PETALING JAYA: Pelakon Chacha Maembong memberitahu dia mempunyai alasan tersendiri untuk tidak menggayakan busana yang direka khas oleh pereka fesyen Ezuwan Ismail pada saat-saat akhir untuk menghadiri Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aishah Ismail, 18, berkata, dia sudah memaklumkan hasrat berkenaan dan meminta maaf terlebih dahulu kepada Ezuwan.
"Bukan niat saya mahu kecewakan dia tetapi saya ada sebab sendiri kenapa tidak memakainya pada saat-saat akhir dan perkara itu sudah pun dimaklumkan kepada Ezuwan sebelum ke majlis anugerah tersebut.
"Saya memang nak pakai tetapi keadaan tidak mengizinkan dan pembantu saya sudah menguruskannya dan meminta maaf atas perkara yang terjadi itu," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Chacha berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai luahan pereka fesyen Ezuwan Ismail yang kecewa apabila baju rekaannya tidak dipakai Chacha pada ASK 2014yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini pada Jumaat lalu.
Ezuwan melalui laman Instagram miliknya berkata, pelakon tersebut tidak memberikan sebarang alasan bertindak sedemikian dan tanpa rasa bersalah menggayakan busana pereka fesyen lain pada malam tersebut.
[size=0.75em]Ezuwan Ismail
Sementara itu, Chacha berkata, dia juga kesal dengan tindakan Ezuwan yang memuat naik kenyataan di laman sosial tanpa menghubunginya terlebih dahulu.
"Saya pun terkejut dan terasa hati apa yang dia tulis di laman sosial itu. Tidak salah kalau dia hubungi saya sahaja untuk beritahu perkara itu. Lagi pun dia tahu sebab apa saya tidak pakai baju itu," katanya.
Jelas Chacha, dia bernasib baik kerana dapat mencari baju pengganti iaitu rekaan Fazil daripada butik Diandra Couture pada saat-saat akhir untuk ke majlis berkenaan.
Post time 11-11-2014 01:39 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Designer pon spesis hadek2 quat sentap...saje nk mencapub..dgn harapan nnt byk la retis nk buat baju kt dia bile kontobesi gini..mcm kes JV buat baju utk LO le..pastu JV kan mule dikenali..ezuan tu taja baju@Cacha yg tempah kt dia??
huduh ok...aku pun tak hingin..da la ala2 berkemban gitu.. she'll look fat in that..
ko ni pun dek, lain kali kalau baju tu tak cantik, cakap jer straight to the face..tak payah nak jaga hati sangat..
ramai je gayah2 yang rasa diri fabulous designer walau baju rekaan diorang tu hauk sesangat..