View: 25372|Reply: 98
|
Jihan Muse bengang...
[Copy link]
|
|
JIHAN tidak melakukan rawatan wajah,
sebaliknya menggunakan produk kecantikan
biasa untuk memastikan kejelitaannya.
DAHULU tatkala menyertai program realiti Raja
Lawak musim ketiga yang dijuarai kumpulan
Sepah, Jihan Muse, 30, rupa parasnya tidaklah
menawan seperti yang dilihat hari ini.
Ketika itu, Jihan boleh dikatakan selekeh dan
tidak bijak dalam pemilihan fesyen untuk
digayakan, sama ada ke acara sidang akhbar,
mahupun ke majlis anugerah yang dianjurkan
di persada seni tempatan.
Namun, setelah hampir lima tahun
berkecimpung dalam industri, banyak
perubahan yang berlaku terhadap diri wanita
berkenaan yang sebelum ini pernah
berkhidmat sebagai penguat kuasa tempatan.
Paling ketara, penampilan mekapnya yang
makin menampakkan sisi matangnya dalam
bergaya, juga semakin arif dalam memilih
busana yang sesuai untuk dipakai ke acara
hiburan tanah air.
Berkesempatan berjumpa dengannya pada
sidang akhbar program realiti Gegar Vaganza
yang diterbitkan Astro baru-baru ini, Jihan
kelihatan anggun dalam blaus polos warna
jingga, disertakan solekan ringkas yang padan
dengan perwatakannya.
Membangkitkan perihal perubahan yang
dilaluinya, terdahulu Jihan pernah menafikan
bahawa dia melakukan rawatan kecantikan,
sebaliknya hanya menggunakan produk
pencuci muka yangberharga RM20.
Akui Jihan, betapa sukarnya hidup menjadi
figura awam, segalanya diperhatikan atas,
bawah, luar dan dalam.
Lebih menyedihkan, menurutnya, jika ada
perubahan positif dalam diri seseorang
selebriti, pasti tanggapan negatif yang akan
dilemparkan terlebih dahulu.
“Sedih kan jadi artis? Perubahan yang baik
sukar untuk diterima secara drastik oleh
sesetengah pihak. Mesti fitnah yang ditabur
dahulu bagi ‘meraikan’ perubahan tersebut.
“Apalah salahnya tanya dahulu ataupun soal
selidik lebih awal daripada empunya diri
sebelum membuat kesimpulan tersendiri yang
langsung tidak berasas. Bila masanya pula
saya buat pembedahan di wajah? Saya masih
sedar diri dan tidak sesekali melakukan
perkara yang membazirkan wang ringgit itu,”
katanya ketika itu bagi menjawab tohmahan
yang digembar-gemburkan.
Tambah Jihan, penampilannya yang
dikatakan semakin cantik hanyalah
disebabkan kesedaran dirinya yang mula
berjinak-jinak dengan produk kecantikan.
“Saya dah lima tahun dalam industri ini. Jadi,
pengalaman berkenalan dengan ramai
jurumekap membuatkan saya sedar
pentingnya menjaga penampilan. Saya mula
gunakan pencuci muka sebelum dan selepas
bangun daripada tidur untuk mengekalkan
kesegaran wajah.
“Saya turut belajar mekap supaya tidak
kelihatan begitu selekeh. Walaupun saya
seorang yang berimej ringkas, tetapi
kekemasan dalam bergaya perlu diamalkan.
Itu adalah petua yang pernah diberitahu
kepada saya sebelum ini dan menjadi amalan
pada hari ini,” katanya.
Dalam kepadatan jadual seninya dengan
pelbagai aktiviti pengacaraan dan lakonan,
Jihan yang diketahui umum sedang menjalin
kasih bersama seorang pelakon baharu, Ku
Hariz mengakui cuba untuk membahagikan
masa agar dapat memberikan perhatian
terhadap hubungan yang dibina sekian lama.
Lebih lima tahun memadu kasih, Jihan sedar
sejak kebelakangan ini dia semakin sibuk
dengan kerjayanya dan disebabkan itu, timbul
gosip yang mengatakan dia semakin menjauhi
Ku Hariz.
Menafikan perkara tersebut, Jihan berkata
hubungannya dengan pelakon kelahiran
program realiti Pilih Kasih musim kedua itu
tetap utuh walaupun jarang berjumpa.
“Ya memang dua tiga tahun kebelakangan ini
saya agak sibuk dan hubungan kami banyak
bersandarkan teknologi maya semata-mata.
Tetapi itu tidak menggoyahkan rasa cinta
kami, sebaliknya makin kuat.
“Dia pandai memainkan peranannya sebagai
seorang lelaki, begitu juga saya. Kami saling
mengingati satu sama lain andai dirasakan
ada yang tidak kena. Alhamdulillah,
perhubungan kami telah memasuki satu fasa
yang serius dan akan mengakhirinya dengan
satu ikatan sah. Cuma masanya belum dapat
dipastikan dan tidak mahu memikirkan dahulu
buat masa sekarang,” katanya mengulas
mengenai jalinan cintanya dengan aktor itu.
