CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 97636|Reply: 783

[Jenayah] TERKINI:Gadis Cantik DiToreh Muka Sempat Berteriak Meminta Tolong UPDATE Pg28

[Copy link]
Post time 1-12-2014 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Gadis Di Toreh Muka : Nur Shafiqa Sempat Berteriak Meminta Tolong





Pasir Puteh : Satu kejadian samun dan rompak telah berlaku di Lot 1195, Sentosa, Wakaf Berangan Sri Aman Pasir Puteh kelantan.
Kejadian itu berlaku pada jam lebih kurang 1.40 petang yang mana telah disahkan oleh bilik Gerakan IPD Pasir Puteh Kelantan telah menerima panggilan telefon daripada talian 999.
Siasatan awal yang dibuat oleh pihak Polis dirumah mangsa didapati pada masa kejadian tersebut terdapat 3 org berada dirumah iaitu mangsa Hat Tema Bt Mat Zin, 58 tahun (Ibu), Nur Shafiqa bt. Lah, 22 tahun(Anak) dan Nur Shafatini bt. Lah, 18 tahun (Anak).
Saspek 2 lelaki melayu menaiki motosikal dan telah masuk kedalam rumah tanpa membuka topi keledar yg mempunyai penutup depan (Visor) manakala seorang saspek telah menendang pintu bilik air yg mana di dalamnya mangsa Nur Shafiqa sedang mandi. Baca SINI

Setelah pintu terbuka saspek telah tarik mangsa ke ruang tamu rumah dan mangsa dapati emak Mangsa (Hat Tema) sedang terbaring di ruang dapur rumah.

Kemudian mangsa Nur Shafiqa telah diminta oleh salah seorang saspek untuk mencabut sebentuk cincin yang sedang dipakai oleh mangsa iaitu IBU Nur Shafiqa (Hat Tema) yang sedang terbaring dilantai itu.

Nur Shafiqa kemudiannya telah dibawa masuk ke dalam salah satu bilik dan saspek telah mengambil satu telefon bimbit miliknya jenis iPhone 5 (S).

Semasa didalam bilik itu juga Shafiqa telah melihat saspek membuka seluar dan pada anggapannya dia akan dirogol oleh penyamun tersebut namun saspek pakai semula seluar apabila saspek yang kedua yang berada diluar bersama dengan ibu mangsa memanggilnya.

Saspek pertama terus keluar dari bilik dan kemudian masuk semula kedalam bilik serta menumbuk muka mangsa dan toreh muka mangsa dengan pisau kerana mangsa melawan.

Saspek kemudian keluar dari bilik dan seterusnya Nur Shafiqa terus kunci bilik dari dalam dan kemudian berteriak ikut tingkap untuk minta bantuan. Saspek dipercayai melarikan diri apabila mendengar mangsa berteriak meminta bantuan.

Pada masa yang sama adik mangsa iaitu Nur Shafatini turut berada didalam rumah. Adik mangsa berada dalam bilik berlainan pada ketika itu dan telah bersembunyi dibawah katil ketika saspek tendang pintu bilik.

Walaubagaimana pun beliau tidak nampak saspek yang masuk kedalam rumah mereka. Nur Shafatini kemudiannya telah menghubungi talian 999 bagi meminta bantuan dari pihak polis dan juga ambulan.

Setelang Polis dan ambulan tiba serta membawa kedua-dua mangsa Hat Tema dan Nur Shafiq telah dibawa ke Hospital Tengku Anis bagi menerima rawatan dan akan dirujuk ke HUSM utk rawatan lanjut.

Hat Tema mengalami cedera luka pada bawah mata sebelah kanan dan luka kesan ditoreh pada pipi sebelah kiri kerana telah melawan 2 orang sapek (penyamun) manakala Nur Shafiqa mengalami kecederaan pada dahi sebelah kanan dan pada bibirnya. SINI

Barangan yang telah disahkan hilang adalah barang kemas sebentuk cincin, seutas gelang tangan, telefon bimbit iPhone 5S warna putih.

