CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6706|Reply: 20

Kisah seram tak berapa seram yang pernah aku lalui

[Copy link]
Post time 6-1-2015 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by girl7 at 6-1-2015 10:39 AM

Salam semua.  Sebab boring sangat baru tukar to new building, kerja pun takde sangat, so aku nak cerita pengalaman pengalaman misteri yang aku pernah kena.  Benda  ni semua start tak silap aku masa aku form 1..biasa la masa sekolah mesti ada buat camping ni semua kan. So aku yang memang suka extreme2 ni pun daftar la diri nak join skali camping tu.. kalau tak silap camping tu utk pengawas sekolah,pengawas pusat sumber and untuk semua pengawas yang ada kat sekolah tu la. Hehe.

Masa ni camping ni sekolah aku buat somewhere in Kepong.  Mesti ada yang dah dpt agak kat mana kann? Hehe.  Masa sampai tu mcm biasa la pacak khemah semua.. masa ni takde yang misteri lagi.. lepas dah siap setup khemah semua, cikgu bagi masa rehat before start aktiviti.  So masa ni la kawan aku sorang ni, aku bagi nama dia Mina la.  Mina dengan Hajar ni (dedua ni tido satu khemah dgn aku) dorang pergi lepak bawah satu pokok besar tepi tapak khemah tu.. masa ni aku still kat khemah kemas2 beg semua.. lepas tu masa aku otw nak join dorang lepak, si Mina ni boleh pulak bantai nyanyi lagu Ulik Mayang siap menari2 lagi tangan tu.. lepas tu Mina dengan Hajar ni boleh pulak gelak2 bila dah habis nyanyi lagu tu.. aku masa ni macam terdiamla, tapi aku ckp kat dorang ‘woi korang ni gelak2 plak, tak payah la nyanyi dah lagu tu’ (sebab aku memang rasa takut kalau dgr lagu tu huhu)

Lepas aku cakap mcm tu kitorang pun pergi la ready untuk start aktiviti semua. Sampaila bila waktu tido.. kitorang kan tido bertiga dalam khemah kan. Aku tido tepi belah kiri, Hajar tengah and Mina belah kanan.  Pastu aku terjaga sebab nak pergi toilet. So aku bangun and konon2 nak kejut la Mina ke Hajar ke ajak teman kan. Skali tengok ada Hajar je. Mina takde. Aku pun pelik la, mana pulak Mina ni.. dia join sentri ke. (Ok aku tak tau mcm mana nak eja sentri tu. Haha. Ala yang ada orang gilir2 jaga kawasan tu la.)  so aku kejut Hajar kot2 dia tau Mina pergi mana. Aku dengan Hajar dok angkat2 selimut kot2 Mina bawah selimut ke haha ok tak kelakar mcm la kecik sgt Mina tu, tapi dia takde.

Aku pun bukak khemah and jenguk luar. Badan still dalam khemah la, aku keluarkan kepala je. Tanya abang yang jaga sentri tu nampak Mina tak kot2 dia keluar pergi toilet ke ape. Abang tu cakap takde sape keluar pun pergi toilet.  The moment aku masuk balik kepala dalam khemah, pusing kat tempat Mina tido skali eh, ada pulak Mina ni.Hajar pandang aku, aku pandang Hajar. Dalam hati aku cakap, ha nyanyi la lagi lagu tu, bawah pokok besar plak tu, kan da kena sorok jap huhu.

So aku pun tak jadi nak pergi toilet, terus sambung tido balik dengan Hajar. Esok pagi tu aku dgn Hajar cerita kat Mina yang dia hilang mlm tadi pastu terus muka dia pucat.. banyak kali gak la Mina tanya aku dengan Hajar kenapa kitorang cakap dia hilang.. lepas kitorang cerita kat dia terus dia senyap..

