HUBUNGAN cinta Taylor Swift yang dibina bersama penyanyi kumpulan, One Direction, Harry Styles, hanya mampu bertahan selama setahun sahaja kerana Styles bukanlah lelaki yang terbaik untuknya apabila jejaka kacak ini sering menyakitkan hati dengan menjalinkan hubungan dengan wanita lain.
Awal tahun yang lepas, Swift telah mengumumkan perpisahan dan mereka tidak akan bersama lagi. Malah lebih selesa menghabiskan masa terluang dengan rakan-rakan tanpa dibayangi mana-mana lelaki.
Namun, kini khabar angin terbaru pasangan ini dan dikatakan kembali memperbaiki hubungan lalu yang terkandas.
Perkara ini dihidu oleh orang sekeliling apabila Styles kembali menghubungi bekas kekasihnya itu dan mengirim ribuan kuntum bunga untuk Swift.
Malah, menerusi laporan portal antarabangsa, Styles telah mengirim bunga mawar sebanyak 1989 kuntum.
Melalui sumber lain, ianya hanyalah tanda ucapan selamat Styles terhadap bekas kekasihnya itu di atas kejayaan album barunya, 1989.
“Sebenarnya, dah banyak kali Styles cuba menghubungi Swift menerusi SMS dan telefon. Selain mengirimkan bunga tanda ucapan selamat, ia juga adalah cara Styles untuk mengembalikan kepercayaan Swift atas ketelusan cintanya.
“Dia juga turut meminta Swift agar menerimanya kembali dan berjanji untuk tidak melakukan kesilapan lagi".
Sehingga saat ini, masih belum ada penjelasan daripada Styles mahupun Swift apabila mereka berdua bertindak untuk mendiamkan diri.
Hubungan pasangan ini mula terjalin pada awal 2012 dan pada Januari 2013, mereka membuat keputusan untuk berpisah.
- Gosipmalaysia, 20 Nov 2014
* if break-off lgk, tentu taylor swift dpt idea bt lagu hits.
Last edited by Mary_jane on 21-11-2014 12:28 PM
|