CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3752|Reply: 2

Yogurt dan minuman kultur penting kepada kanak-kanak

[Copy link]
Post time 24-9-2014 03:44 PM | Show all posts |Read mode
[size=0.9em]Probiotik adalah istilah digunakan untuk ‘bakteria baik’ yang membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang yang ditemui dalam usus manusia. Probiotik adalah faktor penting kepada kesihatan yang baik.
[size=0.9em]Probiotik biasanya terdapat dalam dadih (yogurt) dan minuman kultur. Terdapat juga probiotik yang dijual sebagai makanan tambahan dalam bentuk kapsul atau serbuk yang dibancuh. Ada dua jenis probiotik yang utama iaitu dari lactobacillus dan bifidobacterium.
[size=0.9em]Terdapat kajian yang dilaporkan dalam jurnal perubatan pada 2013 yang merumuskan bahawa probiotik dan keseimbangan bakteria dalam usus adalah kunci kepada pelbagai jenis manfaat kesihatan yang luas.

Bukan semua bakteria berbahaya atau menyebabkan penyakit. Dalam perubatan, jika seseorang mendapat jangkitan daripada‚ ‘bakteria jahat’ atau ‘patogen’ maka doktor akan memberikan ubat antibiotik. Peranan probiotik adalah terbalik daripada antibiotik. Ia adalah bakteria, tetapi memberikan faedah kesihatan kepada yang mengambilnya.
[size=0.9em]BELACAN, cencaluk dan tempe turut mengandungi probiotik selain susu ibu.

[size=0.9em]
Probiotik amat penting terutama dalam usus manusia. Dengan kehadiran probiotik secukupnya di dalam usus, ia akan membantu meningkatkan imuniti tubuh dengan merangsang sel-sel imun menghasilkan lebih banyak antibodi.




[size=0.9em]
Ia juga membantu dalam proses metabolisme dan merembeskan bahan yang mengawal kitaran sel-sel dalam usus. Probiotik juga berperanan mengawal pembiakan bakteria jahat di dalam usus.

Apabila seorang bayi itu lahir, tiada bakteria baik yang hidup di dalam ususnya. Ketika proses kelahiran yang normal, sebahagian bakteria dalam saluran peranakan akan masuk ke dalam usus bayi dan membiak di dalamnya.

Oleh itu, bayi yang lahir secara normal adalah lebih beruntung kerana mendapat probiotik semula jadi daripada ibunya. Dalam tempoh dua minggu bakteria baik ini akan mengkolon usus bayi dan kekal ke akhir hayat.

Jika seseorang mengambil antibiotik, maka sebahagian dari bakteria baik ini akan turut sama mati, oleh itu ia perlu diganti semula untuk mengekalkan keseimbangan bakteria dalam usus.

Di sinilah peranan probiotik yang mengekalkan keseimbangan bakteria dalam usus ini. Jika tidak bakteria jahat akan membiak dengan banyak dan me-ngakibatkan pelbagai masalah penghadaman dan masalah kesihatan lain.

Menurut kajian di Korea yang dilaporkan dalam Journal Gastroenterology pada 2013, terdapat beberapa keadaan yang akan menyebabkan jumlah probiotik semakin kurang dan terganggu iaitu apabila kita bertambah usia dan mengambil pil antibiotik secara tidak terkawal.

Kajian lain yang dilaporkan dalam Journal Nutrient of Healthy Aging pada tahun sama menunjukkan makan makanan proses dan gula berlebihan juga mengganggu jumlah probiotik dalam usus.

Gangguan dan ketidakseimbangan antara ‘bakteria baik’ dan ‘bakteria jahat’ (patogen) di dalam usus akan me-nyebabkan gangguan dalam keseluruhan sistem imuniti tubuh yang akan mengakibatkan masalah alahan teruk berdasarkan laporan satu kajian yang terbitkan dalam Journal Nutrients pada 2012.

Selain susu kultur dan dadih, susu ibu dan makanan yang diperam seperti budu, belacan, cencaluk serta tempe juga mengandungi probiotik. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, anda sebenar-nya membekalkan makanan kepada probiotik dengan kandungan prebiotik yang tinggi dalam susu ibu 'Prebiotik' pula adalah makanan kepada bakteria probiotik. Prebiotik ba-nyak ditambah ke dalam produk susu tepung bayi dan kanak-kanak. Buah-buahan yang kaya dengan prebiotik adalah pisang iaitu bahan yang dipanggil frukto oligo sakarida (FOS).

Selain kesihatan usus, kajian menunjukkan probiotik juga amat baik untuk pesakit diabetes. Kajian selama enam minggu kepada pesakit diabetes yang diberikan probiotik lactobacillus dan bifidobacterium mendapati paras gula berpuasa dan HbA1C yang lebih rendah berbanding dengan pesakit yang tidak mengambil probiotik ini. Kajian ini diterbitkan dalam Journal of Nutrition pada 2012.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2014 03:54 PM | Show all posts
Sharing is caring..........terima kasih kerana baju saya lembut...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 10:48 AM | Show all posts
vitagen tetap menjadi pilihan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.051362 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list