View: 36419|Reply: 342
|
APABILA SUAMI SKANDAL DENGAN JANDA.......
[Copy link]
|
|
SAYA mohon identiti saya dirahsiakan umum kerana saya tidak mahu mengaibkan sesiapa dalam masalah rumah tangga saya ini. Perkongsian ini sekadar untuk meleraikan segala kekusutan di hati yang kian sarat seakan tidak tertanggung lagi.
Saya dan suami telah berkahwin selama dua tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang comel dan sempurna sifatnya. Kami berdua terpaksa hidup berjauhan dan tinggal berasingan kerana tuntutan kerja sejak berkahwin. Saya bekerja sebagai kakitangan kerajaan manakala suami bekerja sendiri dengan menguruskan perniagaannya.
Pada awal perkahwinan suami tidak pernah berungut untuk tiap-tiap minggu balik berjumpa dengan saya. Selepas empat bulan bernikah saya disahkan hamil, lalu bermulalah episod hitam dalam hidup saya.
Sepanjang mengandung dan menjaga diri sendiri di fikiran saya suami di sana mencari rezeki untuk kebahagiaan saya dan anak yang bakal lahir nanti. Itu hanyalah kata-kata manis untuk saya memujuk diri dan hati yang derita. Suami berubah sikap dari seorang yang mengambil berat dan selalu menghubungi menerusi panggilan telefon atau mesej, kini semakin sepi.
Sejak kebelakangan itu dia lupa akan kehadiran saya dalam hidupnya, hinggakan pada suatu hari saya menghantar sms pun dia tidak balas. Kadang-kadang jam 3 pagi saya bangun dari tidur saya akan belek telefon bimbit melihat kalau-kalau ada mesej dan panggilan daripada suami.
ALLAH itu maha adil dan pada suatu hari suami tertinggal telefon bimbit di rumah dan pada masa yang sama ada sms daripada seseorang. Tanpa berfikir panjang saya membaca sms tersebut. Hancur luluh hati saya membaca SMS berbunyi “SEHARIAN U TAK CALL, SMS I, MCM I NI TAK WUJUD DLM HIDUP U”.
Pada malam tersebut saya menangis. Perempuan mengandung sangat sensitif dan perlukan kasih sayang seorang suami. Selepas peristiwa tersebut suami terus membuat kata kunci telefon bimbit dengan alasan tidak mahu saya tahu apa-apa mengenai dia. Saya benar-benar kecewa.
Sewaktu kandungan saya sembilan bulan, saya didatangi perempuan tersebut yang mengakui telah menjalin hubungan dengan suami malah hubungan mereka sudah lebih dari suami isteri. Menggeletar tubuh yang sarat mengandung ini. Suami saya juga telah pun mengaku dengan alasan kami berjauhan.
Kenapa dia tak beritahu dari awal? Bukankah hubungan kami boleh diselamatkan tanpa perlu dia berlaku curang? Pada saya, ini hanya alasan suami membenarkan kesalahan yang dia buat. Saya amat kecewa dengan perbuatannya. Saya bersalin seorang diri di hospital. Saya sedih dengan pengorbanan yang tidak dihargai.
Saya tidak minta pengorbanan saya dibayar cukuplah sekadar menghargai. Sering kali saya meminta penceraian daripada suami tetapi bila memandangkan wajah anak kecil, saya jadi kasihan kepadanya yang membesar tanpa seorang bapa. Suami saya pernah berkata tidak akan menceraikan saya selagi saya tidak serahkan anak kepadanya.
Suami sekarang sedang teruskan hubungan dengan janda tersebut manakala saya terlontar sepi seorang diri menjadi ibu dan ayah kepada anak tunggal kami. Saya telah ke pejabat agama mendapatkan nasihat dengan membawa segala bukti-bukti. Alhamdulillah hati sedikit tenang.
Malah saya juga bercadang untuk berpindah tempat kerja agar dapat duduk sebumbung dengan suami. Tetapi, soalannya adakah suami akan berubah hati? Dan kembali kepada saya dan anak? Bagaimana saya mahu menambat hatinya semula sedang hati saya sakit? Saya masih sayangkan suami dan rumah tangga ini dan selalu berdoa suami kembali ke pangkal jalan. - Su, Johor.
Cari kekuatan diri, tawan suami
[JAWAPAN] Memang benar, apabila berjauhan kebanyakan suami akan ‘terlupa’, apatah lagi jika ia digoda. Dalam kes ini, meskipun suami anda bersalah, janda yang menggoda suami anda itu lebih bersalah. Perbuatan dia menyerahkan diri telah menyebabkan suami anda lebih terlena.
