CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2436|Reply: 1

[Jenayah] Penyamun VIP: Dapat Hasil RM150,000

[Copy link]
Post time 11-8-2014 07:51 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Banglo milik dua VIP dipecah masuk dalam kejadian berasingan di sekitar ibu kota malam kelmarin menyebabkan kedua-dua mangsa kerugian kira-kira RM150,000.

Dalam kejadian pertama di Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), seorang  kerabat diraja berusia 67 tahun mengesyaki rumahnya dipecah masuk selepas terserempak dengan kelibat dua lelaki ketika pulang ke rumahnya jam 10.05 malam.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Azlee Abdullah, kedua-dua suspek yang memakai sarung tangan dan topi itu cabut lari sebaik menyedari tuan rumah berkenaan sudah pulang.

“Anak mangsa melihat lelaki berkenaan di belakang rumah sebelum memaklumkan kepada bapanya yang terus menghubungi polis. Bagaimana pun, kedua-dua suspek sempat melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya membuat pemeriksaan di dalam rumah dan mendapati bilik tidur utama diselongkar dan mendapati tiga pasport, wang tunai, empat jam tangan berjenama, dua beg tangan berjenama, satu utas rantai berlian dan dokumen penting didapati hilang.
Katanya, pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan mendapati terdapat kesan pecah pada pintu gril di ruang tamu rumah berkenaan.
Dalam kejadian berasingan di Jalan Setiarasa, Bukit Damansara, rumah banglo dua tingkat milik seorang kenamaan bergelar Tan Sri dipecah masuk antara jam 9 hingga 11.30 malam ketika keluarga berkenaan tiada di rumah.
“Tan Sri bersama isteri dan dua anaknya keluar menghadiri majlis perkahwinan kira-kira jam 8 malam dan ketika pulang jam 11.30 malam mereka mendapati tingkat atas rumah berkenaan berselerak.
“Isteri mangsa membuat pemeriksaan dan mendapati tingkap kecil di dalam tandas di tingkat atas terbuka. Suspek dipercayai masuk ke dalam rumah berkenaan melalui tingkap itu,” katanya.
Azlee berkata, mangsa kehilangan wang tunai dalam mata wang Dolar Amerika Syarikat (ASD) dan Pound Sterling serta pelbagai jenis barang kemas milik isterinya.


Gambar hiasan

Ditanya kemungkinan kedua-dua kejadian itu dilakukan kumpulan yang sama, Azlee berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dan sedang menunggu laporan penuh forensik.
“Kemungkinan ia dilakukan kumpulan yang berlainan berdasarkan jarak masa kedua-dua kejadian itu terlalu dekat namun siasatan lanjut akan dijalankan mengenai perkara itu,” katanya.
Katanya, polis sudah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah berkenaan untuk dianalisis.
Katanya, kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Read here: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Banglokerabatdipecah/Article/index_html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2014 08:07 AM | Show all posts
bayar cash..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.195442 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list