|
harapnya ada yg bntu/sedekah kt dorg..
Kisah enam beradik yatim piatu menjadi perhatian orang ramai apabila beberapa laman media sosial yang prihatin memuat naik gambar beserta maklumat mereka. - Foto Facebook
KUALA LUMPUR, 18 November:
Nasib kehidupan enam beradik yatim piatu ibarat telur di hujung tanduk apabila mereka terpaksa berdepan dengan sumber kewangan yang terhad.
Malah, mereka terpaksa mengharap simpati ibu saudaranya untuk mencari tempat berlindung selepas kematian ibunya pada 7 November lalu akibat kemalangan jalan raya.
Menurut Siti Aminah Mohd, 32, dia bertanggungjawab untuk menggalas tugas menyara kehidupan enam anak saudaranya namun terpaksa memikirkan faktor kewangan yang semakin terdesak.
“Ayah mereka sudah lama meninggal dunia manakala ibunya pula baru dijemput Ilahi pada 7 November lalu.
“Mereka semua masih kecil dan masih bersekolah. Buat masa ini, mereka tinggal bersama ibu bapa saya di Kota Bharu tetapi malangnya orang tua saya tidak mempunyai sumber pendapatan tetap.
“Saya beserta semua ahli keluarga lain membantu apa yang mampu, namun kami juga hanya berpendapatan rendah yang cukup menampung keluarga kami,” luah Aminah ketika dihubungi The Rakyat Post hari ini.
Kisah enam beradik yatim piatu menjadi perhatian orang ramai apabila beberapa laman media sosial yang prihatin memuat naik gambar beserta maklumat mereka.
Mereka terdiri daripada Izzah Badriah Bahador, 16; Ismaa Najwa Bahador,15; Izmaaniza Aqilah Bahador, 13; Ilya Tasnim Bahador, 11; Muhd Ismawie Izzudin Bahador, 9; dan Muhd Ikhwan Faris Bahador, 6.
Jelas Aminah, mereka tidak mendapat mana-mana bantuan kerana masih menunggu status permohonan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Buat masa ini, mereta tidak mendapat mana-mana bantuan kerana bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih dalam proses.
“Saya merayu jasa baik pihak-pihak berkenaan untuk bantu meringankan beban yang ditanggung enam beradik ini,” katanya.
Berikut adalah maklumat mengenai enam beradik yatim:
Nombor akaun BSN – 0310029000579201 (Izzah Badriah Bt Bahador)
Telefon untuk dihubungi: 017-953 1774 (Puan Siti Aminah, ibu saudara)
Alamat: 343, Kg Chekeli Dewan Beta, 15100 Kota Bharu, Kelantan.
Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah.
|
|