CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4419|Reply: 8

Pesona si gadis berhijab

[Copy link]
Post time 16-7-2014 03:41 PM | Show all posts |Read mode
Gadis berusia 24 tahun ini memiliki hampir 30 ribu pengikut di lamannya itu. Memiliki kulit putih mulus dan gaya fesyen yang sopan, ternyata wajahnya yang manis menjalin kekuatan menarik pandang setiap mata.



Cita-cita

Gadis berwajah anggun ini masih lagi menuntut dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dalam bidang perhubungan awam. Di samping itu beliau juga memiliki diploma di dalam jurusan pengurusan dan teknologi pejabat. Menurutnya beliau mengimpikan untuk menjadi figura yang dikenali sebagai eksekutif perhubungan korporat yang terbaik.



Hijab dan fesyen

Baginya kesederhanaan adalah kunci untuk tampak bergaya dalam balutan hijab. Tidak perlu mencuba stail yang keterlaluan dan serabut. Apabila memilih pakaian, bukan sahaja tertutup menjadi kepentingan bahkan bentuk yang tidak terlalu melekap pada tubuh harus menjadi keutamaan. Nasihatnya, jangan hanya berhijab untuk tampak bergaya namun tidak meletakkan agama sebagai perkara pertama.


Wajah pelaris

Untuk pengetahuan anda, gadis ini juga merupakan seorang peragawati. Menurutnya pada permulaan beliau hanya sekadar mencuba. Kini wajahnya menjadi dambaan banyak jenama fesyen berhijab sekitar kota. Baru-baru ini juga beliau telah diberikan kepercayaan sebagai duta kepada produk kecantikan yang diberi nama Belvya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2014 04:26 PM | Show all posts
sape ke namanya?
slalu jugak nampak muka dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:24 PM | Show all posts
mcm muka neelofa..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 04:02 PM | Show all posts
mcm muke nelopa.. nora danish.. azza elite pon ade..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 02:50 PM | Show all posts
untunglah..orang cantikk...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 03:20 PM | Show all posts
anak saper-lah ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2014 03:54 PM | Show all posts
ini bukannye statement jelly ye

tapi kalau da wajah tu cantik, ape jenis tudung & busana pun turut kelihatan cantik.
Alhamdulillah, gadis ni manfaatkan sepenuhnye kelebihan yg dia ada utk mengajak org ramai ke arah kebaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 10:35 PM | Show all posts
pake tudung tuk commercial?? mm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2014 04:18 PM | Show all posts
dia x jd duta produk tu pun muka dia dh sedia runcing..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.125229 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list