Comel ok.
Mae Tamaegosan, tukang masak Jepun yang dilatih oleh orang Perancis dah buat biskut yang patut dijadikan hiasan bilik.
Comel je. Macam teddy bear kecil yang tengah peluk kacang tak nak lepas je kacang tu.
Nasib baik Mae ada kongsikan tip untuk buat cookies dalam blog dia jadi sesiapa pun boleh buat benda secomel ni untuk dimakan.
Kalau ada alahan pada kacang anda boleh buat inti guna bahan yang lain ikut citarasa anda.
Rembat dari http://kokotiam.com/bear-cookies-comel-sangat-untuk-dimakan/
(Gambo len2 ada dalam post tu)
Resipi:
1. Panaskan dahulu oven sehingga 160°C (320 F) 2. Gaulkan 110g tepung kek, 20g pati kentang dan secubit garam di dalam mangkuk. 3. Gaulkan 40g sirap gula, 10g madu dan 30g minyak sayuran ke dalam mangkuk kecil. 4. Apabila telah sebati, letakkan di atas kertas berminyak dan golekkan dengan pencanai 5. Gunakan pemotong berbentuk beruang untuk buat bentuk beruang. 6. Lukis muka (boleh gunakan nail dot pen), kemudian, letakkan almond dan buatkan beruang tu memeluk almond tu kuat-kuat. 7. Gunakan lebihan doh untuk membuat ekornya. 8. Bakar dalam 10 minit. Kurangkan panas ke 150°C (300 F) dan bakar untuk 10 minit lagi. 9. Keluarkan daripada oven dan dah siap!
|