CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8661|Reply: 88

[Tempatan] Edisi AMARAN: Penjara, denda jika tidak solat Jumaat tiga kali !

[Copy link]
Post time 17-10-2014 12:16 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Lelaki yang akil baligh dan tiada sebab munasabah  untuk meninggalkan solat Jumaat di Kelantan tidak boleh memandang ringan akan  tanggungjawab menunaikan ibadah itu.

Jika dikesan sengaja meninggalkan  solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, mereka boleh dihukum penjara  sehingga setahun.

Laporan akhbar Berita Harian yang memetik  kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah dan Hubungan Seranta,  Datuk Mohd Nassuruddin Daud, pendakwaan boleh dibuat mengikut Seksyen 104,  Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, yang  memperuntukkan denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga setahun.

  Setakat ini, menurut beliau, hanya seorang lelaki didakwa berhubung kesalahan  itu.

Nassuruddin menambah, bagi membolehkan seseorang itu didakwa,  sesiapa sahaja termasuk imam atau ahli jawatankuasa (AJK) masjid boleh membuat  aduan mengenai kegagalan individu menunaikan solat Jumaat.

“Aduan boleh  dibuat dengan mengisi borang dan kemudian diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal  Agama Islam Kelantan (JAHEAIK). Pihak penguatkuasa jabatan akan menyiasat dan  berbincang dengan imam,” terang beliau ketika ditanya dalam sidang Dewan  Undangan Negeri Kelantan.

Tindakan selanjutnya adalah dengan memberikan  imam sebuah buku rekod kehadiran untuk memastikan individu berkenaan hadir ke  masjid tersebut bagi menunaikan solat Jumaat tiga kali berturut-turut.

  Jika gagal hadir dalam tempoh berkenaan, pendakwaan akan dibuat.

  Cadangan berhubung AJK pemantau dalam kalangan wanita yang bertugas untuk  mengenal pasti individu lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat juga akan  dipertimbangkan.              

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/penjara-denda-jika-tidak-solat-jumaat-tiga-kali-di-kelantan-46280?cp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2014 12:27 PM | Show all posts
Yang ni payah nak check kalau pakai manual. Melainkan ke semua masjid2 kat Malaysia ni ada database system (scan cap jari) untuk kedatangan individu lelaki ni. Bila dah masuk masjid lepas scan cap jari dah tak leh kuar dah melainkan tamatnya waktu solat Jumaat. Jadi kena ada scan masuk dan scan keluar. Mcm waktu rehat gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 12:31 PM | Show all posts
esok g semayang jumaat kene tumb print.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 12:35 PM | Show all posts
wds posted on 17-10-2014 12:27 PM
Yang ni payah nak check kalau pakai manual. Melainkan ke semua masjid2 kat Malaysia ni ada database  ...

tp ini kn buat centralized database.
sbb kadang2 pegi masjid yg berbeza utk solat jumaat


Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 12:39 PM | Show all posts
wds posted on 17-10-2014 04:27 AM
Yang ni payah nak check kalau pakai manual. Melainkan ke semua masjid2 kat Malaysia ni ada database  ...

Banyak keje puak pasang biometric system kat mesjid2. nanti kena curik pulok.. tambah plak JD pak imam
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 12:44 PM | Show all posts
gekkou posted on 17-10-2014 12:35 PM
tp ini kn buat centralized database.
sbb kadang2 pegi masjid yg berbeza utk solat jumaat

Tu penting kena buat online system. Kalau buat offline atau manual confirm takkan menjadi punya.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2014 12:46 PM | Show all posts
sokong ja apa2 yaang membawa kebaikan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 12:47 PM | Show all posts
solat jumaat pun kena punch kad kah?

kalo mcm ni, cuba JAbatan agama islam check attendance pekerja pasaraya, polis, security guard,pilot, pemandu bas,apa lagi....

ada tak diorang kerja pada waktu solat jumaat ( 1.00-2.30 )

sekiranye didapati mereka bekerja 3 hari jumaat berturut ( punch kad mereka mendapati mereka ada di premis tempat bekerja mereka , tidak keluar pada waktu tu )

boleh kah mereka didakwa?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2014 12:48 PM | Show all posts
azimodin posted on 17-10-2014 12:39 PM
Banyak keje puak pasang biometric system kat mesjid2. nanti kena curik pulok.. tambah plak JD pak  ...

