View: 5270|Reply: 14
|
Cara Mudah Menidurkan Bayi
[Copy link]
|
|
PILIH CARA YANG PALING SESUAI
Jika bayi sering terbangun di tengah malam dan ibubapa merasa kualiti tidurnya menurun, ada baiknya untuk mengajar bayi tidur. Sebenarnya ia boleh menenangkan diri sendiri dan kembali tertidur kembali setelah terjaga sejenak. Pilihlah cara yang paling sesuai dengan Anda dan si kecil seperti berikut ini:
1. BERSIKAP DINGIN
Cara ini merupakan cara “paling kejam”. Tetapi , cara inilah yang paling berkesan. Ibubapa boleh merasa kesannya dalam masa tiga hari. Caranya dengan meletakkan bayi di tempat tidur. Setelah mengucapkan selamat tidur padanya, tinggal saja sampai ia tertidur dengan sendirinya.
Sebahagian besar bayi akan menangis sebaik ibubapa menghilang dari pandangannya. Tapi lama-lama, kerana tidak mendapat respons, bayi akan faham dan akhirnya tertidur. Mungkin saja bayi akan menangis lama. Terus terang, cara ini sangat keras dan menjadi pilihan yang sangat sukar bagi ibubapa.
2. KENDALIKAN TANGISAN
Cara ini banyak digunakan ibubapa di banyak negara dan cukup efektif menenangkan bayi ketika malam. Prinsipnya hampir sama dengan cara no 1, iaitu biarkan bayi menangis. Bayi pun akan faham dan akhirnya tertidur. Bezanya, cara ini memberikan waktu beza yang dipanjang secara berangsur-angsur. Sebelum memulakannya, ibubapa boleh memutuskan berapa lama anak akan dibiarkan menangis, minima satu minit. Setelah meletakkannya di tempat tidur, ucapkan selamat malam dan tinggalkan si kecil. Jika bayi tetap terjaga, kembalilah dalam jangka waktu yang telah ditetapkan, contohnya 5 minit. Setelah bayi ditenangkan, tinggalkan lagi dan kembali dalam waktu yang lebih lama, begitu seterusnya hingga ibubapa boleh meninggalkan bayi paling lama 20 minit.
Lakukan hal itu pada malam berikutnya. Secara perlahan tingkatkan beza waktu sebelum memeriksa keadaan bayi. Misalnya, jangan kembali melihat si kecil sebelum 10 minit berakhir, lalu panjangkan waktunya hingga maksimak 25 minit. Pada malam ketiga, setelah 15 minit ibu baru boleh melihat bayi di katilnya, kemudian beza dipanjangkan menjadi 30 minit, dan seterusnya.
Walaupun lebih lembut dari cara pertama, cara ini mungkin tidak efektif, terutama bagi bayi-bayi berkarakter kasar. Bayi juga boleh merasa dipermainkan perasaannya. Untuk si kecil dengan karakter yang lebih kooperatif, cara ini boleh dicoba. Kelebihannya, anak boleh belajar berpisah dari ibubapa terutama ibunya tanpa kehilangan perasaan emosi.
3. PUJUK BERULANG
Ini cara terbaik bagi ibubapa yang tidak boleh atau tidak sanggup membiarkan bayinya menangis. Yakinkan si kecil, bahwa Anda selalu berada dekatnya dan pujuklah dia untuk tidur. Penerapannya sebagai berikut: ucapkan sesuatu kata kata sebelum bayi tidur, lalu beredar dari situ. Bayi mungkin akan menangis. Jika itu terjadi kembalilah dan ucapkan sesuatu kata kata, lalu tinggalkan. Ulangi langkah-langkah itu sampai bayi tertidur.
Cara ini lebih lembut dan prihatin. Ibu boleh mengawal bayinya dengan lebih mudah. Rasa selesa bayi juga terjaga kerana masih boleh melihat ibu, walau agak berjauhan. Tempat tidur ibubapa dan katil bayi boleh berada di dalam satu bilik.
4. BERI CIUMAN
Setelah meletakkan bayi di tempat tidur, ucapkan sesuatu kata kata dan berikan ciuman. Berjanjilah untuk kembali lagi dan memberinya ciuman. Beredar beberapa langkah sebelum memberikan ciuman kedua. Jika bayi bergerak-gerak minta digendong atau menangis, jangan menegurnya, tetapi baringkan kembali dan berikan ciuman perpisahan. Setelah beberapa hari, kita akan tahu jumlah ciuman dan waktu yang diberikan.
Cara ini juga boleh dicuba. Anak merasa diperhatikan dan disayang. Ketika rasa selesanya sudah ada, pemberian ciuman supaya boleh tidur akan berkurang. Ia boleh menenangkan diri sendiri jika terbangun.
5. JAUHKAN DIRI PERLAHAN LAHAN
Baringkan si kecil, kemudian duduklah di sampingnya sampai ia tertidur. Di minggu-minggu berikut, perlahan-lahan berpindahlah sedikit lebih jauh dari tempat tidurnya, sampai akhirnya Anda tidak mesti berada di dalam bilik saat bayi tertidur. Ia mungkin akan menolak setiap kali ibubapa bergerak dari sisi tempat tidur. Jika ibu tetap tenang dan tegas, penolakan tersebut akan berakhir hanya dalam waktu satu atau dua malam.
