[size=0.75em]AC Mizal (kiri) dan Luna Maya. Foto M. AZHAR ARIF / THE STAR
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PETALING JAYA: Penyanyi Datuk AC Mizal mengakui terpaksa menggunakan populariti aktres Indonesia, Luna Maya sebagai pasangan duet menerusi single lagu terbaharunya iaitu Paranoid kerana ingin menarik perhatian masyarakat seberang.
AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 42, berkata, sejak awal lagi dia bercita-cita untuk menembusi pasaran Indonesia dengan berduet bersama penyanyi negara itu dan membayangkan Luna sebagai artis pilihan.
"Tipu jika saya kata saya tidak menggunakan populariti Luna kerana mahu lagu ini tembus ke pasaran Indonesia.
"Dan apabila bekerjasama dengannya menerusi Maharaja Lawak Mega, saya sebagai pengacaranya ketika itu melihat dia mempunyai karakter yang tersendiri ketika menjadi juri.
“Kemudian, apabila saya memberi dia dengar lagu tersebut, dia terus berminat untuk bekerjasama kerana ia berkonsep muzik dance," katanya mepada mStar Online.
AC ditemui pada majlis pelancaran single lagu Paranoid di G Tower, di sini pada Rabu.
Paranoid merupakan sebuah luahan kiasan tentang dilema yang sedang dihadapi manusia di dunia. Ia ciptaan Jeff (A To Z).
Ia tentang kerakusan manusia, keganasan yang tidak berkesudahan, perbezaan ideologi yang membawa kepada persengketaan, seterusnya mengakibatkan sikap paranoid timbul di dalam diri seseorang.
Lagu itu ciptaan Jeff (A To Z).
Pada majlis itu, AC turut mengumumkan dia kini bernaung di bawah syarikat rakaman Sony Music dengan menandatangani kontrak untuk 12 keluaran single lagu.
Sementara itu, AC berkata, selepas pelbagai single lagu berduet dengan beberapa penyanyi, dia sudah berani tampil secara solo.
"Dulu saya tak berani nak tampil solo, kerana berdasarkan pemerhatian saya sebagai seorang ahli perniagaan, saya belum berkemampuan untuk berdiri sendiri apatah lagi dengan industri seni kita yang perlahan.
"Tetapi saya mula yakin untuk tampil secara solo selepas kejayaan lagu-lagu single sebelum ini seperti Al Haq yang menampilkan Mawi dan Apa Kono Eh Jang (bersama Fida Ibrahim).
" Selepas Paranoid, saya mahu tampil solo dan tunjukkan yang saya bukan sekadar boleh rap, tetapi mampu juga untuk menyanyi sambil menari," ujarnya.
Post time 18-9-2014 01:11 AMFrom the mobile phone|Show all posts
artikel dari luna maya takda ke?
luna maya pun skrg tengah next projek sinetron bawang merah bawang putih kan.. rezeki luna maya balik dulu kena ban sekejap di sana.
choyyyyyyyyyyy dah tua2 nak kerepot gigih nak menyanyi merongjeng bagai. business x jalan kaaaa gigih terpekik terlolong sana sini nak bayar bentley dengan lv atas sampai bawah
Luna Maya Ala JLO, Dato' AC Mizal Ibarat Pitbull Dalam Paranoid!
KUALA LUMPUR, 17 SEPT 2014: Rasanya sudah ramai yang tidak sabar menanti kehadiran single terbaru daripada pengacara yang tengah laku macam goreng pisang panas iaitu Dato' AC Mizal.
Lebih-lebih lagi apabila dia kini berada di bawah naungan Sony Music Malaysia dan dalam waktu yang sama pula kemunculan single terbarunya bersama syarikat rakaman gergasi itu turut menggandingkan seorang jelitawan dari Indonesia iaitu Luna Maya.
Dalam pertemuan bersama pihak Sony Music Malaysia yang diaturkan oleh JoePRC International baru-baru ini, wakil Portal Murai telah diberi kesempatan untuk menyaksikan muzik video single terbaru AC Mizal yang berjudul Paranoid itu.
Wow! Terkedu rasanya menyaksikan aksi, gaya dan penampilan AC Mizal dalam muzik video tersebut. Ac Mizal kelihatan seperti Pittbull dan Luna Maya persis Jennifer Lopez (JLO). Pun begitu, pergerakannya tidaklah selincah JLO.
Apa yang lebih menarik, muzik video tersebut telah dihasilkan di Jakarta dan kualiti pembikinannya ternyata langsung tidak mengecewakan.
Begitu juga dengan lagu Paranoid itu sendiri. Komposisi muziknya sangat bagus, sangat berkualiti dan sangat menepati citarasa muzik masa kini. Lebih-lebih lagi bila ia menampilkan genre dance music yang sesuai untuk diputarkan di kelab-kelab hiburan.
Sekurang-kurangnya, lagu-lagu club hits tempatan masih wujud biarpun Mizz Nina sudah pun berhijrah dan menjadi seorang muslimah.
So, apa pendapat u tentang music video Dato' AC Mizal ini," soal pihak Sony kepada penulis.
"Well...what to say. MTV ini sangat vazz dan lagunya pun sangat meletop," kata penulis.
Apapun, itu adalah pendapat daripada murai.com.my, yang penting anda harus nilaikan sendiri. Untuk menilainya anda harus tunggu MTV ini dilancaran di Youtube Vevo pada Jumaat ini.
Pelancaran single baru dan MTV, Paranoid Dato' Ac Mizal dengan Luna Maya ini telah diadakan di G Tower, semalam.
Disamping itu Luna Maya juga merancang untuk mengarahkan filem barunya iaitu sebuah filem romantik-komedi. Beritahu Luna Maya, untuk filemnya itu nanti dia mahu menawarkan tawaran berlakon kepada sekurang-kurang dua pelakon dari Malaysia.
“Saya berhasrat mahu mengambil pelakon Malaysia untuk filem terbaru arahan saya nanti. Tapi setakat ini saya masih belum memutuskan siapa yang saya mahu. Saya juga sedang bertanyakan siapa pelakon Malaysia yang sedang popular sekarang dan mendapatkan cadangan daripada teman-teman di sini,” tambahnya lagi.