CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3490|Reply: 15

[Tempatan] Kampung Tok Jembal akan hilang dari peta Malaysia

[Copy link]
Post time 18-10-2014 09:53 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Satu kajian simulasi kelautan mendapati Kampung Tok Jembal, Kuala Terengganu dan kawasan di sekitarnya yang dihuni ratusan penduduk, mungkin akan "hilang ditelan laut" dalam tempoh 15 tahun jika masalah hakisan pantai tidak diberi perhatian.

Penyelidik di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Mohammad Fadhli Ahmad, berkata simulasi yang dijalankan sejak empat tahun lepas mendapati 42.6 meter kawasan darat itu telah terhakis.

"Kawasan yang teruk terjejas adalah sepanjang 3.4 kilometer yang bermula dari utara Lapangan Terbang Sultan Mahmud sehingga ke UMT dan turut melibatkan Kampung Tok Jembal," katanya kepada BERNAMA, baru-baru ini.

Mohammad Fadhli berkata, berdasarkan kajian itu, maka tidak mustahil Kampung Tok Jembal akan hilang daripada peta negeri Terengganu dalam tempoh itu jika tiada sebarang langkah menangani masalah hakisan dilakukan.

Selain itu, hasil kajian pihaknya juga mendapati 166 kilometer garisan pantai atau 66 peratus daripada 244 kilometer garisan pantai di Terengganu, turut terjejas, melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang, Besut, Dungun, Kemaman dan Setiu.

Malah, hakisan turut menyebabkan kemusnahan beberapa aset UMT seperti tapak stesen penyelidikan tenaga diperbaharui yang menempatkan makmal dan kincir angin, menyebabkan kerugian lebih daripada RM500,000.

Mohammad Fadhli berkata, pantai di Terengganu adalah jenis yang sentiasa berubah-ubah, manakala hakisan adalah perkara semula jadi apabila berlakunya musim monsun barat daya dan monsun timur laut.

Beliau berkata, struktur pembangunan di sepanjang pantai di Terengganu juga memerlukan kajian terperinci bagi mengurangkan kesan kepada alam sekitar.

"Keseimbangan di kawasan tepi pantai sebenarnya berpunca daripada hakisan itu sendiri. Kalau tiada pembangunan di tepi pantai dan dengan kehadiran monsun, akan berlaku proses semula jadi dan sedimen atau pasir akan kembali ke kawasan pantai.

"Bagaimanapun, pembangunan yang menjadi faktor pengubah hidrodinamik di kawasan pantai menyebabkan proses semula jadi yang berlaku itu menjadi tidak seimbang," katanya.

Mohammad Fadhli berkata, UMT juga telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan satu kumpulan Penyelesaian Risiko Bencana Pesisir Pantai yang mengkaji fenomena hakisan di sepanjang Pantai Terengganu.

"Ini merangkumi kajian pengawasan dan kesan jangka masa panjang ke atas pembangunan yang dibina sepanjang pantai Terengganu yang dilakukan setiap masa menerusi penyelidikan ilmiah penyelidik dan pelajar.

"Kajian ini menggunakan peruntukan geran penyelidikan yang dianggarkan sebanyak RM150,000. Kerajaan juga membuka peluang kepada penyelidik untuk memohon peruntukan bagi menjalankan kajian tersebut menerusi geran penyelidikan seperti Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS)," katanya.

- BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2014 11:06 PM | Show all posts
Kerja kerja penambakan pantai telah dikeluarkan oleh Jps..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Keturunan dan kerabat raja jembal mesti lakukan sesuatu. ..
sesuatu laa sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 10:25 AM | Show all posts
jengkoil posted on 19-10-2014 10:22 AM
Keturunan dan kerabat raja jembal mesti lakukan sesuatu. ..
sesuatu laa sangat...

Ada ke raja jembal??

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx posted on 19-10-2014 10:25 AM
Ada ke raja jembal??

Opkos ada..tapi dah aruah laa..

dulu kat kelantan berlaku perebutan kuasa antara waris sultan skrg dgn raja jembal..

