CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21823|Reply: 227

[Tempatan] Pekerja McDonald's: Jangan Hukum Kami, Takut Pakai Uniform Kerja

[Copy link]
Post time 8-8-2014 09:44 AM | Show all posts |Read mode
SEMALAM dalam siri pertama Sinar Harian menyiarkan mengenai nasihat agamawan kepada orang ramai agar besederhana dalam boikot produk susulan situasi kemanusiaan di Gaza.

        Ikuti siri akhir yang memaparkan mengenai keluhan pekerja makanan segera McDonald's yang terkesan akibat boikot yang dilaksanakan di seluruh negara.

        Salah seorang pekerja McDonald’s di Melaka mengakui mereka cukup terkesan akibat kempen boikot yang dibuat pelanggan restoran makanan segera itu.

        Katanya, pelanggan Melayu amat berkurangan sejak kempen memboikot dilakukan.

“Memang dahulu ada kempen boikot tetapi hanya sementara... apa nak buat kak, mereka tak nak makan McDonald’s lagi.

“Kadang-kadang ada yang malu nak membeli di kaunter dan beli di laluan pandu lalu,” katanya.

        Menurutnya, dia bersama rakan-rakan menerima tempias kerana disindir masyarakat berikutan bekerja di restoran itu.

        Katanya, masyarakat tidak boleh memandang serong pekerjaan mereka kerana ia adalah punca pendapatan mereka untuk meneruskan kehidupan.

        Bagaimanapun, dia tidak berfikir untuk berhenti kerja kerana sudah lama berkhidmat di restoran itu.

        Seorang juruwang McDonald's di Kelantan yang enggan dikenali mengakui perubahan mendadak kekurangan jumlah pelanggan amat dirasai, namun terpaksa meneruskan kerja seperti biasa.

“Saya tahu situasi ini berlaku disebabkan kempen memboikot yang dilakukan seluruh negara, apa pun kami kena kerja,” katanya.

        Tinjauan di negeri itu juga mendapati, masyarakat bukan Islam turut sama menyokong usaha memboikot McDonald’s.

        Malah, restoran itu yang sebelum ini menjadi pilihan pelajar berkumpul dan membuat perbincangan bukan lagi tumpuan kerana ada yang memilih untuk ke kedai makan biasa sebagai ganti.

        Sementara itu, seorang pekerja McDonald’s di Perak berkata, rakyat negara ini bebas membuat pilihan dalam isu boikot namun mempersoal mengapa restoran itu menjadi sasaran utama.

        Seorang lagi rakan sekerjanya beranggapan usaha memboikot McDonald’s berdasarkan kepada persepsi individu.

“Sebenarnya kami sendiri tidak tahu menahu kebenaran tentang saluran dana kepada Israel. Cuma baca di laman-laman sosial,” katanya.

Rasa takut pakai uniform kerja

“Kami hanya bekerja mencari rezeki, bukannya menyokong Israel."

        Demikian luahan rasa sebahagian pekerja McDonald’s di sekitar Negeri Sembilan yang mula merasa terkesan dengan kempen boikot terhadap produk makanan segera berkenaan.

        Malah masing-masing mula bimbang dengan keselamatan diri terhadap individu atau pihak yang bertindak ekstrem semata-mata marahkan Israel dengan menjadikan pekerja McDonald’s sebagai sasaran melepaskan geram.

        Jika dahulu mereka bebas memakai uniform kerja ke mana-mana, tetapi kini perasaan kekok dan rasa diperhatikan mula menyelubungi diri.

        Seorang pekerja memberitahu, kempen boikot terhadap produk berkenaan pernah dibuat sebelum ini, namun kali ini ia lebih membimbangkan.

“Saya sudah bekerja di sini empat tahun dan sebelum ini kempen yang sama pernah dilakukan, tapi ia tidak begitu ketara berbanding sekarang.

“Tapi saya sendiri pun takut sekarang sebab ‘orang luar’ pandang kami seolah-olah menyokong Israel sedangkan kami tidak tahu apa-apa,” katanya.

