembak monyet masuk rumah,makan rambutan, durian,telur ayam
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Panah kena tak.... itu pon boleh membunuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2014 03:33 PM | Show all posts
Padan muka .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26424 Replies : 24
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14203 Replies : 288
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 48
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 12148 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 09:25 AM GMT+8 , Processed in 1.807124 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list