View: 2014|Reply: 5
|
[Dunia]
Nafi imam besar Masjidil Haram meninggal dunia
[Copy link]
|
|
- Dr Sheikh Abdul Rahman As Sudais
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]
AUTA
TERSEBAR berita di laman sosial Facebook kononnya Imam Besar Masjidil Haram, Dr Sheikh Abdul Rahman As Sudais yang terkenal dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia, meninggal dunia. Desas-desus itu tersebar sejak seminggu lalu.
Cerita pemergian tokoh ulama itu dikongsikan beberapa pemilik akaun Facebook yang berupa pertanyaan sama ada benar Sheikh Abdul Rahman meninggal dunia sebagaimana yang disebarkan, termasuk dalam kalangan mereka yang terkenal.
Gambar beliau dikongsi ramai pemilik Facebook dengan status yang berbunyi ‘Al-Fatihah’.
Ini bukan kali pertama. Sebelum ini, pernah beberapa kali hal yang sama disebarkan berkaitan 'kematian' Sheikh Abdul Rahman dan kali terakhir sebelum ini pada Mei lalu.
Sheikh Abdul Rahman sememangnya sangat terkenal dalam kalangan umat Islam terutama kerana suaranya yang merdu mengalunkan bacaan ayat-ayat suci ketika mengimamkan solat di Masjidil Haram.
Sehubungan itu, meskipun dibuktikan palsu sebelum ini, setiap kali tersebar cerita mengenai kematiannya, tetap akan menarik perhatian mereka yang mengkagumi dan menghormatinya.
FAKTA
SHAH ALAM - Cerita kematian Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman As Sudais dinafikan oleh dua pembimbing jemaah haji yang masih berada di Tanah Suci ketika ini.
Yang Dipertua Pas Kawasan Kulim Bandar Baharu, Hassan Razak dalam akaun Facebooknya semalam menggesa umat Islam di tanah air supaya tidak terpengaruh dengan cerita yang tidak benar itu.
Dalam statusnya, Hassan berkata, beliau baharu sahaja selesai bersolat Isyak yang diimamkan Sheikh Abdul Rahman yang membaca surah al Waqiah.
Pada 22 Oktober, Hassan mengingatkan umat Islam di tanah air dengan kenyataan; "Berita palsu yang diada-adakan di Malaysia kononnya ketua imam bagi Haramain (Sheikh Abdul Rahman) meninggal. Semalam, saya solat jenazah di belakang dia."
Dalam pada itu, seorang lagi pembimbing jemaah haji, Azlan Suhaimi turut menafikan desas-desus berkaitan kematian Sheikh Abdul Rahman menerusi kenyataan di Facebook.
Dalam kenyataan itu, Azlan yang pernah menjadi wartawan di Kumpulan Media Karangkraf, berpesan: "Assalamualaikum. Kepada sahabat, saya sekarang berada di Makkah, setakat ini 23 Oktober 2014 tiada berita bahawa Imam Abdul Rahman Sudais meninggal dunia. Isyak semalam beliau mengimamkan jemaah di Masjidil Haram. Minggu ini, sudah tiga kali beliau jadi imam."
[url=]
[/url]
|
|
|
|
|
|
|
|
I dh dgr berita since last month...
Hmmmm
|
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang simpati aje dengan org yg share fitnah ini.
Apa pun ini mesti muslihat jahat yahudi dan nasrani
tak pun illuminati |
|
|
|
|
|
|
|
jarum halus yahudi nasoro illuminati serta penggemar pemegang anjing.....bertaubat la |
|
|
|
|
|
|
|
siapa le yg buat crita palsu ni. perangai..... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kiamat gamaknya....fitnah berkeliaran sana sini.
Baru ja tekan suis mode sebak nak ucap takziah....ujung-ujung berita pelesu.
Pengajarannya, pabila orang munafik membawa berita, selidiklah kebenarannya...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|