Tidak mahu terus berbicara mengenai isu
yang dianggap muak dan bosan itu, Jihan
yang kini antara pelakon dan pelawak popular
tanah air tekad untuk meletakkan artis komedi
wanita setaraf dengan golongan Adam yang
sebelum ini memonopoli bidang tersebut.
Mengakui artis komedi lelaki mempunyai
kedudukannya yang tersendiri dalam industri
ini berbanding wanita, Jihan berpendirian
bahawa jurang tersebut mampu untuk
dirapatkan agar suatu hari nanti ia boleh
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
antara kedua-dua gender itu.
Bukan bermaksud mahu mencabar kredibiliti
pelawak lelaki yang tidak terbatas dengan had
tatasusila, Jihan menyifatkan bahawa
kesaksamaan yang diinginkannya adalah dari
konteks peluang dan platform yang lebih
cenderung diberikan kepada kaum Adam.
“Saya akui, sebagai seorang wanita Timur dan
Islam, ada batas-batas tertentu yang
membuatkan kami tidak boleh beraksi seperti
lelaki sama ada menerusi percakapan
mahupun gerak geri.
“Itu saya akur dan tidak berniat untuk
melawan hakiki. Cuma wanita juga
mempunyai kaedah tersendiri untuk
meletakkan tahap komedi kami sama seperti
lelaki, walaupun berbeza cara penyampaian.
Paling penting, bahan lawak itu sendiri yang
bersifat semasa serta punchline yang diguna
pakai harus tepat untuk menggeletek audiens,”
ujar Jihan melontarkan pendapatnya demi
memartabatkan pencapaian pelawak Hawa. |
|
|
|
|
|
|
|
ade2 jeeeee.. tapi die makin cantik le skrang neh |
|
|
|
|
|
|
|
pedulikan kata orang..muut tempayan boleh tutup..mulut orang..hmmm..u go girl! |
|
|
|
|
|
|
|
knp mesti perangkan rambut...rambut hitam tak lawo ker |
|
|
|
|
|
|
|
edoraixora posted on 20-11-2014 04:53 PM
dahulu
sbnrnya sama je muka dulu dan sekrg..
cuma makeup nampak dia lain..
kuasa makeup kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
baru tahu dia ada boyfriend |
|
|
|
|
|
|
|
nuralisa posted on 20-11-2014 04:57 PM
sbnrnya sama je muka dulu dan sekrg..
cuma makeup nampak dia lain..
kuasa makeup kan..
dan gigi.....gigi die tu yg pengaruhi muke dulu & sekarang
pastu muke die dh glowing
yelah skang dah mampu pakai produk mahal+bagus
plus, slalu gi facial kot
|
|
|
|
|
|
|
|
Haah tp mmg lain pon. Mungkin teknik mekap dan juga sbb dia pakai braces. Biasa org pakai brace nampak manis. Dulukala org pakai braces nampak burok. Skg dah terbalik. Sbb tu skang ramai berlumba nk pakai braces. |
|
|
|
|
|
|
|
takpela jihan...
wlupun banyak tohmahan negatif, den tetap minat jihan dari zaman raja lawak lagi..
dlu comel, skarang canti..
tapi lawak tetap maintain..
teruskan berkarya, bolayan kan je isu negatif nih..
|
|
|
|
|
|
|
|
iols jumpa jihan tak pakai makeup, cantik jer... kecik, comel org nya |
|
|
|
|
|
|
|
suka dia ni gak...lawak...tp lawak dia ni kebelakang ni mcm lawak nk perli org jer bunyinya..... |
|
|
|
|
|
|
|
jihan dah makin comei...da cantik..
seiring la dgn peningkatan umur.... go girl... |
|
|
|
|
|
|
|
mata tu cover la sikit |
|
|
|
|
|
|
|
good luck Jihan...
moga success dlm sumer bidang..
jaga diri..hiasi peribadi....
jauhi skandal...
|
|
|
|
|
|
|
|
nak pic ku hafiz satuuuuuui |
|
|
|
|
|
|
|
aku penah baca kat mana ntah tp artikel tu puji jihan la
dia kata jihan ni pelawak yang xbuat pelawak nampak bodoh...jihan adalah pelawak yang buat lawak bijak guna isu semasa dan xde sentuh sensitiviti kaum/agama/individu...plus dia kata, penampilan jihan xmenggambarkan pelawak tu harus serabai utk buat lawak...jihan ni tetap maintain anggun walaupun tengah melawak kat Raja Lawak 3 dulu
aku xcaya la kalau si jihan ni ubah muka ke menda ke...memang nampak kot dia ubah gaya n personaliti dia utk jadi lebey anggun n bergaya
go Jihan! (cuma kalau boleh, xyahla pakai pewarna rambut tu...cukup2lah apa yg ada)
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab braces kot struktur wajah makin berubah. Kawan iolls ramai yg pakai braces lama2 makin lawa.
Ku hariz pon tasty uolls.. Suka tgk dia berlakon jahat dlm puteri malam ngan zara zya. Mmg berbakat sgt... Harap hubungan ke jinjang pelamin hendaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik, xde kontroversi, kuat kerja. Suka je kt jihan |
|
|
|
|
|
|
| |
|