CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12842|Reply: 61

Adam Sambut Besday Fiza Halim Bersama Anak-anak (gambaq #pg2)

[Copy link]
Post time 15-8-2014 03:24 AM | Show all posts |Read mode
Nasihat Adam (AF), Fikir Panjang Sebelum Cerai
Adam dan Fiza akhirnya sepakat untuk kembali rujuk pada 17 Julai lalu.



PETALING JAYA: Penyanyi Adam (AF2) mengambil iktibar bahawa perceraiannya dengan pelakon Fiza Abdul Halim pada 28 April lalu adalah satu keputusan yang disifatkan terburu-buru.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata sepatutnya dia dan isteri perlu berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk bercerai, namun menganggap apa yang telah berlaku ada hikmahnya.

"Apa yang telah berlaku mengajar kami bahawa dalam rumah tangga, kita tidak boleh membuat keputusan terburu-buru jika timbulnya sesuatu masalah.


"Jangan ikut perasaan sahaja kerana ia boleh membawa padah. Kerana emosi juga, kita boleh membuat keputusan yang buruk sehingga bercerai apabila berbalah," katanya yang dihubungi mStar Online pada Khamis.

Adam dan Fiza, 33, telah bernikah pada 26 September 2013 hanya selepas dua bulan berkenalan.

Namun pada 28 April lalu iaitu selepas tujuh bulan bergelar suami-isteri, kedua-dua mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.




Bagaimanapun, selepas menyedari kesilapan masing-masing, pasangan itu akhirnya sepakat untuk kembali rujuk pada 17 Julai lalu.

Sementara itu, Adam turut mengakui, sejak dia dan Fiza kembali bersama, mereka dapat merasai kebahagiaan yang lebih berbanding sebelum ini selain menghargai antara satu sama lain.

Malah mereka juga dalam proses mengenali lebih mendalam tentang hati budi masing-masing.

"Sebelum ini kami tidak pernah bercakap pun tentang apa yang suka dan kami tidak suka dalam perhubungan ini. Tetapi apabila berbincang tentang perkara ini ia buatkan kami lebih faham keperluan dan keinginan antara satu sama lain.

"Ia juga membuatkan kami lebih matang dalam menangani sesebuah masalah yang timbul.

"Alhamdulillah, cuma sema sekarang ini kami berdoa agar mempunyai cahaya mata dengan segera, doakan kami," tuturnya.


Dalam perkembangan lain, Adam kini mula menceburi perniagaan dalam bidang perkhidmatan manakala Fiza pula bakal terlibat dengan produk kecantikan.

FOTO MESRA LEPAS RUJUK

Last edited by maxim on 19-8-2014 09:50 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2014 03:58 AM | Show all posts
sema tu apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2014 04:32 AM | Show all posts
Kami Tinggal Serumah Ketika Tempoh Edah – Adam Kongsi Kisah Rujuk Dengan Fiza
Kalau sudah jodoh tak kemana. Ikatan suami isteri antara Adam dan Fiza nampaknya masih lagi terjalin utuh walaupun mereka pernah bercerai talak satu.
Sudah pasti ramai yang sedia maklum bahawa pasangan ini telah rujuk semula pada 17  Julai iaitu bersamaan dengan 19 Ramadhan yang lalu. Malah, mereka juga kini mahu mendapatkan cahaya mata pula.

Terkini, Adam yang ditemubual oleh Gua.com.my menceritakan bagaimana dia dan Fiza menjalani kehidupan mereka semasa dalam tempoh edah.
Foto pernikahan Adam dan Fiza

