CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1942|Reply: 3

[Tempatan] Tiada DNA Babi Pada Tilapia Yang Heboh Di FB

[Copy link]
Post time 17-12-2014 12:54 PM | Show all posts |Read mode
TIADA DNA BABI PADA TILAPIA YANG HEBOH DI FB




LENGGONG - Hasil analisis sampel ikan tilapia dan baung yang diambil dari sebuah kolam ternakan di Redang Panjang, Selama, Perak disahkan tidak mengandungi DNA babi.

Exco Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, ujian itu dijalankan Makmal Jabatan Kimia di Petaling Jaya.

Bagaimanapun katanya, Jabatan Perikanan akan memantau kolam itu dan akan memasukkannya dalam program pemantauan DNA babi tahunan jabatan.

“Siasatan sebelum ini juga mengesahkan bahawa projek ternakan ikan tersebut tidak berdaftar dan difahamkan memulakan operasi pada Mei 2014.

“Malah, Pejabat Tanah dan Daerah Selama telah mengambil tindakan ke atas kedudukan tanah tersebut kerana melanggar syarat tanah di mana status tanah itu adalah untuk pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada majlis Penyerahan Bantuan Touch Point Tahun 2014 Daerah Hulu Perak di sini, semalam.

Saarani berkata, lokasi kolam tersebut yang agak terpencil dan terletak di kawasan bukit di Kampung Palong Tinggi menyebabkannya sukar dikesan.

Katanya, kawasan itu juga agak jauh dari jalan raya dan satu-satunya laluan masuk ke kolam tersebut adalah menggunakan jalan tanah merah sepanjang beberapa kilometer.

“Semasa siasatan dijalankan, penternak tidak mengaku memberi makan daging khinzir kepada ikan ternakannya dan memberitahu bangkai yang ada di situ adalah bangkai kambing yang diperoleh dari kawasan sekitar.

“Meskipun tidak ditemui dengan jelas penggunaan bangkai khinzir sebagai makanan ikan, penjelasan penternak agak meragukan.

Seterusnya, enam sampel ikan baung dan tilapia diambil untuk diuji,” katanya.

Awal Disember lalu, negara dikejutkan dengan penyebaran gambar dimuat naik dalam laman sosial mendakwa sebuah kolam ikan memberikan bangkai babi sebagai makanan ternakannya.

Rentetan pendedahan itu, beberapa agensi termasuk Jabatan Perikanan Negeri menyerbu kolam dimaksudkan yang terletak di Redang Panjang, Kubu Gajah.

Dalam serbuan itu, beberapa sampel ikan diambil untuk dianalisis bagi membuktikan wujudnya penggunaan bangkai babi dalam operasi kolam berkenaan.

www.utaranews.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2014 01:06 PM | Show all posts
Merempat, ternak untuk dieksport ke singapura. Lantak la kalo ada babi pun
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 01:09 PM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 17-12-2014 01:06 PM
Merempat, ternak untuk dieksport ke singapura. Lantak la kalo ada babi pun

Yang susah nya takut termasuk dlm pasaran malaysia juga...

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 01:33 PM | Show all posts
biasalah...hebuh kehulu hebuh kehilir dulu..masuk FB tweeter bagai..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45808 Replies : 54
Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPRM, seleweng RM4.2 juta
ultra78Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPR
Views : 19691 Replies : 18
tavel
fe.r.re.rto.ny4tavel
Views : 303 Replies : 0
travel
fe.r.re.rto.ny4travel
Views : 304 Replies : 0
travel
rhion.aa.bu.e.ntravel
Views : 707 Replies : 0
travel
rhion.aa.bu.e.ntravel
Views : 707 Replies : 0
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 20250 Replies : 40
Sedut lemak tak menjadi, wanita dakwa rugi RM39,000 jalani prosedur dipromosi pempengaruh media sosial
ultra78Sedut lemak tak menjadi, wanita dakwa ru
Views : 9910 Replies : 3
travel
pa.u.l.alju.r.htravel
Views : 1818 Replies : 0
travel
pa.u.l.alju.r.htravel
Views : 1717 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.628755 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list