View: 7314|Reply: 51
|
[Tempatan]
Bekas kapten kapal bunuh bomoh dipenjara lapan tahun
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM - Seorang bekas kapten kapal dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku salah menyebabkan kematian seorang bomoh yang ditembak di Kota Damansara, Petaling Jaya pada tahun lalu.
Hakim Datuk Wan Arfah Wan Ibrahim memutuskan hukuman itu selepas Shahrunizam Salleh, 44, mengaku bersalah pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh menyebabkan kematian Asli Hamid, 44, yang ditembak sebanyak lima das dengan sepucuk pistol di tepi Jalan Pekaka 70/A, Kota Damansara pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam pada 4 Januari 2013. - KOSMO!
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 8.htm#ixzz3IGPV9kDB
Hakcipta terpelihara
|
|
|
|
|
|
|
|
Asli Hamid neh...orang asli ke orang melayu? |
|
|
|
|
|
|
|
Pasangan Ditahan Berhubung Kematian Bomoh
Diterbitkan: Jumaat, 11 Januari 2013 12:00 AM
SHAH ALAM: Seorang guru sekolah menengah yang didakwa dirogol oleh bomoh bekerjasama dengan suaminya mencari lelaki durjana itu dan menembak mati bomoh berkenaan.
Asli Hamid, 43, yang baru tiga hari berpindah dari Kedah, ditembak mati pada pukul 9 malam, 4 Januari lalu.
"Asli menunggang sebuah motosikal yang dipinjam berhampiran Kota Damansara ditembak pada jarak dekat," kata Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner, Mohd Adnan Abdullah pada sidang media di sini.
Polis berjaya menahan pasangan berkenaan pada Selasa.
Suspek wanita berusia 41 tahun sementara suaminya berusia 43 tahun, bekas kapten kapal, ditahan di tempat letak kereta pusat beli belah di Ara Damansara pada pukul 6 petang.
Pasangan berkenaan berasal dari Kedah.
Mohd Adnan berkata pembunuhan tersebut bermotifkan cemburu dan dendam namun beliau enggan mengulas mengenai laporan bahawa guru berkenaan dirogol oleh bomoh tersebut.
Beliau berkata kedua-dua suspek telah merancang untuk menembak mangsa dirumahnya selepas mereka melihat dia menaiki motosikal dan ketika itulah dia ditembak.
Polis pasti mereka telah merancang lebih awal mengenai pembunuhan itu selepas membaca khidmat pesanan ringkas pada telefon bimbit suspek.
Polis turut menahan kakak kepada lelaki berkenaan berusia 31 tahun di Kampung Simpang Empat Kuar, Alor Setar.
Wanita berkenaan membawa polis kepada penemuan dua pucuk pistol 9mm, dua butir peluru dan sebuah kotak yang mengandungi peluru.
Difahamkan kakak suspek dipercayai cuba melupuskan bukti dengan membuang senjata yang digunakan ke dalam sungai namun polis berjaya menemuinya kembali.
Polis turut menemui sebuah kereta Audi A4 yang dipercayai digunakan ketika kejadian tembak daripada sebuah bengkel di Kampung Mempelam, Alor Setar.
"Dengan penahan semua suspek, kita percaya kes ini telah selesai," kata Mohd Adnan, sambil menambah siasatan masih di peringkat awal dan polis memfokuskan untuk menyelesaikan kes pembunuhan berkenaan.
Pasangan berkenaan telah direman sehingga Ahad sementara kakaknya direman hingga Isnin ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Woi mane dapat Pistol?
Share2 ler name kedai |
|
|
|
|
|
|
|
kalau bomoh tu klentong kapten mmg bagus la kena bunuh wpun pak kapten kena merengkok dlm penjara |
|
|
|
|
|
|
|
tembak 5 das dgn pistol pun kena caj bunuh tanpa niat je ke |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh ada jin kat faraj ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Bateesta posted on 6-11-2014 06:01 AM
tembak 5 das dgn pistol pun kena caj bunuh tanpa niat je ke
Kalau ikhlas membunuh xpe kot
|
|
|
|
|
|
|
|
makneng posted on 6-11-2014 01:58 PM
kalau bomoh tu klentong kapten mmg bagus la kena bunuh wpun pak kapten kena merengkok dlm penjara
haruslah noks
penjara 8thn jah apedehal, bukan hukum gantung pon
kapten ni mesti panas bomoh rogol bini dia
terus tembak mati je bomoh, takyah santau2 |
|
|
|
|
|
|
|
robertocarbos posted on 6-11-2014 01:57 PM
Woi mane dapat Pistol?
Share2 ler name kedai
Nu kat danoq berlambak...pi hari ahad |
|
|
|
|
|
|
|
musangcomel posted on 6-11-2014 02:10 PM
haruslah noks
penjara 8thn jah apedehal, bukan hukum gantung pon
kapten ni mesti panas bomoh rog ...
khen?? puas hati dapat tembak bomoh aka perogol
lantaklah jadi apa pon lps tu..
mmg bomoh mcm ni patut dihapuskan
santau2 ni syirik noks..haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa bini die jumpe bomoh? Kalau tak caya benda2 syirik mcm tu mesti tak jadi mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
lari dari kedah sampai ke damansara
last2 jupe
pastu bang bang bang |
|
|
|
|
|
|
|
jadi cikgu pun percaya bomoh
|
|
|
|
|
|
|
|
Lari dari kedah ke kota damansara... |
|
|
|
|
|
|
|
mesti x-kapten ni puas hati walaupun kena jel |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku pun rela masuk lokap 8 tahun sebab dapat bunuh perogol bini sendiri nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
amboi marah nau heols.... |
|
|
|
|
|
|
|
Cam mana umur kakak lagi muda dari suspek. |
|
|
|
|
|
|
| |
|