Ok habis. Nanti aku sambung cerita lain pulak..tetiba nak kena masuk meeting pulak


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2015 10:49 AM | Show all posts
ok dik update lagi tau...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 10:50 AM | Show all posts
sambung lah cepat. sambung lah tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2015 12:16 PM | Show all posts
Okay meh nak sambung lagi.. kali ni masa form 4 pulak. Masa sekolah dulu aku join KRS.. and pangkat aku dalam KRS masa ni baru Staf Sarjan..so masa ni daerah sekolah aku nak buat ujian naik pangkat untuk Lans Koperal/Koperal. Disebabkan aku dah jadi Staf Sarjan, aku ditugaskan untuk menjadi facilitator.  Masa ni ujian naik pangkat  ni buat kat area Selayang.

Lepas dah sampai tapak perkhemahan, macam biasa daftar, kawad, and macam2 lagi yang mana aku pun dah lupa aku buat ape lagi masa tu.. sampai la bila dah tiba waktu malam, ada Operasi Burung Hantu(OBH). Masa ni faci ada lebih kurang 10 orang (dikalangan Staf Sarjan), and kitorang yang faci ni kena jaga line budak2 yang nak ambil ujian ni la..

Sebelum kitorang start OBH ni, Tuan KRS kitorang bagi password.. mula2 password dia ‘rumah mayat’.. sekali budak2 ni kecoh2 cakap kuat2. Kan macam konon2 password ni tak boleh bocorkan..so Tuan tukar password baru which is ‘hantu bungkus’. Ntah pape je password, aku cuak gak la masa tu walaupun aku faci hahah.

Lepas dah suruh budak2 line up, aku and lagi dua orang faci kena jaga line paling belakang.. tapi sbb aku mcm cuak2 gak, aku suruh member aku yang lagi dua orang tu duduk belakang skali..kira aku tiga dari belakang la.. dah line up semua, sambil tunggu Tuan kira bilangan peserta, mata aku melilau2 la.. masa tu tak masuk dalam hutan lagi..baru kat area tepi dewan kot?aku pun tak ingat sangat..

masa aku toleh kebelakang, ada few pokok pisang.. masa mata aku dekat pokok pisang tu, aku nampak macam kelibat. Sebab obvious sangat kawasan tu kan gelap, tetiba mata aku nampak something warna putih. Lepas tu aku boleh pulak pandang lagi kat area tu pastu korang tau aku nampak ape? Pocong!

Huwaaa masa tu aku dah keras. Taktau la tu khayalan ke ape ke tapi aku memang nampak susuk pocong tu.. terus aku pandang depan and diam.. member aku yang kat belakang tu tanya2 aku ok ke tak..
Sepanjang perjalanan tu aku diam je..sampai kat satu kawasan macam lapang sikit, masa tu Tuan bagi rehat dalam 5 minit. Eh sebenarnya bukan la OBH kan, dia mcm Night Walk je huhu.. masa rehat aku aku duduk dengan kawan aku yang belakang aku tu..lepas tu mata aku tetiba pandang kat atas pokok.. aku nampak ada kelibat melambai2..

Masa ni aku dah takut..and aku keep nampak kelibat tu masa aku jalan..sampaikan aku menangis..lepas tu salah sorang Tuan aku datang kat aku and baca2 something sambil pegang kepala aku..bayangkan la dari dalam hutan sampai ke base camp Tuan tu pegang kepala aku.. tudung takyah cerita la serabai macam ape dah huhu..

ada masa tu kitorang kena turun bukit sikit, sebab otak aku khayal fikir benda tu, aku boleh pegang n genggam batang pokok yang penuh dengan duri and selumbar.. bila kawan aku tegur baru aku lepaskan pokok tu.. diorang kata ada perkuburan orang asli masa kitorang lalu tu..tak sure la betul ke tak..

Lepas dah sampai balik kat base camp, haa kau. Barula aku rasa sakit tangan sebab pegang pokok tu.. Tuan panggil pergi kat dewan makan sbb nak tengok tangan aku, masa tu penuh selumbar kat tangan.. jenuh la Tuan tu tolong nak keluarkan selumbar tu.. tapi tu la.. aku tak tau la yang aku nampak tu sebab aku teringat2 password yang tuan tu bagi or memang betul benda tu..  