Mungkin juga dia tidak tahu lelaki yang dikenalinya pada masa itu adalah suami orang dan bakal bergelar ayah. Membina sebab ‘luar kotak’ membantu anda positifkan minda, memanglah hati sakit tetapi kita kena cari sebanyak-banyak sebab untuk memujuk hati kita sendiri bukan?
Saat begini siapalah yang akan kisahkan diri kita? Kalau kita bercerita pada orang pun belum tentu orang itu bersimpati kepada kita, apalagi hendak memberikan pertolongan. Memujuk hati sendiri dengan mempositifkan minda ini sangat baik untuk kesan kesihatan yang berpanjangan, sebab apabila mental sakit, ia mengakibatkan spiritual turut sakit, akhirnya melarat kepada fizikal turut mendapat kesannya. - Apa Kata Pakar - Dr HM Tuah Iskandar al-Haj, Motivator www.drtuah.com
Silalah berpindah tempat kerja supaya keadaan dapat dipulihkan sebelum melarat menjadi lebih kronik. Andainya suami mampu sememangnya anda tidak perlu bekerja pun. Bukankah tugas mencari rezeki adalah kewajipan suami? Islam tidak melarang wanita bekerja tetapi andainya disebabkan bekerja itulah timbul macam-macam masalah, ia bukanlah bijak lagi.
Jika anda tanya bolehkah suami berubah hati, tiada siapa yang dapat menjawabnya secara tepat kecuali diri suami itu sendiri serta ALLAH yang Maha Mengetahui, namun sebagai insan yang mahukan yang terbaik dalam hidup, ia adalah salah satu usaha yang paling utama untuk diberikan perhatian.
Mengikut pengalaman saya menangani kes-kes seperti ini, seseorang suami yang sudah terkalih itu boleh ditawan semula melalui; Kembali hidup sebumbung. Maklumlah orang yang sudah terkalih tentulah yang dekat lebih diingatinya berbanding yang jauh walaupun yang jauh itu nyata lebih baik dan lebih cantik.
ni bermakna keputusan anda mengasingkan diri hidup berdua bersama anak adalah silap kerana tanggungjawab membesarkan anak bukan sepenuhnya tertanggung ke atas bahu anda sahaja, suami anda turut bertanggungjawab.
Bertekadlah memberikan layanan A1. Mengapa agaknya dia terpikat kepada janda berkenaan, tentunya sebab janda itu dilihatnya lebih menarik. Seorang janda tentu sudah hilang seri pada wajah dan bentuk badan, tetapi kelakuan yang manja-manja juga adalah antara sebab-sebabnya mengapa seseorang itu tunduk. Bagaimana anda hendak bermanja-manja jika berjauhan?
Memang boleh menghantar SMS atau Whatapps suara, tapi tentu tidak sama dengan berdepan sahaja. Hubungan seksual yang luar biasa mestilah dipersembahkan dalam setiap proses-proses ‘keintiman’.
Seorang suami bukan hanya terpikat oleh apa yang sedia ada pada isterinya, juga bakat-bakat terpendam yang boleh menyebabkannya tersenyum dan riang serta sering teringat-ingat. Saya harap anda faham apa yang saya maksudkan. Anak adalah pengikat kasih, jika tinggal satu rumah keletah anak akan membuatkan hati terhibur lantas kasih sayang suami isteri dapat diterapkan. |
|
|
|
|
|
|
|
sekilas ikan di air
sudah tahu jantan betina |
|
|
|
|
|
|
|
laki dah miang cam tu pun masih terpikir lagi.. konon kesian anak |
|
|
|
|
|
|
|
apsal eh bila bini peknen laki selalu buat perangai?
sama ada hormon pompuan peknen tu yg buat depa lebih beremosi dan bersangka2 atau sebab apa ye?
selalu sgt dengo cite gini
ade tu asal peknen laki wat pangai
pastu ok blk..
kalo gitu lah trauma nk peknen wehh.. |
|
|
|
|
|
|
|
panjang sungguh tak jenuh nak baca,
baca 2 baris dah penat hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe posted on 13-10-2014 01:00 PM
laki dah miang cam tu pun masih terpikir lagi.. konon kesian anak
bini selalu bertahan sbb dia pikir suami tu akan berubah
tp biasanya tak jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
Isu semasa le sgt....
dah semak perut baca cerita mcm ni kat FD, skrg kau ngade-ngade tepek kat CI....
dah lah hari ni no bra day...:@
Last edited by jazaa on 13-10-2014 01:06 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
bukak aje wechat laki bini
tahula temberang masing2 camner
jangan duk salah 1 pihak aje |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi posted on 13-10-2014 01:02 PM
bini selalu bertahan sbb dia pikir suami tu akan berubah
tp biasanya tak jugak
itu la..
mereka patut kasihankan diri sendiri dulu sblm nak kesiankan org lain
|
|
|
|
|
|
|
|
Stupid woman....you had your chance...you wasted it...selepas itu marah janda pula... jaga saje laki nko itu elok2 pompuan bodo... tidaklah dia cari orang lain...
