CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2688|Reply: 14

[Tempatan] Bapa Mabuk Naik Minyak

[Copy link]
Post time 4-8-2014 08:25 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Gara-gara mabuk, seorang bapa hilang pertimbangan sehingga tergamak menumbuk anak perempuannya dan mengugut untuk membunuh ahli keluarganya dalam kejadian di Jalan Perisa, di sini, Jumaat lalu.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, suspek berusia 50-an terbabit pulang ke rumahnya dalam keadaan mabuk sebelum secara tiba-tiba memarahi ahli keluarganya.
Menurut sumber, suspek kemudiannya mengasari isterinya dan memukul anaknya sehingga cedera di muka selain memarahi mereka supaya meminta maaf kepadanya.


Katanya, berikutan itu anak lelaki itu turut bertindak memukul bapa mereka untuk mempertahankan diri selepas diserang suspek yang gagal mengawal dirinya.
“Berang dengan tindakan ahli keluarganya, suspek terus mengeluarkan parang dan mengugut membunuh semua ahli keluarganya selain mengarahkan mereka untuk membunuhnya.
“Keluarganya yang takut dengan keadaan itu terus menghubungi beberapa rakan dan polis untuk meminta bantuan,” kata sumber itu.
Beberapa rakan yang datang ke rumah itu juga gagal memasuki rumah berkenaan selepas dihalang oleh suspek tetapi akur selepas anggota polis tiba.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhamad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Read here: http://www.hmetro.com.my/articles/2014080404322520140804043225/Article?mutakhir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2014 08:35 AM | Show all posts
sedih baca berita macam ni..
bapak aka suami patut nya jadi pelindung keluarga
ni ... lain jadi nya
kalo kita jadi akak tu ..
baik mintak cerai ja
arini takat ugut2 .. pukul2
esok2?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2014 08:38 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 4-8-2014 12:35 AM
sedih baca berita macam ni..
bapak aka suami patut nya jadi pelindung keluarga
ni ... lain jadi ny ...

Keluarga dia mesti hidup dalam ketakutan kan
Morning dik paginya dah mangunnn
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Mabuk??..brickfield??

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 08:43 AM | Show all posts
kalau brickflields ni....boleh agak bangsanya....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 08:44 AM | Show all posts
YINDIA KA???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2014 09:17 AM | Show all posts
GhostWalking posted on 4-8-2014 08:38 AM
Keluarga dia mesti hidup dalam ketakutan kan
Morning dik paginya dah mangunnn

sebab tu kalo adik..
tinggal ja suami macam tu
buat naya ja nak idop dengan orang pemabuk macam ni

Morning bang .. adik jenis tido awal dan bangun kol 2am selalu nya
masa tu best sepi kalo nak wat kerja adik
psstt!~ ekeke tersangat hepi arini sebab banyak menang comp dari awal2 pagi tadi
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:22 AM | Show all posts
haramjadah. selayaknya muka dia di tepek merata2 seantero brickfields.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2014 09:27 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 4-8-2014 01:17 AM
sebab tu kalo adik..
tinggal ja suami macam tu
buat naya ja nak idop dengan orang pemabuk macam  ...

Kalau di buatnya time tidur dia naik angin and parang eughhhh takutnya
Taniyaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 10:03 AM | Show all posts
GhostWalking posted on 4-8-2014 09:27 AM
Kalau di buatnya time tidur dia naik angin and parang eughhhh takutnya
Taniyaaaaaa

harap makcik ni tak berlembut hati nak maaf kan suami tu
saman ja


Terimakasih

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 10:25 AM | Show all posts
susah kalau org da mabuk ni...
mana dia sedar apa dia buat..

tp macam mana yer ..nak nasihatkan org jgn berkwn@bercinta ngn org org2 yg mcam ni
aku dpt tahu ank sedara aku bercinta sakan ngan sorang polis ni..tp jenis yg pegi club malam & minum mabuk2..
boleh ker lelaki tu akn berhenti minum kalau kawin ngan ank buah aku..
aku da ckp kat kakak aku..mcam mana lelaki mcam tu nak dijadikan suami..tp akak aku cuma jwb da ank dia nak jugak...pastu ank dia degil pulak tu...
aku pulak yg risau..
tp siapa la aku..nnti org kata jaga jerk ank sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 10:55 AM | Show all posts
Kesian kat anak2...umo dh lebih 50 pn mabuk2 lagi....cepat la mati orang tua tu dari menyusahkan bini ngn anak2...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts

Takpa kena pukul
Asal jgn kena cerai



Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 01:29 PM | Show all posts
Itu lah bahayanya minuman yang memabuk kan.....banyak akibat tak baik dari orang yang meminumnyaa..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 01:32 PM | Show all posts
Polis datang tau pulak takut awalnya bukan main nak berparang bagai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.098072 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list