View: 7559|Reply: 41
|
[Jenayah]
Ibu Mertua Dah Tak Tahan
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Akibat tidak tahan melihat penderaan yang dialami menantunya, seorang wanita sanggup membuat laporan polis terhadap anak kandung bagi menyelamatkan mangsa.
Difahamkan, mangsa berusia 30-an sering didera suaminya iaitu anak kepada pengadu sejak awal perkahwinan hingga mempunyai dua anak, namun perkara berkenaan pada mulanya tidak diketahui sesiapa.
Sumber polis berkata, sejak awal bulan ini, mangsa bersama anak pengadu pindah dan duduk bersama wanita berusia 57 tahun itu di Taman Melati, dekat sini, dan hampir setiap hari mangsa dibelasah suaminya itu.
“Dalam kejadian kelmarin, pengadu berada di rumah bersama menantunya dan sebaik anak lelakinya pulang daripada kerja kira-kira jam 7 malam, dia mengheret mangsa ke dalam bilik sebelum membelasahnya.
“Mangsa turut dikurung seharian di dalam bilik dan hanya diberikan air minuman oleh anak lelaki pengadu,” katanya.
Menurutnya, pengadu tidak dapat menolong menantunya berikutan anak lelakinya mengacu pisau ke arahnya dan mangsa selain mengugut akan membunuh mangsa.
Katanya, semalam, pengadu yang keluar ke kedai menerima mesej pesanan ringkas daripada menantunya mendakwa didera lagi dan peluang itu digunakan pengadu untuk terus ke balai polis berdekatan.
“Hasil aduan pengadu, mangsa dapat diselamatkan daripada penderaan suaminya dan suspek pula ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk menerima rawatan selain menjalani pemeriksaan kesihatan.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro ... /Article/index_html
|
|
|
|
|
|
|
|
mental kot suami dia tu
tak pun penagih dadah
|
|
|
|
|
|
|
|
Bravo mak mertua. Kalau la dia tak report, konsep asalkan berlaki kekdahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Hidup tampa pegangan caheya yislam.Inilah bayaran cash. |
|
|
|
|
|
|
|
syabas ibu mertua sebab masih berfikiran rasional... mungkin memperbaiki kesilapannya melahirkan anak jantan dayus kaki pukul pompuan. semoga anak gorila beliau rot in jail and hell.
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat cerita Anakku Sazali, akhirnya ayah terpaksa beralah dek kelakuan anaknya yg tak semenggah........ |
|
|
|
|
|
|
|
keganasan domestik
boleh mendatangkan kecederaan fizikal dan penderitaan mental
selayaknya dilapor dan disiasat
better late than never
|
|
|
|
|
|
|
|
asalkan berlaki.. mujur mertua ada rasa belas kesian |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih wahai mak mertua
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku respek mak mertua cmni yg xbsekongkol ngn anknys ..yg slalu aku dgr mak mertua slalu cover kslhn ank dia..siap slhkn menantu xreti jg laki la..xreti jg ank la...mudah2an si suami insaf
dgn ksilapannya. |
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya mak mertua ni. tak cuba lindungi pun kesalahan yg anak dia buat.
tindakan yg bijak. anak dia mmg psiko. siap ugut nak bunuh tu. scary. |
|
|
|
|
|
|
|
awat ramai sungguh jantan/laki haprak zaman la ni? mentekedarah apa yg jadi lagu tu? |
|
|
|
|
|
|
|
org kawen die pn nak kawen..
nie mst tak keje nie..
tu yg pindah duk umh mak die |
|
|
|
|
|
|
|
famri7 posted on 21-9-2014 10:17 PM
Hidup tampa pegangan caheya yislam.Inilah bayaran cash.
Bayaran kredit ansuran bleh tak?? |
|
|
|
|
|
|
|
no more sinetron.. ni tidak kena dera hadap je laa |
|
|
|
|
|
|
|
Y kes wardina post tu dh settle ke, yang suami pilot air asia? nama mangsa min karim, anak dia da dpt balik ke? |
|
|
|
|
|
|
|
isk kesian menantu ...naya dapat suami lagu ni..kesian kan ...yg tanggung parut psychology dan emosi ni - a lady laaa jugak.
men are just ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|