Ppffrrrgghhttttttttttt |
|
|
|
|
|
|
|
untunglah jadik lelaki.... diri sendirik xsedar diri, tp bini yg kena berusaha gigih tawan hati dia utk bersaing dgn perempuan lain yg juga xsedar diri. suami xperlu buat apa2.
harus disula aja lelaki mcm tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi posted on 13-10-2014 01:01 PM
apsal eh bila bini peknen laki selalu buat perangai?
sama ada hormon pompuan peknen tu yg buat depa ...
sebab lelaki tak tahan tak mengesek..ibu yg menganbung tak di galakkan mengesek seperti tak mengandung..kalau aku jadi ppuan tu .aku takkan balik pada suami lagi ..org kalu dah curang susah nak ubah.berjauhan tu alasan. je.untuk isteri tu satya nasihatkan fikir dua tiga puluh kali baru buat keputasan kembali kepada nya.or luka lama kau berdarah lebih teruk.. |
|
|
|
|
|
|
|
voiletiris posted on 13-10-2014 01:11 PM
sebab lelaki tak tahan tak mengesek..ibu yg menganbung tak di galakkan mengesek seperti tak mengan ...
bkn ke masa peknen lg syok mengeseks bkn ade period dan body biasanya lebih seksi kan
rasanya doc pun galakkan mengeseks kecuali if kandungan berisiko tinggi n bla2 |
|
|
|
|
|
|
|
ISU SEMASA KAH INI? |
|
|
|
|
|
|
|
hmm aku pjj ngan husband.. risaunya dengar kes mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
~anya~ posted on 13-10-2014 01:10 PM
Stupid woman....you had your chance...you wasted it...selepas itu marah janda pula... jaga saje laki ...
Nko bukan janda yang dimaksudkan, khennn?
Macam semacam je marah nko?
Kah3X |
|
|
|
|
|
|
|
Macam-macam... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya.... cuma mampukah engkau bertahan utk meneruskan hubungan sedangkan terang2 laki engko ada hubungan sulit yg bukan hanya kawan biasa...malahan lebih dari hubungan ko laki bini yg sah2 di sisi islam melalui akad nikah yang betul? Sejauh hal anak... yang curang sekarang, yg lakukan dosa laki ko...apsal ko takut sgt laki ko nak ambik anak?? pergi jer mahkamah....fight...anak tu pasti milik ko...ko sendiri kata bukti ada bagai kan.... so? aper sebenarnya yang kau risaukan? risau laki ko stay dgn perempuan tu dan tinggalkan ko? sebenarnya dia dah buat pun.... masa ko mengandung, masa ko bersalin dia xde jugak kan? dia tinggalkan ko lalui semua tu sorang2... now anak dah semakin membesar...punnn ko ditinggalkan jaga dia sorang kan? so apa bezanya? apa yg ko takutkan?? Lelaki mcm tu...layak laa utk janda yang datang bgtau ko dgn bangganya dia dah tidor dgn laki ko tanpa ikatan sah tu kan... so... move on...aku ckp maybe senang jerk...xdok tpt ko... tapi percayalah... ramai lagi byk masalah yg lebih teruk dari ko... cuma berbeza intipatinya, jalan penyelesaiannya...penerimaannya.... pendek kata semua org ada masalah....
Tapi, aper2 pun keputusan di tangan ko... semoga berjaya dlm setiap keputusan yang ko ambil. andai jodoh ko memang panjang dan ko harus stay dengan laki ko...banyak2 berdoa, semoga engkau menjadi kuat, redho dan in sya allah...Allah ada bersama orang2 yang sabar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mamason posted on 13-10-2014 02:58 PM
Kesiannya.... cuma mampukah engkau bertahan utk meneruskan hubungan sedangkan terang2 laki engko ada ...
Mama ckp dengan sapa mama....
|
|
|
|
|
|
|
|
voiletiris posted on 13-10-2014 01:11 PM
sebab lelaki tak tahan tak mengesek..ibu yg menganbung tak di galakkan mengesek seperti tak mengan ...
Opis mate aku bini mgndung 'pose' setahun. Bole je??
Pmpn tu bila dh.jadi mcm tu.baru nk mtk pndah dkt.ngn somi ke? Sblm tu xde inisiatif mtk pindah ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|