Saspek utama 2 orang lelaki yang memakai topi keledar serta mempunyai bentuk badan kurus dan kenderaan yg digunakan saspek tidak dilihat.
Semasa kejaidan itu saspek bercakap dalam bahasa melayu dialek Kelantan dan muka saspek tidak dapat dicamkan kerana memakai topi keledar dengan penutup visor gelap.
Sementara itu pihak POLIS telah membuat siasatan ditempat kejadian dan Rajah kasar tempat kejadian itu telah dilakar serta gambar tempat kejadian juga telah dirakamkan dan juga kesan kecederaan mangsa.
Pihak Polis dengan Bantuan D8 telah dipohon untuk mengesan lokasi telefon bimbit mangsa dan anggota JSJ & JSJN telah diarahkan utk mengesan saspek terlibat.
Kes ini telah di Klasifikasi dan dicadang dibawah seksyen 394 Kanun Keseksaan.

[size=0.7em]Nur Shafiqa Binti Lah, 22








http://beritapantas92.blogspot.com/2014/12/gadis-di-toreh-muka-nur-shafiqa-sempat.html


Last edited by GhostWalking on 5-12-2014 12:11 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2014 12:42 PM | Show all posts
Alahai Sayang cantik budak ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:43 PM | Show all posts
cantik orangnye..

aduss..kesian..
dah merompak, sibuk plak nak menoreh anak orang..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:43 PM | Show all posts
cantek nye..
but pity on them..

semoge penjenayah dpt diberkas segera..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:43 PM | Show all posts
siannya.. muka cun budak nihh.. kena toreh.. ngerinya...
nak amik cincin, tepon pun, xyah la smpai cedera2 kot.. semua dlm umah tu pempuan jer..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:49 PM | Show all posts
kurang ajo punye perompak
harap2 dapat ditangkap cepat. susah plak nak cam sbb pakai helmet bertutup muka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2014 12:50 PM | Show all posts
kurang ajo punye perompak
harap2 dapat ditangkap cepat. susah plak nak cam sbb pakai helmet bertutup muka.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:51 PM | Show all posts
Dah bertunang.. Nasib baik tak kena rape
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2014 12:51 PM | Show all posts
kurang ajo punye perompak
harap2 dapat ditangkap cepat. susah plak nak cam sbb pakai helmet bertutup muka.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:53 PM | Show all posts
mat fit kot ni. kalau di bawah pengaruh dadah mmg penjenayah jadi kurang ajar lain macam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:54 PM | Show all posts
ishh..ishh...kena heret masa tengah mandi...pakai apa lar waktu tu agaknya... sempat ke tak pakai baju masa tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mabuk pil kuda laa ni nakharom beghuk mat yeh tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:59 PM | Show all posts
kelantan ada org gila. akak kena tipu dekat masjid tanah merah, bila tanya ore kelate org tipu akak rm20 tu mmg dia duduk masjid n pau orang luar.

walhal balai polis depan masjid tanah merah, dan pejabat agama di  koridor kaki lima masjid. maaflah , sebahagian kecil orang kelate ni suka buat perangai gedebe pau orang luar.

siapa nak pergi kelate mohon jgn ramah mesra sangat. takut kena pau atau samun. kebanyakan yang suka pau ni org tua .

kebanyakan jenayah samun rompak rogol ni yang makan dadah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 01:02 PM | Show all posts
Ya Allah..kesiannya..
knpa nak toreh2 muka dia..sayangnya..
ambil je la apa yg ko org nak..
sial btul perompak ni.. Last edited by haryatie on 2-12-2014 07:57 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 01:07 PM | Show all posts
Aku sanggup .. abe sanggup.. uduh lagi mane pung abe sanggup.. kecantikkang tu hanye pinjamang, yang kekal tu persepahamang dan kasih syang sesama mukmin.. Last edited by Loxlaxman on 1-12-2014 01:09 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 01:09 PM | Show all posts
haryatie posted on 1-12-2014 01:02 PM
Ya Allah..kesiannya..
knpa nak toreh2 muka dia..sayangnya..
ambil je la apa yg ko org..

geram punyer pasal la tu...cun sgt...

rasa nak gigit jer...





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2014 01:11 PM | Show all posts
cantik putih gebu
mujur tak kena rogol
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyamun ni dengki apa smpai toreh2 muka? Patutnya cantik mcm tu xsmpai hati nk robek2. Kesian kt mangsa & famli xpepasal trauma
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
tak sanggup aku bca hbis. ngeri doe!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 01:26 PM | Show all posts
mcmane org x bunuh perompak..jahat nok mampussss...........................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.094190 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list