Cara ini boleh memakan waktu lama dan memenatkan. sesuai bagi ibu yang tidak sakit. Perasaan emosi, rasa selesa, dan perasaan dicintai masih boleh dirasakan bayi.
Lima cara di atas boleh diterapkan secepat mungkin, Walaupun ada ibubapa yang baru menerapkannya setelah bayi berumur 3 bulan ke atas. Jadi, ibubapalah yang paling tahu bila harus memulakannya. Satu perkara yang pasti, apa pun cara yang diterapkan jangan cepat mengalah. Cara cara lain boleh dirujuk disini
|
|
|
|
|
|
|
|
suka cari yang no1 dan 2 tu..tapi bila mak mertua tengok dia x sampai hati plak dengar cucu dia nangis... |
|
|
|
|
|
|
|
Ms anak aku yg sulung baby senang sgt lps bg susu dia kenyang terus tido... X kisah tido sebelah aku atau tido kat katil dia... Tp baby yg ke dua ni x boleh dia kuat menangis.. Lg pulak asyik nak berdakap jer tido sebelah aku pon nak menetek.. Dah puas menetek nak gan cium puting susu ni.. Bergerak jer aku dia pun bukak la mata.. Aku rs lain anak lain ragam.. Yg kedua ni mcm manja terlebih berbanding gan kakaknya walaupun baby boy... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada satu method lagi, letak bantal atas muka...
X sampai 5 minit, diam laa baby tue
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-8-2014 09:14 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
AYAKAISHI_AYASY posted on 10-8-2014 08:32 AM
Ada satu method lagi, letak bantal atas muka...
X sampai 5 minit, diam laa baby tue
x baeknya ilmu sesat tu, mati la bby tu |
|
|
|
|
|
|
|
pfiza posted on 10-8-2014 09:14 AM
x baeknya ilmu sesat tu, mati la bby tu
HAAHAHAH... Lawak kejam betol la... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-9-2014 11:14 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Anak pertama dulu dh buat mcm2.. bila aku gerak je mmg dia bangun.
Tp cara pertama tu mmg bkesan juga.aku tgk omputih bnyak buat gitu.
Bb dr kecik tido bilik sdiri..lps dh menyusu puas..masukan dlm babycot/cribs
Pastu bio je tido sdiri..mmg akan menangis melalak tp lama2 paham.
Aku ada cuba nak buat.tp memandangkn tekak anak k2 aku ni bila menangis..
Mcm nak tercabut rasa,xboleh buat.kang jiran ngt kenapa plk. |
|
|
|
|
|
|
|
AYAKAISHI_AYASY posted on 10-8-2014 08:32 AM
Ada satu method lagi, letak bantal atas muka...
X sampai 5 minit, diam laa baby tue
teruk bebenor cadangan ko ni
|
|
|
|
|
|
|
|
rindunyaa nk jaga baby...
i jenis yg x sanggup biar baby nangis or tinggal2 camtu...
dahle susah nk dapat.. i sggup x tido utk pastikan baby i selesa, lena n selamat... |
|
|
|
|
|
|
|
siputsedut posted on 23-9-2014 12:23 PM
sesungguhnya aku mmg tak tahan dengar baby nangis..nnt tak sampai hati..biasa aku akan pujuk jgk sam ...
Sedih kan dengar anak melalak aku penah gak buat dl ms tgh ajar x pakai pampers tuk tido mlm.. Satu jam sebelum tido dah bg minum susu lps tu sejam mintak anak kencing n tido.. Dia punya melalak nak botol susu sayu je dgr sampai suami aku kata kesian kat anak bg je la susu.. Aku ckp x leh kita cb seminggu kalo sm gak batu kita kasi blk botol susu.. Alhamdulilah berjaya tp skrg ni jadi blk sebelum tido nak berbotol susu pdhal umur dah 5 tahun.. Tp x kencing mlm la.. |
|
|
|
|
|
|
|
siputsedut posted on 25-9-2014 09:10 AM
adeh..anak aku baru 2 thn..kalu dia berjaga mlm mintak susu aku cuba bersangka baik la..sbb 2 tahu ...
Ms aku ajar pisahkan botol susu tu umur anak aku 2 tahun lebih kalo x silap time sebelum tido mlm je la.. Time siang memang ada jadual dia berbotol susu.. Pampers pon dah x pakai ms umur 2 tahun.. Sebab aku x keje kot senang nak ajar.. Tp bl dah ok x kencing mlm sambung blk berbotol susu dia.. Sian dgr dia melalak..ni aku dah byk kali mintak suami aku repair kipas bilik tido anak aku dia buat x dengar je mcm x nak bg anak aku blk lain nak tido satu blk kot asing katil jer.. Kadang2 bapak2 ni nampak tegas kumain, tp dlm ati tu ada taman.. |
|
|
|
|
|
|
|
kejoraria posted on 24-9-2014 07:53 AM
teruk bebenor cadangan ko ni
Hey, at least it work tau..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|