        Menurutnya, ada segelintir rakan-rakannya yang mula menyatakan hasrat mahu berhenti kerja berikutan bimbang terus dikecam.

        Bagaimanapun katanya, setakat ini tiada lagi perkara yang tidak diingini terjadi kepadanya namun perasaan bimbang itu sentiasa ada.

“Ada pelanggan datang ke kaunter semata-mata mahu beritahu dia boikot McDonald’s.

“Keadaan provokasi macam ini sebenarnya boleh menimbulkan kejadian di luar dugaan. Sebab itu sekarang, kami rasa takut sehinggakan majikan menasihatkan kami agar tidak memberi kenyataan kepada sesiapa yang bertanya tentang isu ini,” katanya.  

        Malah dia juga tidak menafikan penjualan semakin merosot dan kempen boikot dilancarkan ternyata berkesan.

        Seorang lagi pekerja berumur 23 tahun berkata, dia tetap akan bekerja di restoran itu seperti biasa.

“Saya sudah bekerja di syarikat ini selama empat tahun, dan inilah punca pendapatan saya.

        "Syarikat ini yang membayar setiap titik peluh saya bekerja di sini," katanya yang yakin isu boikot ini akan selesai.

Kami dilabel tali barut

        Sementara itu, seorang pekerja McDonald’s di Pulau Pinang berkata, sejak kebelakangan ini pelanggan agak berkurangan.

“Selalunya dalam waktu makan tengah hari antara jam 1 hingga 2 petang, ramai pelanggan mengunjungi restoran.

“Namun, sejak akhir-akhir ini pelanggan kurang, mungkin disebabkan kempen boikot yang dilakukan badan bukan kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian.

        Di Terengganu, seorang pekerja yang enggan dikenali berkata, dia dan rakan-rakan lain kini berdepan dilema apabila turut terkena kutukan masyarakat dengan kempen memboikot secara besar-besaran ini.

“Secara jujurnya kami juga tertekan dengan keadaan ini kerana ada yang melabel kami sebagai tali barut Israel kerana bekerja di sini.

“Sedangkan niat kami adalah untuk mencari rezeki bagi menampung hidup, namun dengan apa yang sedang terjadi ini secara tidak langsung mengundang pelbagai tekanan dan rasa serba salah,” katanya yang dalam pertimbangan sama ada meneruskan khidmat atau
        mencari pekerjaan lain.

        Katanya, masyarakat juga diminta agar tidak mudah menghukum dan mengecam mereka kerana sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam, mereka pastinya turut bersimpati dengan apa yang sedang dilalui masyarakat di Gaza.

        Namun berlainan situasinya di sekitar Lembah Klang, apabila kebanyakan pekerja yang ditemui mengakui tidak tertekan dengan isu boikot yang sedang dilaksanakan kerana sebelum ini sering berdepan dengan desakan memboikot daripada pelbagai pihak.

        Salah seorang pekerja restoran tersebut berkata, dia dan rakan-rakannya tidak bersetuju dengan dakwaan pengunjung ke restoran itu semakin berkurangan.“Tidak ada perbezaan yang berlaku sebelum dan selepas boikot diadakan. Kami menerima ramai pelanggan dan ia tidak menjejaskan pendapatan di cawangan kami. Pendapatan kami sama sahaja sama ada melalui pandu lalu dan kaunter.

“Saya dan rakan-rakan tidak menghadapi tekanan dengan situasi sebegini kerana sudah biasa. Orang ramai memboikot McDonald’s bukanlah perkara baharu, ia telah berlaku beberapa kali sebelum ini,” katanya.

        Menurutnya, sepanjang minggu ini, pelanggan Melayu tidak ramai kerana mungkin masih lagi dalam mood raya.

        Restoran McDonald's yang terletak di luar kawasan pusat membeli-belah pula masih dipenuhi pengunjung yang terdiri daripada golongan muda pelbagai bangsa walaupun sehingga jam 9 malam.

“Sambutan yang diterima baik sahaja. Tidak ada masalah,” kata seorang lagi pekerja.


