CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28193|Reply: 227

Shiqin Kamal Hanya Mahu Berlakon Filem Untuk Jaga Nilai Ekslusif

[Copy link]
Post time 12-8-2014 06:48 AM | Show all posts |Read mode
Shiqin Kamal Hanya Mahu Berlakon Filem
[size=0.75em]Shiqin Kamal



PETALING JAYA: Pelakon Shiqin Kamal mengaku dia hanya akan mengambil tawaran untuk berlakon dalam filem sahaja bagi menjaga nilai eksklusifnya sebagai seorang pelakon.

Shiqin atau nama sebenarnya Nur Ashiqin Mohd Kamal, 23, berkata, dia tidak mahu masyarakat menjadi bosan apabila terlalu kerap melihat dia muncul dalam drama-drama televisyen tempatan.

"Saya sebagai penonton, ada masanya juga berasa bosan apabila melihat kekerapan seseorang artis itu muncul di pelbagai drama. Jadi saya percaya orang juga akan bosan jika melihat saya kerap di televisyen.

"Kalau boleh saya ingin menjaga nilai eksklusif sebagai seorang pelakon profesional dengan hanya muncul sekali sekala, tetapi dengan hasil lakonan yang bagus," katanya kepada mStar Online.



Tambah Shiqin, dia juga berpendirian demikian kerana ingin memberi fokus sepenuh perhatian dalam perfileman agar lebih mudah menjaga kualiti lakonan yang dibawanya.

Sementara itu, beritahu Shiqin, selepas menghabiskan  pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Sains Aktuari di Universiti Teknologi Mara (UiTM), dia juga merancang ingin mengambil kursus lakonan.

"Melihatkan ramai pelakon yang masih mencari ilmu di bidang lakonan, membuatkan saya juga bersemangat mahu berbuat demikian.

"Mungkin saya akan mengambil kursus jangka pendek di New York Film Academy (NYFA), tetapi bukan dalam masa terdekat ini. Saya ingin membina nama semula selepas sekian lama sepi di industri hiburan tempatan dahulu sebelum menyertai kursus tersebut," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shiqin bakal membintangi filem Warna Cinta Impian bersama pelakon Awie, Erra Fazira dan Nellydia Senrose dan kini mereka sedang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Jaipur di India dan Brisbane, Australia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2014 06:55 AM | Show all posts
who???? who?????
kenapa aku xkenal retis ni....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 06:59 AM | Show all posts
cita apo dia berlakon selain warna cinta impian nih?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 06:59 AM | Show all posts
Rupa dan lakonan beliau tak cukup exclusive utk diriku melihat lakonannya dipawagam..sorry.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 07:27 AM | Show all posts


tiru Erra suatu waktu dahulu las las kene gak amik tawaran drama bila sendu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 07:28 AM | Show all posts
kucing_gebu posted on 12-8-2014 06:55 AM
who???? who?????
kenapa aku xkenal retis ni....



lakonan dlm pilem apa yg memberangsangkan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2014 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
"dia tidak mahu masyarakat menjadi bosan apabila terlalu kerap melihat dia muncul dalam drama-drama televisyen tempatan."

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape die ni?jadah ekslusip sangat....perasan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2014 07:41 AM | Show all posts
eh? ... sapa dia ni? ... exclusive ke? ... smpai xterperasan ... industri Malaysia ni jangan dok nak exclusive sgt la dik ... klo setakat karya mcm ... wawa semput .... karipap2 cinta .... bagai ... chooiii sangat ....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 07:41 AM | Show all posts
Ewww... Pelis lah. Nama pon xfemes lg ada hati nk eksklusif bagai.

Ya iyalah. Moga diperkenankan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 07:42 AM | Show all posts
sebelum kluar statement mcm tuh, better make yourself known first dulu dek non oii..setakat berlakon pilem tapi watak tempelan...susah jugak nak jd esklusif..unless you have the x-factor..baru lah produser film konpiden nak amik..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 07:45 AM | Show all posts
yipun_78 posted on 12-8-2014 07:27 AM
tiru Erra suatu waktu dahulu las las kene gak amik tawaran drama bila sendu

ingt lg kes erra yg kononnya mjaga exclusivity kecoh dulu psl demanding. Bajet hot agaknya. Primadona kekdahnya. iols mmg xleh nak mendigest bila org ckp dia primadona. septik amat stetmen ittew hokes.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 07:48 AM | Show all posts
NK masa di interview psl jarang muncul kt TV, dgn muka sombongnya dia ckp nak mjaga exclusivity. mcm org x tau dia tak menempel kt tv sbb termengandung n terberanak. eklusip la smpai skang drama murahan pun disebat
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 07:59 AM | Show all posts
Maya Karin in the making?

Berangan!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 08:00 AM | Show all posts
rosevelvet posted on 12-8-2014 07:45 AM
ingt lg kes erra yg kononnya mjaga exclusivity kecoh dulu psl demanding. Bajet hot agaknya. Primad ...



zaman tu dia je 'primadona' lepas cerai barulaaa menunduk kat pengarah drama
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 08:08 AM | Show all posts
Bajet2 je pelakon ni, org kenal pun tidak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2014 08:10 AM | Show all posts
Dia nie yang berlakon dalam Lagenda Budak Setan tue ke?
Jadik ayu lepas operation ganti lisa surihani
Sgt tergezut masa tue , dari ayu putih jadi ayu yang kelam hhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 08:12 AM | Show all posts
hebat sgt ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 08:13 AM | Show all posts
"Saya sebagai penonton, ada masanya juga berasa bosan apabila melihat kekerapan seseorang artis itu muncul di pelbagai drama. Jadi saya percaya orang juga akan bosan jika melihat saya kerap di televisyen.



Walaupun tak kenal dia, saya setuju dengan statement ni. Bila seseorang pelakon asyik muncul di tv, lepas satu drama satu drama lagi lepas tu drama dia lagi, penonton memang bosan wo.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 08:17 AM | Show all posts
nama pun org tak kenal, klu nora denis yg buat statement ni blh akal ku terima lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.073831 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list