CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5887|Reply: 63

[Tempatan] Pengangkutan Awam Bukan Pilihan Utama

[Copy link]
Post time 24-10-2014 10:04 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Meskipun sudah banyak lebuh raya dibina dan laluan ekspres masih giat dibina di pusat-pusat bandar, namun kesesakan lalulintas masih berlaku dan malah keadaannya semakin teruk.
Nampaknya, orang ramai masih lebih memilih memandu sendiri walaupun harga petrol dan kadar tol dinaikkan hingga menjejaskan operasi pengangkutan awam.
Menurut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), hanya 20 peratus penduduk bandar menggunakan pengangkutan awam. Jika ini berterusan, usaha kerajaan untuk mengurangkan pelepasan karbon, seperti yang diperjuangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi inisiatif Sains Untuk Tindakan (S2A), pastinya gagal dicapai.
Mengapa ini terjadi? Mengapakah masih ramai tidak mahu menaiki pengangkutan awam seperti bas, LRT, tren dan teksi, walaupun pilihan itu ternyata lebih murah dan mereka tidak perlu pening kepala memandu dalam kesesakan lalulintas?
Maklum balas laman sosial
Bagi menjawab persoalan ini penulis bertanya kepada rakan-rakan di laman web sosial.
Antara maklumbalas yang diterima ialah daripada ‘Irina Muis’ yang mengaku dirinya sebagai pengguna pengangkutan awam tegar selama bertahun-tahun.
“Sebab susah, sesak, lama tunggu, penat, takut, kalau pakai pengangkutan awam. Tambahan pula susah nak dapat tempat duduk. Kalau naik kereta sendiri tak terikat masa ‘schedule’. Kalau ‘jam’ pun dalam kereta, selesa“, menurut beliau.
Keselamatan kereta dan keperluan keluarga pula menjadi keutamaan bagi ‘Jaja Karim’ dengan menyatakan bahawa, “sebab nak naik LRT kena parking berdekatan stesen LRT tapi takut kereta kena pecah atau curi. Kena ambil anak pula lepas kerja, ‘Rushing’ sangat.”
“Mhh Meow” turut berkongsi pendapat yang berbunyi sedikit keras.
Katanya, “pengangkutan awam tak cekap. Kalau naik bas, nak kena naik teksi bagailah pula, kalau tak, tak sampai. Kalau naik teksi insya Allah sampai terus, tapi lelaki pun takut balik tengah malam, apa lagi perempuan dengan risiko kena rogol, bunuh, sebab niat orang yang pandu kita tak tahu.”
Menerusi komen-komen yang diterima, penulis menggariskan senarai berikut iaitu; keselesaan; lokasi; keanjalan masa; keperluan; dan keselamatan, sebagai sebab utama mengapa ramai yang tidak mahu mengguna khidmat pengangkutan awam.
SERIK BERHIMPIT
Berbual dengan penjawat awam Noraini (bukan nama sebenar), 30, beliau berkata pengalaman berulang-alik dengan bas hampir setiap hari semasa belajar di universiti 10 tahun lepas menyebabkan beliau sudah serik menaiki pengangkutan awam.
“Bayangkan berhimpit-himpit dalam bas, kena berdiri pula dari ‘Bus Stand Klang’ ke Shah Alam. Perjalanan selalunya satu jam lebih sebab ‘jam’ di Federal Highway. Nak naik komuter, stesen jauh dari kampus, kena ambil teksi pula. Teksi tahu sajalah, ada yang tak jujur, caj mahal tak pakai meter“, cerita beliau kepada penulis.
Noraini kini selesa memandu Viva kesayangannya ke mana-mana meskipun terpaksa menempuh kesesakan.
Keselamatan
Bagaimanapun punca utama mengapa ramai tidak mahu menaiki pengangkutan awam ialah faktor keselamatan. Hal ini berkait pula dengan faktor lokasi yang kurang sesuai.
Contohnya, stesen komuter atau perhentian bas yang sunyi kerana terletak agak jauh dari pusat aktiviti orang ramai.
Penulis tidak perlu pergi jauh untuk mencari mangsa jenayah akibat menggunakan pengangkutan awam. Rakan sekerja S. Kisho Kumari, 29, sendiri pernah diragut dua kali sepanjang dua tahun pertama beliau bekerja di Bernama.
“Apa sekalipun, pengangkutan awam tidak akan membawa anda sehingga ke depan pintu masuk. Anda masih perlu berjalan lagi untuk sampai ke destinasi“, kata gadis dari Tapah ini.
Pertama kali disamun beliau kehilangan telefon dan wang tunai. Pada ketika itu beliau berjalan kaki seorang diri dari perhentian bas ke rumah selepas pulang dari kerja pada pukul 7.00 malam.
“Ambil masa kira-kira 10 minit berjalan untuk sampai ke rumah. Bas hanya berhenti di jalan utama. Pada masa itu saya memang tiada pilihan terpaksa jalan kaki seorang diri“, ceritanya.
Kali kedua diragut selepas turun dari bas untuk ke pejabat. Kali ini rantai beliau pula menjadi sasaran peragut motorsikal. Meskipun cubaan ragut itu gagal, peristiwa itu masih berbekas di ingatannya sehingga menyebabkan beliau agak fobia untuk menaiki bas.
“Bayangkan ketika itu ramai orang di sekeliling tapi mereka (penjenayah) masih berani, apatah lagi kalau berjalan seorang diri. Mengguna pengangkutan awam memang boleh banyak berjimat, tetapi tiada keselamatan. Kena sentiasa berhati-hati“, katanya.
Beliau kini mengguna kereta dan cuma sesekali sahaja menaiki pengangkutan awam. Walaupun pernah terdetik untuk kembali mengguna pengangkutan awam berikutan kos petrol yang semakin tinggi, Kisho memilih untuk menyerap kos tersebut bagi menikmati keanjalan masa dan yang paling penting keselamatannya lebih terjamin.
Cabaran bagi SPAD
Noraini dan Kisho, yang boleh dikelaskan sebagai golongan berpendapatan sederhana, mungkin masih mampu untuk menampung kos kenaikan harga petrol. Bagi mereka biarlah penat sedikit menempuh kesesakan asalkan selesa dan selamat dalam kereta sendiri.
Namun, bagaimana pula nasib mereka yang tidak mempunyai pilihan, yang terpaksa juga mengguna pengangkutan awam? Kumpulan masyarakat ini terpaksa merelakan ketidakselesaan dan dihantui pula dengan serangan penjenayah.
Inilah yang menjadi cabaran bagi SPAD, iaitu membangunkan satu sistem pengangkutan awam di negara ini yang bersepadu, cekap dan selamat.
Badan itu, yang ditubuhkan pada 2010, mewujudkan pelan ‘Pembangunan Berorientasikan Pengangkutan’, yang dikenalpasti sebagai satu daripada pelan tindakan utama dalam Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat Kebangsaan.
Menurut Timbalan Pengurus Besar Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPAD Nor Fanim Mohd Amin, proses menambah baik sistem pengangkutan awam sedia ada di Malaysia ke tahap yang cemerlang seperti di Hong Kong, akan mengambil masa yang lama dan beliau sendiri tidak berani untuk menyatakan satu jangka masa tertentu.
Bagaimanapun, SPAD menetapkan sasaran 40 peratus penduduk bandar akan mengguna pengangkutan awam menjelang 2030 berbanding 20 peratus pada masa kini, katanya kepada pemberita pada siri syarahan ‘Veritas’ Metropolis’ TOD Development for Kuala Lumpur’ baru-baru ini.
Badan itu menggalas tugas berat mengkoordinasikan agensi-agensi berkaitan pengangkutan darat termasuk kerajaan tempatan dan syarikat pemaju bagi mencapai matlamat itu.
Dari segi dasar, suruhanjaya berkenaan mengenalpasti lima imperatif strategik untuk membantu mencapai sasaran berkenaan dan satu daripada yang menjadi keutamaan ialah meningkatkan tahap keselamatan pengangkutan awam.
Imperatif lain termasuk meningkatkan sambungan pengangkutan awam bagi penduduk bandar dan akses ke kawasan luar bandar; memastikan perkhidmatan pengangkutan awam pada kos berpatutan; mengukuhkan peringkat-peringkat perkhidmatan; dan mengurangkan kesesakan dan pencemaran. - Bernama





Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Oktober 2014 @ 4:30 PM

GAMBAR hisasan. FOTO Asyraf Hamzah












- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3867#sthash.9QC9ZK5B.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju dgn kebanyakan alasan yg dikemukakan. Biggest problems are reliability and availability
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kat pinggir bsndar bas 1 jam sekali....dah laa tu..nak naik vas kena berjlan 1/2 jam....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 04:29 AM | Show all posts
usaha kerajaan untuk mengurangkan pelepasan karbon,

sobab nya...

Chemical Fact Sheets -- Carbon Black

What is carbon black?

Carbon black is the general term used to describe a powdery commercial form of carbon. Carbon black is a lot like graphite.

Carbon black can form as an air-polluting particle when fuels (like gasoline, diesel fuel and coal) are not completely burned. These carbon black particles are often coated with other chemicals making them more hazardous than commercially produced pure carbon black. The particle coatings may include "polyaromatic hydrocarbons," also called PAHs. (Please refer to the chemical fact sheet on PAHs for more information on their health effects).
In the tire industry, carbon black is used to strengthen and color rubber. It is also used to color inks and leather, and to insulate electrical equipment.http://www.dhs.wisconsin.gov/
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 04:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu aku pegi keje naik lrt. Turun lrt ambil bas plak. Turun bas jalan kaki 5 minit. Mase tu bas on time.  mmg boleh bajet mase sampai ke tempat keje. Bila bas buat perangai, aku dah x naik bas dah. Kebanyakan bas kat stesen lrt, dorang tunggu org ramai n Q panjang baru bukak pintu. Mmg menyusahkan.


Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya tersenyum sinis sahaja bila ada orang bagi flyer iklan kereta perodua di stesen-stesen lrt. Takpelah dik, saya tak berminat. Saya naik lrt bukan sebab tak mampu memiliki kereta. Tapi sebab tak mampu redah jam setiap hari

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2014 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
20% je yg guna pengangkutan awam....:Q

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 07:47 AM | Show all posts
My life mmg rely on public transport je...naik tren then naik taxi...if nk jimat amek bus, tp kna kuar awal lah which is malas... Nk bus yg benti dpn pntu bangunan ofis mmg la payah...sanggup ke x nk jln kaki 15 min gtu je...for me no hal lah.. N the cost mmg jimat byk compare to beli keta... I happy ok, wlupn ramai duk tanya bila nk ada keta, ckp i org kaya sbb hari2 drebar taxi hantr dpn pntu kilang, eh lg jimat kot gtu...dr byr keta 5,6 ratus sebulan xcmpur minyak dll lg

tp spad tolonglah lupus kn je la metro bus tu,sakit mata tgk...buruk huduh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2014 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
aku lebih suka naik moto dr lrt, monorAil, bas bgai.. senang.. isi minyak rm3 blh pusing 1kl
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 07:54 AM | Show all posts
tulah dia. masa ron95 naik 20 sen/liter, bising2 tapi jalan tetap jam. restoren2 tetap penuh.
mcm takde pun usaha nk kurangkan perbelanjaan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 07:57 AM | Show all posts
tak sabar nak tunggu MRT dan LRT extension siap

waktu tu baru bangyong jadi commuter tegar kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
1 je aku x ske. x punctual. baik bas, baik komuter, lrt ke. sume la.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 11:10 AM | Show all posts
pengangkutan awam di INDONESIA jugak yang TERBAIK

* Angkotan Kota .. tidak pernah menyusahkan orang, kekerapan 2 minit sekali lalu
* Ojek : bonceng motor.. 2 minit sampai destinasi yang angkot tak masuk
* Teksi : tak macam teksi Mesia.. kalau kena sembelih pun harga masih murah
* Becak speda : masuk area taman2, kampung2 sampai depan pintu rumah


Last edited by bluemenx on 25-10-2014 11:11 AM

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 11:11 AM | Show all posts
otomen_taro posted on 25-10-2014 07:50 AM
aku lebih suka naik moto dr lrt, monorAil, bas bgai.. senang.. isi minyak rm3 blh pusing 1kl

org laki mmg gtu....adik aku pn cmtu la alasannya....tp msa dia praktikal kt bangsar south haritu, asal hujan tersadai mula lah merengek lapar lah sejuk lah, pastu x cmpur jatuh motor lg otw blk sbb jln hujan...kite yg tua ni risau bebel je bleh

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 11:15 AM | Show all posts
harga naik bas PapidKL lebih kurang sama je isi minyak kereta kancil
gilo ke... nak tunggu bas 1 jam, travel 1jam, patah balik tunggu bas 1 jam, travel 1 jam

ko tanya inspektor bas rapidkl, ' Kenapa bas lambat ? '
sangap n akan jawab ' you tak suka tunggu bas lama, u naik kereta la.'

lebih kurang macai punya jawapan


Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Komuter banyak warga asing with 3rd world country attitude
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2014 11:21 AM | Show all posts

kalau di KL, most of rapidkl punya bas mmg selesa, tapi yg buatkan org taknak ambil bas ni, ada 3 point :

1. banyak foreigner asing, kalau foreigner european ke, kokesyen ke, takpe, ni indon nepal bangla, yg sesetengah drpd diorg mmg pengotor dan berbau

2.jammed, jalan dah teruk jammed, so frekuensi bas mmg teruk, kdg2 dekat dua jam pun bas tak muncul2...

3.disiplin pemandu bas, some of them ikut pe'el masing2, ade yg suka ngular.... gaji driver bas rapid ni mmg fixed, gaji penuh, tak macam dulu , dulu diorg ikut komisyen berapa ramai penumpang naik, maka banyak la komisyen....now, bas jalan ke, bas tak jalan ke, diorg still dpt gaji...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 11:55 AM | Show all posts
Aku setuju dgn ko... One of the reason knp org taknak naik bas atau train sbb terpaksa berasak asak dgn warga asing spt indon nepal bangla myanmar... Attitude diorang pelik... Local people taknak berasak2 dgn mereka... Kat jepun masyarakatt mereka ok naik ttrain sbb mereka berasak asak pun dgn their own kind of poeple.... Aku solusi yg boleh diguna di malaysia adalah spt negara eropah diorang ada first class coach utk org org yg nak get away dr crowds mcm ni.... Bila la indon bangla myanmar nepal ni semua nak balik negara mereka semula Last edited by azre on 25-10-2014 11:58 AM

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 12:03 PM | Show all posts
warga asing ni sebenarnya satu perniagaan

ko nak naik bas ke tak nak naik ke..tu bukan hal kroni2/kapitalis

warga asing ni satu punca pendapatan..

yang tak nak naik bas 5 org temptan je.. tapi 50 bangla nak bas

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
1 kete 1 orang...tolol je yg bawa kete masuk bandaraya KL camtu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.067309 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list