|
|
Untungnya lah dik non oi! Muda-muda lagi
dah dapat menjejakkan kaki ke pulau tercantik
di dunia. Mana lagi kalau bukan Pulau
Maldives.
Menurut sumber-sumber, anak Rozita Che
Wan sebelum ini telah memuat naik sekeping
gambar dengan seorang wanita yang
dipercayai kekasih hatinya dengan caption
“Maldives With Love”. Katanya foto tersebut
diambil di Embudu Village, Maldives.
Bagaimanapun, bila kami lihat laman
Instagram Ammar, foto tersebut telah pun
dipadam dan kini hanya terdapat sekeping
foto wanita bertudung hitam menghadap laut
dengan posing style #followmeto.
Ha.. Jangan cepat sangat buat spekulasi ya!
Kami rasa mereka bukannya pergi berdua
sahaja. Kalau anda masih ingat lagi, Che Ta
pernah mengatakan bahawa dia tidak sabar
untuk membawa Aaisyah Dhia Rana ke
Maldives.
Tetapi, setakat ini tiada pula foto di pulau itu
yang dimuat naik oleh Che Ta dan Zain
Saidin. Al-maklumlah, bila bercuti di pulau
yang sebegitu indah, mungkin mereka
mahukan sedikit privacy dan tidak mahu ‘ too
attached‘ dengan laman sosial kan? |
|