Lepas ni aku sambung cerita yang memang aku rasa tak boleh nak lupa kot hehe.
Adiosss nak lunch duluuu
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 01:56 PM | Show all posts
wheewww aku mmg pantang ngn si incik poc...g nih. arghhhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 08:28 PM | Show all posts
TT sibuk punggah barang ke? lom hapdet lagi ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2015 06:11 AM | Show all posts
bdk pompuan apatah lagi masih bersekolah x elok membahasakan diri AKU.. x manis gittew
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 09:38 AM | Show all posts
cat_miow replied at 7-1-2015 08:28 PM
TT sibuk punggah barang ke? lom hapdet lagi ni

huhu busy dengan intake baru nak masuk minggu depan.. jap lagi try post satu cerita kalau sempat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2015 09:39 AM | Show all posts
Ferr_Remy replied at 8-1-2015 06:11 AM
bdk pompuan apatah lagi masih bersekolah x elok membahasakan diri AKU.. x manis gittew

haha konon2 acah2 bercerita dengan kawan la ni.. baru feel.. kang saya saya baku sangat rasa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 10:31 AM | Show all posts
Okay kali ni cerita masa aku form 4 pulak.. still lagi cerita kat masa camping hehe.. masa ni KRS nak buat ujian naik pangkat ke Pegawai Waran pulak.. so aku dengan geng2 KRS yang berpangkatkan Staf Sarjan ni pun join la camping ni.. camping ni campur daerah and ada untuk budak sekolah rendah jugak.. so memang ramai la sbb bercampur sekolah rendah and sekolah menengah.. again kitorang yang Staf Sarjan ni ditugaskan untuk menjadi faci.. masa ni camping ni area Hulu Langat.  

Masa mula2 sampai kitorang kena beratur ikut sekolah/daerah.. aku tak ingat sangat..huhu.. so bila dah beratur ni, ada sorang junior sekolah aku ni mulut mak aihh celupar gila.. dia boleh cakap ‘aku teringin nak tengok hantu kat sini.. berani ke tak diorang nak keluar’ kau boleh?? Gila punya budak tetengah hutan cakap mcm tu.. ramai la masa tu marah kat dia kata jgn celupar sgt mulut tu..

So lepas briefing, dah pacak khemah semua, sambung buat aktiviti.. masa ni semua macam biasa lagi.. sampai la masa maghrib.. kena solat jemaah kan.. kebetulan pulak masa ni aku satu saf dengan budak yang mulut celupar ni tadi.. tengah2 solat ni, tetiba ada satu kelibat putih melintas laju depan kitorang. Automatic kitorang yang satu saf ni toleh ikut tengok kelibat tu.. kelibat tu hilang atas pokok tepi tempat kitorang solat.. dah sah2 la batal solat huhu.

Masing2 tertanya2 (dalam hati jela sebab yang lain still tengah solat)  ape bende tu.. burung ke. Tapi macam besar.. terdiam semua.. lepas dah habis solat ha kecoh la satu saf yang nampak tu ape ke benda yang terbang depan kitorang tadi.. semua salahkan budak mulut celupar tu sebab tak jaga mulut.. haha. Aku tak ingat ape reaksi budak tu masa tu..

Malam tu takde benda pelik la jadi.. benda tu jela.. sampai la malam keesokannnya.. macam biasa bila camping mesti ada malam budaya kan.. so masa budak2 ni busy berlatih untuk persembahan, kitorang yang faci ni berlegar2 la tengok budak2 ni.. masa ni kitorang bahagikan ke dua kawasan.. budak sekolah rendah berlatih dekat area dewan.. yang sekolah menengah berlatih kat area tar/tempat kawad.

