CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1571|Reply: 1

[Dunia] Tersalah bakar mayat, harap maklum

[Copy link]
Post time 17-12-2014 10:14 AM | Show all posts |Read mode


Queens (New York): Mayat seorang wanita reput selepas disimpan selama setahun di dalam peti sejuk beku di sebuah rumah mayat di sini setelah pengurusan rumah mayat itu tersilap menyerahkan mayat kepada sebuah keluarga untuk dibakar.

Keluarga Leah Lehrer menyangka mereka menanam abu miliknya di tanah perkuburan di Queens, beberapa hari selepas wanita itu meninggal dunia 25 Januari lalu.

Tetapi, minggu ini, seorang penyiasat menemui mayat reput Leah di rumah mayat di Manhattan selepas berbulan berusaha mencari satu mayat yang dilapor hilang.

Penemuan itu yang dilaporkan media tempatan, mengesahkan mayat Rebecca Alper, 71, yang membunuh diri pada September 2013 dihantar untuk dibakar dan abunya diserahkan kepada keluarga Leah.

Bagaimanapun, pengurus rumah mayat dan pegawai kesihatan bandar tidak dapat memberi alasan mengapa mayat itu tidak dihantar untuk dibakar selepas tiga bulan, mengikut protokol yang ditetapkan bagi mayat yang tidak dituntut.

Kejadian itu mencetuskan kemarahan orang ramai dan mendorong siasatan dalaman ke atas Pejabat Pemeriksa Perubatan kerana ia berlaku selepas pihak berkuasa bandar membelanjakan AS$ 10.9 juta (RM38 juta) untuk membeli perisian baru bagi ‘menjejaki mayat.’

Pengurus rumah mayat menyedari kekeliruan itu Mei lalu apabila keluarga Rebecca bertanyakan mayatnya.

Ekoran itu, pegawai perubatan terpaksa menggali 300 kubur di Pulau Hart untuk mencari mayat Rebecca, tetapi tidak berjaya.

Kelmarin, mereka menyerahkan mayat Leah kepada keluarganya untuk dibakar.

“Kami meletakkan abu di dalam bekas, menanamnya dan mengadakan upacara kegamaan untuknya. Dia seolah-olah mati dua kali,” kata sepupu Leah, Joyce Liebman. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2014 10:45 AM | Show all posts
yahudi ek?????? tapi kenapa bakar????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.057540 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list