CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2673|Reply: 18

[Tempatan] DBKL jadikan berbasikal pengangkutan alternatif 2015

[Copy link]
Post time 27-11-2014 09:46 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berbincang dengan polis untuk mewujudkan peraturan khusus bagi pengguna basikal di bandar raya ini bagi memastikan keselamatan mereka.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, berkata antara aspek yang akan disentuh ialah tatatertib pengguna serta pemasangan lampu pada basikal untuk mengelak kemalangan.

"Soal keselamatan laluan yang digunakan juga akan dilihat," katanya kepada pemberita selepas menutup inisiatif penglibatan awam bagi projek laluan basikal di bawah seliaan DBKL di sini hari ini.

DBKL sedang membangunkan tiga laluan aktiviti berbasikal keseluruhannya sepanjang 12 kilometer merangkumi Mid Valley-Dataran Merdeka, Wangsa Maju-Taman Melati dan Taman Batu Muda.

Projek dengan anggaran kos RM3 juta itu dijangka siap pertengahan 2015.

Ahmad Phesal juga berkata, DBKL akan menyediakan papan tanda secukupnya selain tempat rehat di tiga laluan basikal berkenaan.

Katanya, DBKL berhasrat mewujudkan laluan basikal di kawasan lain di bandar raya ini ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai 'bandar raya mesra basikal' selain menggalakkan penggunaan basikal sebagai mod alternatif pengangkutan. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2014 09:58 PM | Show all posts
tiru penang kebangga nih...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 10:05 PM | Show all posts
Penang bina komtar, KL copycat.

Penang bina kilang, KL selangor copycat

Penang byk makanan sedap, KL Cuba copy tapi failed

Penang bina jambatan, putrajaya copycat

Dah biasa KL copy Penang, pasal Penang leads Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 10:13 PM | Show all posts
entah apa makanan sedap di penang pun tak tahu
bnyak makanan cina dan mamak saja
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 10:19 PM | Show all posts
sekngucing posted on 27-11-2014 10:13 PM
entah apa makanan sedap di penang pun tak tahu
bnyak makanan cina dan mamak saja

Hanya ketuanan yg anti makanan cina jer yg tak rasa makanan Penang sedap, tapi seluruh dunia dah recognized makanan Penang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 12:08 AM | Show all posts
cmf_herrhughie posted on 27-11-2014 10:05 PM
Penang bina komtar, KL copycat.

Penang bina kilang, KL selangor copycat

apakah ini haahah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2014 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah sesak sgt la tu..baru terhegeh-hegeh nak buat.

Big cities kat seluruh dunia byk dah kedepan dengan idea bernas camni..idea bernas ni kira dah lapuk bagi developed country.

KL buat just nak support wawasan 2020. Last edited by sabbath_shalom on 28-11-2014 12:22 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 12:30 AM | Show all posts
Katanya, DBKL berhasrat mewujudkan laluan basikal di kawasan lain di bandar raya ini ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai 'bandar raya mesra basikal' selain menggalakkan penggunaan basikal sebagai mod alternatif pengangkutan.

Kalu bina laluan beskal untuk riadah, aku teda bantahan.
Tapi kalu bina laluan beskal dengan hajat besar 'sebagai alternatif pengangkutan'.... kirim salam.

Dato, mesia ni humidity tinggi, tok.
Jangan main tiru bulat2 apa bandar luar negara sana buat. Kang jadi bahan nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2014 01:07 AM | Show all posts
Laluan basikal? Karang jadi laluan motosikal
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 01:12 AM | Show all posts
Kalau pakai skirt pendek terbelah kat peha macamana nak kayuh basikal? Dengan heels lagi. Bag laptop kat belakang. Handbag takkan nak sangkut kat bahu.

The main concern pasal ragut. Kedua cuaca, habis la ketiak lencun. Deodoran sebotol sehari pun tak cukup. Ketiga masalah asap yang banyak kat kl ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 02:01 AM | Show all posts
ada masa2 tertentu, aku cycling ke tempat kerja aku. 18km. pergi balik 36km. tp basikal aku berharga lebih rm5k la.. itu pun kira sederhana je, kalau korang main basikal tau la..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 02:12 AM | Show all posts
aku slalu jmpe ada mat saleh berbasikal pastu naik lrt.. die sangkut sut keje die ngan hanger pastu sangkut kat bagpack die.. beskal die stok boleh lipat..

die pakai pakaian suka jeh.. masa naik lrt.. berpeloh sakan.. waktu pagi tuh..

pi opis mesti mandi bagai plak.. kene letak bebarang mandi kat opis..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 04:02 PM | Show all posts
airfilterkotor posted on 28-11-2014 12:30 AM
Kalu bina laluan beskal untuk riadah, aku teda bantahan.
Tapi kalu bina laluan beskal dengan haja ...

Hahaha. Janji dah buat lawatan sambil belajar kat oversea.

Anyway boleh je. Lepas solat subuh. Takyah mandi naik basikal pergi office.
Kat office baru mandi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 04:05 PM | Show all posts
nasi kandaq penang sedap!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 04:39 PM | Show all posts
semoga satu kl ni ada route basikal yg ada divider. kalau kat amsterdam tu seronok je tengok makcik2 naik basikal pergi shopping beli ikan pg2.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 04:45 PM | Show all posts
dan tolong juga tampal/turap baru jalan2 berlubang dalam kl nih...mcm duk kat estet jek rasa..lubang sana sini. and pedestrian walk pun tlg repair sekalik ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2014 06:39 PM | Show all posts
kluangman posted on 28-11-2014 04:02 PM
Hahaha. Janji dah buat lawatan sambil belajar kat oversea.

Anyway boleh je. Lepas solat subuh.  ...

Masalahnya tak semua pejabat ada tempat mandi.
Ko nak dorang mandi dalam tandas pejabat kaa...?

Tuala basah nak gantung mana...?
Underdewear lencun nak gantung mana...?
Sabun bawak sendiri.
Beg plastik baju kotor kena ada.
Kasut kilat baju seluar baju kurung tali leher tali pinggang kena lipat elok-lok masuk beg.
Tak campur lagi gincu bedak kutikura minyak wangi semua.
Riding gear lagi helmet lampu depan blakang kasut shimano suar baju Merida.

Aku pendekkan cerita, kat body beskal aje ada 4 jenis beg untuk isi barang-barang pegi opis.

Jiran sebelah; "Oiii Yop, kau bawak beg bebanyak pagi buta ni nak pegi mana Yop..?"
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 07:06 PM | Show all posts
kena sediakan laundry service kat opis, gelinya simpan baju berpeluh2 dlm beg plastik lama2. dah bersih dan kering bole lah pakai lg utk berbasikal pulang ke rumah. mengurangkan beban bawak pakaian ekstra. gitteww.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor posted on 28-11-2014 06:39 PM
Masalahnya tak semua pejabat ada tempat mandi.
Ko nak dorang mandi dalam tandas pejabat kaa...? : ...

Tu sbb kat opis kena ada almari baju. Stok simpan baju keja.. Hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.043463 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list