Simple je. Kena ada smartcard reader utk mycard atau islamcard(bg yang bukan warganegara) di beberapa pintu supaya jemaah tidak jem dan satu pc server sederhana cost untuk membolehkan data diupload kepada main server online. Cuma software sngt penting supaya perkara ini dpt dijalankan dengan sempurna.

Sebab aku dalam bidang IT dan aku rasa ini tidak menjadi masalah.

Last edited by wds on 17-10-2014 12:49 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 12:49 PM | Show all posts
aku setuju je hukuman ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 12:50 PM | Show all posts
salimrock posted on 17-10-2014 12:47 PM
solat jumaat pun kena punch kad kah?

kalo mcm ni, cuba JAbatan agama islam check attendance peker ...

Kalau mcm tu yg kena dakwa adalah majikan diorang la sebab itu bukan salah pekerja. Jadi syarikat kat Malaysia ni kena organize balik la jadual pekerja2 mereka.

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 12:57 PM | Show all posts
Pasal hukuman denda RM 1000 atau penjara setahun tu aku tak setuju. Lebih baik buat hukuman sebat dikhalayak ramai jika sabit kesalahan. Baru puak2 ni akan insaf. Kalau jenis denda RM 1000 orang kaya tak heran pun. Manakala penjara lak aku pasti ramai yg masuk penjara ni orang2 yang tak mampu bayar RM 1000 tu dan sudah pasti masa depan mereka akan musnah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 01:05 PM | Show all posts
my bff ...wanita jelmaan .... dia memang tak solat (jumaat dll solat) ... saya 90% yakin dia tak solat ..... tak sampai nak tegur (sepatutnya tak sampai hatitak tegur) ....


entah laaaa ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ang pg smyg jumaat tak tdik, x nmpk pun muke ang

sy pun x nmpk muka tok imam.dgr suara jalol:lol
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 01:14 PM | Show all posts
buleh tak depa denda jugak tuan punye kereta yg double triple park masa nak pi semayang jemaat
juga denda kan pelintas jalanraya yg sesuka hati melintas mase nak pi semayang jemaat
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik aku kapir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2014 01:27 PM | Show all posts
wds posted on 17-10-2014 04:48 AM
Simple je. Kena ada smartcard reader utk mycard atau islamcard(bg yang bukan warganegara) di beber ...

Mmg boleh buat pon.. macam kat opis2 skrg, xyah punch card pon xpe asalkan pakai tag. Cuma perlaksanaan tu kena ambik masa sikit, nak ajor pengguna dan jugak orang yg menyelia. Pokcik2 yg tua2 ni kekadang x bawak IC gi mesjid, kalau pakai chop jari senang sikit keje..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 01:28 PM | Show all posts
Senang je nak tangkap dorang ni... gi shopping mall masa time solat jemaat. Ramai je lelaki yg buat muka xmalu. Xkan 100% yg kat situ musafir/kerja
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 01:39 PM | Show all posts
mcm mana nak buat lebih telus
agar hukuman dpt dilaksanakn tanpa memalukan individu?
mcm tarik rambut dr tepung
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 01:40 PM | Show all posts
sayawifenikmie posted on 17-10-2014 01:05 PM
my bff ...wanita jelmaan .... dia memang tak solat (jumaat dll solat) ... saya 90% yakin dia tak sol ...

your friend wanita jelmaan?  islamkah?  entah2 dia sendiri pun ragu2 sama ada nak bertelekung atau berpelikat shj.  tapi kalau dia solat sembunyi2 takkan u tau.  Tak ajak solat samakah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43427 Replies : 450
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38640 Replies : 26
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50035 Replies : 164
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145804 Replies : 2469
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39558 Replies : 48
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276652 Replies : 8079
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38725 Replies : 32
Pulau Pinang jadi pusat perumahan mampu milik terbesar di Malaysia
AbahmungPulau Pinang jadi pusat perumahan mampu
Views : 42900 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.109550 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list