View: 2914|Reply: 17
|
Zed Zaidi Tak Datang Majlis Pertemuan Pemimpin SENIMAN
[Copy link]
|
|
Zed Zaidi Tak Hadir Majlis Pertemuan Pemimpin SENIMAN
Selasa lalu, telah berlangsung pertemuan bekas kepimpinan dan ahli jawatankuasa organisasi SENIMAN yang dianjurkan secara tertutup oleh Datuk Yusof Haslam. Tujuan perjumpaan ini tak lain tak bukan untuk menjernihkan kemelut dua pihak yang bertelagah di dalam organisasi ini. Antara yang telah hadir ialah Harun Salim Bachik, Abu Bakar Omar, Yusof Kelana dan beberapa lagi ahli jawatankuasa yang lain.
Namun apa yang menyedihkan ialah apabila bekas Presiden SENIMAN sendiri iaitu Zed Zaidi tidak menghadiri pertemuan ini. Para hadirin telah meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan sikap ego dan tidak bertanggungjawab bekas pemimpin itu sedangkan sudah diingatkan mengenai mesyuarat tersebut malam sebelumnya. Antara kata-kata yang dikeluarkan mengenai ketidakhadiran Zed Zaidi ialah:-
Saya ralat dan kesal dengan tindakan Zed yang tidak hadir dan menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab. Beliau sebenarnya antara individu terpenting dalam menjernihkan kemelut ini. (Datuk Yusof Haslam) Kami kesal dengan alasan diberi Zed kerana pertemuan ini sudah dirancang awal. Pada malam sebelum pertemuan berlangsung, kami sudah ingatkan, namun pada saat akhir Zed batalkan kehadiran. Sebagai bakal pemimpin bukan ini caranya. Beliau harus hadapi kemelut ini dengan apa cara sekalipun demi memulihkan SENIMAN. Daripada awal, Zed sudah menyerahkan segala keputusan atas kepercayaan saya. Ini bermakna beliau memang ada niat untuk tidak hadir. (Yusof Kelana)
|
|
|
|
|
|
|
|
Datuk Yusof Haslam jadi 'orang tengah'
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]
SETELAH hampir setahun lumpuh tanpa sebarang gerakan dan aktiviti, Persatuan Seniman bakal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke 14 (AGM 14) pada 27 September depan.
AGM 14 yang bakal dikendalikan oleh bekas Presiden Seniman terdahulu, Harun Salim Bachik, mendapat mandat daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Walaupun AGM14 bakal diadakan kurang sebulan lagi, namun kedua belah pihak yang berdepan dengan kemelut sebelum ini masih gagal untuk duduk semeja. Perkara ini amat membimbangkan Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk
Yusof Haslam, memandangkan Seniman adalah persatuan artis tertua tempatan yang ditubuhkan empat dekad lalu.
Mengambil kira soal kepentingan persatuan itu, pengarah dan penerbit filem ini menawarkan diri untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kedua pihak.
Berperanan sebagai 'orang tengah', Yusof memberitahu, perjumpaan antara mereka akan dilakukan pada 16 September ini (Selasa) di Restoran Haslam.
"Alhamdulillah, saya telah pun berbincang dengan kedua-dua pihak dan mereka bersetuju untuk mengadakan pertemuan ini.
"Malah, dalam pertemuan itu nanti, kami akan cuba menyelesaikan masalah berbangkit sebelum ini dan juga berusaha untuk mendamaikan mereka.
"Saya berharap agar pertemuan ini menjadi detik bermakna dan mencipta persepakatan baharu dalam persatuan ini," katanya.
Tambah pemilik syarikat produksi Skop Productions ini, usaha yang dilakukan untuk Seniman adalah tanggungjawab bersama untuk industri tanpa mengandungi apa-apa kepentingan peribadi.
"Sudah lama saya memerhatikan keadaan ini dan terpanggil untuk membantu mereka. Saya harap, tiada yang memanipulasikan usaha saya kerana apa yang dilakukan ini adalah untuk industri.
"Industri memerlukan Seniman dan tidak mahu ianya terkubur begitu sahaja. Malah, masalah antara ahli persatuan tidak boleh diheret bersama.
"Sekiranya masalah ini tidak diselesaikan dengan berhemah, sudah tentu sikap berpuak-puak ini akan terus menyukarkan perjalanan persatuan selepas ini," katanya lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mari memeriahkan benang maxim!
:lol |
|
|
|
|
|
|
|
NHolmes posted on 19-9-2014 05:48 PM
Mari memeriahkan benang maxim!
:lol
forum cari ada masalah uols.. ntah apakah yg menyumbatkan saluran air.. asyik tak dpt reply jer. mood nak berforum dah takda... |
|
|
|
|
|
|
|
malaywood.NET posted on 19-9-2014 05:51 PM
forum cari ada masalah uols.. ntah apakah yg menyumbatkan saluran air.. asyik tak dpt reply jer. m ...
Uols guna phone or tab/iPad or PC? I guna tab so refresh browser then dpt lah reply.. Phone taktau laa |
|
|
|
|
|
|
|
NHolmes posted on 19-9-2014 05:53 PM
Uols guna phone or tab/iPad or PC? I guna tab so refresh browser then dpt lah reply.. Phone taktau ...
phone dan pc... huhu, |
|
|
|
|
|
|
|
zed zaidi kan bekas presiden.. perlu ke dia ade.. |
|
|
|
|
|
|
|
myrustyme posted on 19-9-2014 07:10 PM
zed zaidi kan bekas presiden.. perlu ke dia ade..
nama pn perjumpaan utk jernihkan hubungan zed ngan abu bakar omar..harus la die ada
|
|
|
|
|
|
|
|
bg aku zed zaidi ni sgt lah x matang, ego, keras kepala, gangster dan x profesional. sekian |
|
|
|
|
|
|
|
apa kemelut dorg ni?
mcm2 la..
si zed ni dari awal suka cetus kontorbasi
biasa la muka jenis2 x de product nak upkan diri
so, bila buat perangai baru org ingt dia balik |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah2xla dgn ego memasing..bersatulah blk..industry pun dah tenat..klu x mula bangun drpd hari ni bila lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
blm setel lg rupanya prob theyols nie... kemelut sebenar nie ape? melibatkan duit ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Industri kecik je kot nk bergaduh lama2... |
|
|
|
|
|
|
|
laki pakai spek tu lidah pendek...sgt pendek lidah dia...cube tengok dia berlakon dulu2....holohhh bercakap...macam takde lidah |
|
|
|
|
|
|
|
dia malu lh tu |
|
|
|
|
|
|
|
ZZ ego , perasan bagus |
|
|
|
|
|
|
| |
|