Sesetengah keturunan raja jembal ada letak crown "kerabat raja jembal" kat myvi depa...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 10:29 AM | Show all posts
Keseimbangan di kawasan tepi pantai sebenarnya berpunca daripada hakisan itu sendiri. Kalau tiada pembangunan di tepi pantai dan dengan kehadiran monsun, akan berlaku proses semula jadi dan sedimen atau pasir akan kembali ke kawasan pantai.


dunia dah elok seimbang, apa yang terhakis akan kembali.... kalau tak dah lama lah Malaya ni lebur....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2014 10:30 AM | Show all posts
jengkoil posted on 19-10-2014 10:28 AM
Opkos ada..tapi dah aruah laa..

dulu kat kelantan berlaku perebutan kuasa antara waris sultan s ...

oooo kerabat kelantan.....
Terima kasih atas info.....

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 10:48 AM | Show all posts
Decaffeinated posted on 19-10-2014 10:29 AM
dunia dah elok seimbang, apa yang terhakis akan kembali.... kalau tak dah lama lah Malaya ni leb ...

masa  duduk  sana dulu kalau musim monsun  ombak menggila besarnya.
kami  saja kadang2  mlm  lalu  tepi pantai.  dkt  airport  tu kadang air sampai atas jalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2014 11:07 AM | Show all posts
jengkoil posted on 19-10-2014 10:28 AM
Opkos ada..tapi dah aruah laa..

dulu kat kelantan berlaku perebutan kuasa antara waris sultan s ...

Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah.
Kbai.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ganu Darul runtuh & Darul terhakis
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 11:28 AM | Show all posts
Di kelantan ada daerah bernama Kota Jembal tetapi dipanggil orang kelantan sebagai Kedai Lalat. Sampai sekarang, masih tak diketahui asal usul nama Kedai Lalat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
kat pantai sabak nu,da bp biji kg masuk dlm laut..ngan kubur2 skali..pantai tu dah jd tmpat yg ngeri plk..ombak musim tengkujuh mmg stail nk mkn rumah jer.same goes to pantai cahaya bulan..apsal la pantai kt cni jd mcm ni..ada byk pantai2 lain yg xpopular cantik.cth pantai kemasin.syg,kjaan negeri xde inisiatif nak majukan tmpat sebegitu..sedangkan rakyat sebenarnya nk sgt tmpat2 riadah/jln2 utk family.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 11:49 AM | Show all posts
hukum alam....kita nk lawan pn kdg x mampu gak...pntai belah tganu klantan ni x sama dgn belah melaka,pd nun....ombak, kdaan pntai ya pn lain sbb tu mostly blh pntai timur ni bhaya utk mandi mnda... klu lalu kt pntai dungun tu pn ngeri aje....same goes kt marang, rusila sume tu nnt jlnraya jd betul2 je tepi pntai...


kg.tok jembal ni dkt dgn airport tu eh? tmpt mkn ikn celup tepung ke?@zorrro_03  
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 04:32 PM | Show all posts
aechae posted on 19-10-2014 11:49 AM
hukum alam....kita nk lawan pn kdg x mampu gak...pntai belah tganu klantan ni x sama dgn belah melak ...

kau ni doktor ke ahli kajibumi?  


ps-celup tepung belah epot sana kena pilih2 sikit.  jgn sembarangan.  ada tu penggoreng guna minyak berulang2 kali.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 04:38 PM | Show all posts
zorrro_03 posted on 19-10-2014 04:32 PM
kau ni doktor ke ahli kajibumi?  

iols suka geografi gtuuu....

sapela yg meniaga rajin tukar minyak lps 3x goreng je buang.....mau sotong sepinggan nnt hrga rm30
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 04:45 PM | Show all posts
aechae posted on 19-10-2014 04:38 PM
iols suka geografi gtuuu....

sapela yg meniaga rajin tukar minyak lps 3x goreng je buang. ...

oyeke.. patut laaa pun ramai yg salah dapat ubat...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.073677 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list