Read here: http://www.sinarharian.com.my/nasional/pekerja-mcdonald-s-jangan-hukum-kami-1.305810



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2014 10:13 AM | Show all posts
semalam ada yg sebar gambar, katanya cermin depan kete kena pecah sbb ada sticker McD. kat ipoh katanye berlaku..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya... sbb puak barbaric tu laa...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:22 AM | Show all posts
Pelik bila asyik pekerja mcd je yg kena paksa berhenti kerja sedangkan company cam nestle etc x pulak depa suruh berhenti kerja g cari kerja lain, dan lagi pelik bila pekerja yg dlm senarai perlu boikot boikot mcd tp x berani nak boikot tempat kerja sendiri... hurm....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:23 AM | Show all posts
kesian la adik2 keja mcD ni.. dah la fast food ni memang lubuk keja bebudak lepasan spm..
i boikot juga makan, tapi takdelah sampai nak ugut orang keje situ bagai
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian..melampau sgt..sekarang ni barbie pun dikata pro zionis..habisla aku kena buang baju2,kasut,beg,buku,doll2 barbie anak aku la lagu ni :Q
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2014 10:26 AM | Show all posts
byk sgt ke gaji pelayan kt mekdi? ade sape2 penah keje mekdi? kagum jugak aku 4thn keje kt mekdi
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:29 AM | Show all posts
taknak makan Mekdi suka ati la kan, x payah la sampai nak pecahkan cermin keta org buat bende2 ganas sampai nak pukul staff mekdi ke.... sama jer pangai mcm zionist kalau gituh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2014 10:30 AM | Show all posts
makan pree kot kak anne
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:31 AM | Show all posts
Camni.. pada korang yg dermawan.. bagi RM50 kat drive thru kata, "aku tanak beli McD, tapi aku simpati dgn korang.. nah ambiklah, halal.."
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:33 AM | Show all posts
boikot pakai la otak xpayah beli je ni sampai serang2 bagai apa beza dengan zionist
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:34 AM | Show all posts
Ai harap CEO McD Msia turun padang.. reveal yourself.. buat press booth ke kalo patut, convince balik rakyat Msia.. ni dok senyap dlm opis, dok pg saman budak hingus.. keyboard warrior kat FB, baik tak yah jadi CEO!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:37 AM | Show all posts
pumpkingirl posted on 8-8-2014 10:26 AM
Kesian..melampau sgt..sekarang ni barbie pun dikata pro zionis..habisla aku kena buang baju2,kasut,b ...

lps barbie, frozen plak....
nangis lah anak aku...

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:37 AM | Show all posts
kerlassss statement
“Kami hanya bekerja mencari rezeki, bukannya menyokong Israel."
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:44 AM | Show all posts
Kalau tak tahan, berhenti saja kerja situ, cari kerja lain. Kos sara hidup sementara tunggu dapat kerja baru boleh claim dengan PERKASA ... PERKASA patut tolong kes-kes macam ni, buat lah dana selamatkan pekerja-kerja McDonalds.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:44 AM | Show all posts
adakah pemboikot sekarang dah jadi penganas? adakah mereka faham apa tu boikot???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2014 10:46 AM | Show all posts
Pecah cermin orang sbb stiket McD??

All in the name of religion ke all in the name of emosi-terlebih-meleis???
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:50 AM | Show all posts
tahihidungmasin posted on 8-8-2014 10:44 AM
Kalau tak tahan, berhenti saja kerja situ, cari kerja lain. Kos sara hidup sementara tunggu dapat ke ...

kiki yg banyak duit tu nak pulak buat collection bayar denda..bodoh perkasa
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:51 AM | Show all posts
boikot ni atas dasar humanity dan tolong saudara islam kita. tapi kalau perangai serupa beruk dan kera baik pi beli je big mac buat makan tengah hari.lebih mulia dari berperilaku macam monyet. bodo punya orang buat benda yang baik jadi busuk. kalau jumpa memang aku bagi sedas dua.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Last2 ummah isele suchi meleis bercakaran sesama umat,ummah yisrael senyum sinis tgk kedunguan mentaliti dunia ke3.takbir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.180120 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list