CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2182|Reply: 4

[Tempatan] Pengamal perubatan: Jangan terus haramkan ketum

[Copy link]
Post time 15-12-2014 04:10 PM | Show all posts |Read mode
Ketagihan ketum dikatakan semakin menular dalam kalangan remaja.
        KUALA KANGSAR - Pihak berkaitan perlu melakukan kajian terperinci terhadap potensi ketum dalam bidang perubatan dan tidak terus mengharamkannya kerana daunnya mempunyai banyak khasiatnya tersendiri.
        Cadangan tersebut dikemukakan pengamal perubatan, Dr Hashim Bujang yang berpendapat kajian secara menyeluruh perlu dilakukan bagi mengoptimumkan khasiat daun ketum.

        Pengharaman ketum tidak perlu dilakukan kerana ketagihan terhadap bahan tersebut tidak terlalu serius.

“Ketum sejenis pokok yang ada bahan kimia opiod lemah tetapi jika diambil dalam kuantiti banyak, ia akan membawa kesan sama seperti heroin dan morphine," katanya.

        Dalam pada itu, menurutnya, ketagihan ketum biasanya dalam kalangan penduduk luar bandar kerana ianya lebih mudah didapati di kawasan itu.

        "Kesan ketagihannya juga masih belum dapat dipastikan. Malah, tiada kajian saintifik yang mengkaji tahap kerosakan pada mental dan fizikal penagih ketum sebelum ini.

        Hanya sebab ketum ada bahan opiod, kita beranggapan kesan sampingannya sama seperti dadah,” katanya.

        Hashim berkata, beliau menaruh harapan terdapat pihak yang membuat kajian terperinci mengenai potensiketum dan menjadikannya sebagai ubat.

        Menurutnya, kajian yang dijalankan baru-baru ini berjaya menghasilkan ubat baru, iaitu Forxiga yang dihasilkan dari kulit pokok epal dan digunakan untuk merawat kencing manis.

“Daun ketum mengandungi opiod iaitu sejenis bahan kimia yang mampu merangsang otak, jadi tidak mustahil ketum boleh dijadikan sebagai ubat penahan sakit dan sedatif selepas pembedahan.

“Apabila ketum dikategorikan sebagai bahan larangan dan berbahaya, kita akan kehilangan sesuatu daripada ketum, terutama dari segi kebaikan dan sudut positifnya,” katanya.

        Pendapat sama turut pernah dilontarkan Yang Dipertua Pengasih, Datuk Mohd Yunus Pathi yang berpendapat kajian terperinci perlu dilakukan memandangkan daun ketum sudah lama digunakan sebagai ubat dan ia dikatakan memberi kesan baik kepada kesihatan manusia.

        Menurutnya, daun ketum mampu menghilangkan kebergantungan kepada heroin berdasarkan pemerhatian terhadap penghuni di rumah Pengasih.

        Menurutnya, penggunaan ketum dalam kalangan masyarakat perlu dikawal bagi memastikan tiada pihak yang menyalahgunakannya seterusnya memudaratkan kesihatan.

“Kalau ketum dibenarkan kerajaan, mungkin Pengasih akan menjadi badan pertama menggunakannya untuk detokfikasi.

        "Kalau ia terbukti sebagai ubat, kita akan gunakannya kepada penagih dadah," katanya.

        Beliau berkata, berdasarkan pengalaman kakitangan Pengasih, apabila seorang penagih heroin diberikan ketum, ia mampu menghilangkan ketagihan terhadap dadah berkenaan biarpun mereka tidak pulih sepenuhnya.

“Namun, penggunaan ketum ini adalah proses permulaan untuk mereka hilangkan ketagihan heroin.

        "Mungkin mereka juga akan pulih sepenuhnya jika betul caranya,” katanya.

        Dalam pada itu, isu penyalahgunaan ketum mendapat perhatian ramai pihak sejak kebelakangan ini, malah Adun Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim turut membawa isu tersebut pada sidang Dun lalu.


        [ARTIKEL BERKAITAN: Daun ketum diwarta bawah Akta Dadah Berbahaya]

        Menurutnya, pembabitan sebahagian pelajar sekolah menengah di daerah itu dalam gejala ketagihan ketum sesuatu yang serius dan perlu ditangani segera.

        "Berdasarkan tangkapan daripada 87 kes tangkapan, 14 kes pelajar ditangkap berumur antara 14 tahun hingga 18 tahun.

“Manakala 61 kes tangkapan yang dilakukan pihak berkuasa melibatkan mereka yang berusia antara 19 hingga 40 tahun iaitu golongan yang ditakrifkan sebagai belia,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/pengamal-perubatan-jangan-terus-haramkan-ketum-1.341865

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2014 10:35 AM | Show all posts
hisap gam pun ramai...
cuba wt cerita ttg tu....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 08:37 AM | Show all posts
if you want to buy or have a friend that needs medications without prescription, refer them to http://www.rcparmachemsolutions.com/
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 10:15 AM | Show all posts
Cukaikan, halalkan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 10:20 AM | Show all posts

itu je masalah utama pengharaman daun ketum.
bukan pasal ketagihan.
pasal menyesal tak cukaikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.317192 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list