Dua finalis terakhir World Muslimah Awards menggayakan tekstil batik koleksi Danar Hadi di Yogyakarta, Indonesia. - Foto: AFP
PRAMBANAN - INDONESIA. Pertandingan Ratu Muslim Indonesia yang disertai wanita dari seluruh dunia dilihat mempunyai daya tarikan tersendiri dan boleh dikatakan sebagai mencabar pertandingan ratu cantik Barat.
Seramai 18 peserta akhir dikehendaki memakai hijab dan dinilai bukan sahaja pada penampilan, tetapi juga kebolehan mereka membaca ayat suci al-Quran serta pandangan terhadap Islam dalam dunia moden lapor Channel News Asia.
"Kami mahu melihat pemahaman mereka tentang cara hidup Islam, melalui apa mereka makan, apa yang dipakai dan bagaimana mereka menjalani kehidupan seharian," menurut salah seorang penganjur, Jameyah Sheriff.
World Muslimah Awards pertama mula menarik perhatian global tahun lalu apabila penganjur menganjurkan pertandingan berkenaan sebagai bantahan secara aman terhadap pertandingan ratu cantik dunia.
-sinarharian
Last edited by Mary_jane on 23-11-2014 02:51 PM
|