View: 2218|Reply: 18
|
[Tempatan]
Edisi Betul Ke: 'Harga Ayam Tak Naik"
[Copy link]
|
|
KUALA KANGSAR - Rakyat dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai khabar angin mengatakan harga daging segar akan melambung tinggi dalam masa terdekat.
Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Samsudin Abu Hasan berkata, sekiranya perkara itu terjadi sekalipun, kerajaan sentiasa mempunyai mekanisme terbaik dalam menangani masalah itu.
Katanya, alasan peniaga untuk menaikkan harga kerana tidak mendapat untung adalah tidak munasabah kerana kerajaan telah menetapkan harga siling kepada pemborong dan mereka perlu mematuhi harga ditetapkan.
“Kerajaan telah menetapkan harga RM 24 kepada pemborong dan harga runcit pula adalah RM 26. Jadi, mustahil jika peniaga kata mereka tidak mendapat untung.
“Sekiranya peniaga membeli dengan harga mahal daripada pemborong, kita minta mereka simpan resit dan kemukakan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pemborong.
“Jangan risau dengan khabar angin kenaikan harga daging segar kerana kerajaan sentiasa mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan perkara tersebut,” katanya.
Beliau mengulas isu tersebut dalam sidang media selepas merasmikan Pemantauan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Hari Raya Aidilfitri bagi negeri Perak di Pasar Besar Kuala Kangsar, semalam.
Dalam perkembangan lain, Adun Bukit Chandan, Maslin Sham Razman meminta kerajaan supaya menambah stok daging segar dalam negara bagi mengelakkan kenaikan harga.
“Untuk barangan lain memang tiada masalah, cuma daging segar sahaja yang menjadi rungutan orang ramai. Harap kerajaan dapat cari idea penyelesaian terbaik,” katanya.
Read here: http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/harga-ayam-tak-naik-1.301670 |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh caya ke?
Daging segar sekila dari sebelum puasa RM24/kg ...la ni dah naik RM27/kg??
Pak menteri ni turun padang ke idak.. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu najib beli ayam rm1 sekor |
|
|
|
|
|
|
|
Nak raya ...barang pasti ada yg akan naik rege |
|
|
|
|
|
|
|
kalo turun pon utk ank2 ayam yg br blajar bertatih... |
|
|
|
|
|
|
|
artikel pasal daging segar..tajuk pasal ayam.. |
|
|
|
|
|
|
|
smlm baru beli ayam RM18 sekoq |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk lain, isi lain...
harga tempat aku xde lak naik.. malahan turun. cth ayam kat pasar taman u johor sebelum kawalan 7.90 bila d kawal jd 7.7... daging lak dulu 28 hrg kawln jd 25.. bwg pun cam tu jgk.. syukurlah ada harga kawlan |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk ayam, cerita daging.. aku pun xtau nak komen yang mana satu. |
|
|
|
|
|
|
|
kat tesco alma bukit mertajam, 2 hari lepas rm 5.90 sekilo, semalam rm 6.20 sekilo |
|
|
|
|
|
|
|
kedai runcit kat umah aku 7.7.mahalnye ayam skang ye.patutlah jual ayam golek pun 20rm sekor.ayam mentah pun dah nak 16rm beli semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
LOL ni menda standard la. Kalau ada je menteri cakap takkan naik, tu maknanya memang naik.
Xkn baru 1 hari duk Malaysia wehhhh |
|
|
|
|
|
|
|
ayam KFC naik harga tak.... |
|
|
|
|
|
|
|
naik atau xnya org ramai ttp akan membeli brg2 keperluan ni
lg2 sempena syawal nak menjelang  |
|
|
|
|
|
|
|
buat rendang itik la tahun ni. habis la itik nenek aku jd mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
tak percaya langsung  |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam aku beli ayam kat Mydin Mall RM5.89 sekilo.. Daging kerbau import RM13.99 sekilo... ok la tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|