CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3334|Reply: 5

Cerpen - Ain

[Copy link]
Post time 5-12-2014 01:21 AM | Show all posts |Read mode
Bau habuk melekat kuat menusuk hidung aku. Segera aku menerkup hidung dan mulut dengan tudung. Aku agak sudah 3 bulan bilik hostel ini tidak berpenghuni. Bilik hostel ini kemas tersusun, dilengkapi 2 katil bujang, 2 almari dan 2 meja tulis dan pastinya aku tidak keseorangan dalam bilik ini kerana katil disebelah kiri sudah ada bagasi diatasnya. Ada orang sudah tiba dulu dari aku tetapi tidak nampak pula kelibatnya. Aku melabuhkan punggung diatas katil kosong yang tidak bercadar. Melihatkan persekitaran bilik yang bakal aku diami ini nampak selesa, bilik air pun sebelah bilik saja dan yang paling penting hanya perlu berjalan 5 minit saja dari hostel ke kampus. Tuah seorang freshie mungkin. Letih mengangkat beg sebentar tadi masih tidak hilang. Tanpa sedar aku merebahkan badanku diatas katil sambil memandang kipas siling yang berputar. Fikiranku khayal melayang kerana letih dan mengantuk. Perlahan mataku terpejam.

*************************************************************

Aku terjaga secara tiba-tiba. Mataku lantas memandang jam tangan. Sudah pukul 7.00 petang! Dan aku masih berbaju kurung dan bertudung yang aku pakai dari pagi tadi. Mataku tertangkap dikatil sebelah, ada gadis duduk memerhatikan aku. Berambut sederhana pendek, ber T-shirt hitam dan berseluar pendek paras peha. Cantik dan putih orangnya. Aku yang masih blur tidak tahu mahu membuat reaksi apa didepannya.

"Selamat pagi." ujarnya sambil ketawa kecil. Suaranya serak basah. Aku hanya tersenyum kambing saja mendengar sindirannya.
" Sorry saya terlelap,sebab letih sangat agak." Aku memulakan bicara. Dia hanya tersenyum dan kemudiannya menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Ain." ujarnya pendek. Aku membalas salamnya dengan menyebut namaku. "Zira."

************************************************************

Selepas selesai mandi dan mengemas barang-barang aku, aku ambil peluang untuk kenal lebih rapat dengan Ain. Orangnya periang, banyak cakap, suka bergurau dan yang paling jelas karakternya agak boyish sedikit. Sebelum ini pun aku ada berkawan orang seperti Ain, jadi tidaklah kekok sangat. Jurusan yang dia ambil di universiti ini memang tidak sama dengan jurusan yang aku ambil, Ain pelajar jurusan seni lukis dan seni halus dan aku pula jurusan akaun. Walaupun kami berbeza jurusan, tetapi ada banyak perkara yang kami sama-sama suka terutamanya dari segi muzik dan filem.Dari sini aku dapat simpulkan bahawa Ain ialah seorang roomate yang sangat best!

" Kau dah ada boyfriend?" tiba-tiba soalan itu terpacul dari mulut Ain. Aku terdiam seketika, kemudian ketawa terbahak-bahak. Aku pun tidak tahu apa yang kelakar sangat dengan soalan itu sampai aku ketawa. "What so funny?" tanya Ain lagi.

" Single lagi la awak,  dah 2 tahun dah hidup solo." Aku jawab tanpa selindung. Bila soalan ini terbangkit, automatik aku akan teringatkan dekat ex-boyfriend aku dan secara automatiknya juga aku naik meluat mengenang kembali cerita silam.

" Awak?mesti dah ada boyfriend kan?" Aku terus menukar haluan soalan kearah Ain pula.

" Ewwww, aku tak minat lelaki lah." Jawab Ain. Aku terkejut mendengar jawapan dari mulut Ain. Sesuatu tanggapan sudah muncul dikepala.

" So awak minat perempuan?" Aku bertanya untuk kepastian yang jelas. Ain hanya mengangguk. Aku menelan air liur yang kelat. Ini kali pertama aku berdepan dengan situasi janggal begini. Orangnya cantik, berkulit putih dan berbadan ramping tetapi tidak minat dengan gender yang digelar lelaki. Entah kenapa aku rasa sangat rugi dalam situasi begini.

" Jadi awak ada girlfriend ke?"

" Ada. Dia sama course dengan aku, tapi tua setahun je." Jawab Ain berterus-terang. Bulu tengkuk aku makin meremang bila dengar. Aku terdiam seketika bila mendengar pengakuan Ain. Ain memandang aku, lalu tergelak kecil sambil menggelengkan kepala. Melihatkan reaksi Ain, aku mengandaikan dia hanya bergurau.

" Jangan risau la. Kau anggap je aku ni macam perempuan normal. Aku lesbian hanya kearah perasaan je, bukan seks. So jangan la dalam bilik pun kau nak bertudung pulak." Terang Ain sambil ketawa. Mendengarkan jawapan darinya, aku sedikit lega, tetapi masih pahit untuk menelan yang roomate sendiri seorang lesbian. Mungkin masa saja dapat menghilangkan rasa pahit ini.

" So memandangkan awak ni ada perasaan terhadap wanita, sila bagi rating dari 1 sampai 10, sejauh mana hotnya saya?" Sengaja aku bertanyakan soalan bodoh untuk memecahkan suasana janggal sebentar tadi. Ain memandang aku dari atas hingga ke bawah.

" 9/10." Ujar Ain.

" Really? kenapa tak bagi je 10/10 terus?"

" Kalau dada kau tu montok sikit aku bagi 10/10." Jawab Ain sambil ketawa besar. Mukaku terus merah padam sambil menerkup buah dada aku dengan tangan. Aku tidak semena-mena terikut Ain ketawa memecah kesunyian malam.

Bersambung....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2014 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
oh yeah,l detected.

Aku lesbian
hanya kearah perasaan je, bukan seks<<<< maksudnya dia ada perasaan kat gurl tapi bukan seks? Aik..mcm girl crush je..

Bila melibatkan perasaan, tarikan seksual  pun kena ada..
Itu yang saya baca ar dari blog plu.

Ada perasan-nafsu seks pun kena ada..hmmmm
Am i wrong here? . Lama tak pm saya kaakkk..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 10:10 AM | Show all posts
ada sambungan x?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
fatimz posted on 5-12-2014 02:10 AM
ada sambungan x?

Kan tt dah tulis bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 07:30 PM | Show all posts
cerpen yg tak klise but syg.tkde sambungan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 07:30 PM | Show all posts
Edited by Esmiria at 26-1-2015 11:32 AM

Dable…………
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.043509 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list