“Kami tinggal bersama sewaktu tempoh edah. Apabila saya bekerja di luar, saya akan duduk di rumah saya di Damansara dan apabila saya ada masa terluang, saya akan duduk di rumah Fiza di Taman Melawati. Bukan hari-hari tapi ada masanya.
Saya ada menonton ceramah Ustaz Azhar idrus di Youtube dan dia memberitahu mengenai hukum-hakam bagi mereka yang sudah bercerai.
Kami hanya bercerai talak satu dan dia masih isteri saya. Saya masih perlu jaga makan dan pakainya. Wajib sebenarnya bagi pasangan yang bercerai untuk tinggal bersama sepanjang tempoh edah, namun cuma tak boleh bersama dan harus tinggal di bilik yang berasingan.
Selain melakukan solat Istiqharah, saya turut mengamalkan daa-doa seharian agar jodoh kami berpanjangan. Kami juga berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri masing-masing.
Selain doa saya, Fiza dan keluarga kami, doa tidak henti daripada peminat juga memainkan peranan penting dalam penyatuan semula kami.”



Adam juga memberitahu bahawa alasan utama dia dan Fiza merujuk semula adalah kerana merasakan bahawa kasih sayang anatra mereka masih lagi kuat. Meskipun begitu, mereka tidak pernah bercakap secara terus mengenai niat masing-masing.

“Kami tidak bercakap mengenai soal rujuk bukan kerana ego, namun kami menggunakan tempoh edah itu untuk berfikir secara mendalam.
Kami berfikir panjang dan bertanya sama ada selepas bersatu semula, adakah kami akan serasi lagi. Apa yang kami tahu, masing-masing mahukan perkara ini dan kami sedar yang kami perlukan antara satu sama lain.”
Bagi saya tidak ada penyesalan ketika saya membuat keputusan untuk melafazkan cerai pada masa itu kerana ia memberi masa kepada kami untuk memperbaiki kesilapan masing-masing.
Saya anggap apa yang berlaku adalah takdir dan saya percaya setiap hamba Allah diberi ujian yang pelbagai atas kemampuan diri masing-masing. Saya redha dan sentiasa meminta doa agar diberi petunjuk.”



Ha.. baguslah begitu kan? Kami pun turut tumpang gembira dengan keputusan yang mereka lakukan. Semoga mereka akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.


Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 04:35 AM | Show all posts
kan Adam dah kata

dengarlah cakap Adam
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmm bole la... Bole la.... Next....!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Adam semakin matang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2014 07:17 AM | Show all posts
Adam berfikiran matang...
lepas ni kalau ada apa2 problem rumah tangga
jgn hebah2kan luahan hati dlm ig...
mengundang byk tanggapan...
belajar dari kesalahan...
moga kalian bahagia selamanya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 07:36 AM | Show all posts
wokehla tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2014 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
selesaikan dgn baik..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 07:50 AM | Show all posts
ptt la tggl sama...
sng la rujuk
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 08:37 AM | Show all posts
fikir panjang gak dulu sebelum ambil keputusan .....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah..patut jd contoh pada pasangan lain yg nk kawen dan baru kawen..org tua2x slalu pesan alam perkahwinan ni kna byk sabar..komunikasi pun penting & yg plg penting bertolak ansur.. Bak kata wonderpet..yg penting kerjasama..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
emm baiklah.... semoga jodoh berpanjangan .
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 09:17 AM | Show all posts
gambar2 lepas rujuk tu ..... laaa tu adam ke si lelaki tu? die die i thought tadi lelaki laeeenn. awat lain naw muka adam la ni. nampak macam makin berisi.

apa2 pun .. kalau dah rujuk tu alhamdulillah. semoga kehidupan lepas ni makin bahagia hendaknya. comel la fiza pakai tudung ni. tudung pun tak jenis yang niang merapik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 09:20 AM | Show all posts
Suka diorang dah rujuk. Alhamdulillah.

Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 09:20 AM | Show all posts
diaorg ni sama cantik sama pada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2014 09:44 AM | Show all posts
semoga kekal ke anak cucu


Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 10:26 AM | Show all posts
cun melecun mcm neh..rugi woo lepas kann
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 10:39 AM | Show all posts
alhamdulillah...semoga kekal
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 10:48 AM | Show all posts
Allhamdulillah...suka tgk pasangan ni!
Moga panjang jodoh dorang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.381738 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list