Tengah2 tengok budak2 ni berlatih, datang satu Tuan KRS aku panggil aku.. dia suruh kumpulkan semua Staf Sarjan sebab ada briefing untuk ujian Pegawai Waran tu.. so aku pun gerak la pegi cari member2 Staf Sarjan semua.. dalam kepala aku nak cari Shima dulu, dia memang kira bestfriend aku dalam KRS even kitorang lain sekolah… tapi setiap kali camping kitorang mesti akan tidur sekali.. cari punya cari aku nampak Shima tengah duduk atas kerusi tengah tengok budak sekolah rendah punya persembahan..  masa tu Shima duduk sorang2, dalam jarak 10 langkah camtu ada cikgu2 sekolah rendah duduk sembang2 tengok persembahan..

so aku terus pegi kat Shima, aku tegur  dia, ‘weh, jom. Tuan panggil, nk briefing’.  Tetiba shima tu cakap ‘jangan dekat dgn aku, jangan dekat dengan aku (suara dia lain gila masa ni, macam garau2 tapi still boleh dengar suara shima yang macam biasa..eh mcm mana nak explain ek.harap korang faham la huhu).  Pastu aku blur lagi, aku cakap, ‘cepatla wehh, nak cari orang lain lagi ni..’ lepas aku cakap macam tu badan Shima tetiba lurus tapi still dia duduk atas kerusi..kaki semua dah melunjur straight gila la badan dia. Macam kejang camtu.. sambil dia pandang aku, dia cakap dgn suara garau dia ‘jangan dekat dengan akuuuuu!’ ha kau, masa ni suara dia kuat sampai budak2 sekolah rendah yang buat persembahan pun dengar. Kelam kabut budak2 tu berhimpit2 sebab takut..

By the time Shima jadi camtu, datang lagi member Staf Sarjan kitorang, Qayyum. Qayyum ni aku rasa dia pandai la kot benda2 camni, terus dia baca2 sambil pegang kepala shima.. shima genggam tangan aku kuat gila. Padahal dia kurus tapi cara dia genggam tu mak aii, nak tercabut tangan rasa.  Masa kitorang kelam kabut nak tolong Shima ni, boleh pulak cikgu2 kat tepi tu buat taktau. Masa tu macam bengang gila eh korang tak nampak ke ape jadi ni.. lepas Shima dah makin agresif dia tendang2 orang, baru la cikgu2 tu nak datang tengok ape jadi..

Kitorang decide nak angkat Shima bawak ke pejabat biar ustaz ubatkan dia dalam tu.. sepanjang kitorang angkat dia tu, badan dia keras kejung tu.. masa tu takut takyahh cakap la sebab tengah2 hutan, dia pulak taknak lepas2 tangan aku.. bila dah letak dia dalam pejabat dengan ustaz and lagi dua tiga orang cikgu, yang lain ni kena berkumpul dekat tempat kawad/tar tu.. semua persembahan stop.. kitorang kena baca yasin.. ada ustaz yang lead kat depan and kitorang kongsi2 la yasin yang ada kat surau tu..

By the time tengah baca ni, aku tengah nangis sebab aku lemah semangat kot rasanya hahaha. Sebab risau kat Shima pun ye.. ada yang tenang2kan aku.. tapi badan aku sampai menggigil and diorang decide bawak aku pegi kat pejabat tu.. masa otw ke pejabat tu, ada dua cikgu iring aku papah kiri kanan sebab kalau lepas aku memang lembik jatuh.. masa nak ke pejabat tu, tetiba kitorang dengar satu hilaian yang panjang n kuat gila.. aaaa lagi la aku nangis hahah. Sementara nak tunggu ustaz tu habis ubatkan Shima, cikgu2 ni baca ayat kursi tepi telinga aku and suruh aku baca skali.. so aku mcm tenang sikit..tapi badan still menggigil..

Lepas ustaz dah habis ubatkan Shima, dia datang kat aku and jerit ‘hah, ape lagi kau buat kat sini, pergi balik!’.  Pastu aku macam blur.. balik mana? Takkan aku nak kena balik malam2 camni..ustaz tu tepuk belakang aku tiga kali camtu, kuat gila, tapi aku tak rasa sakit.. pastu dia cakap, ‘dah,dah takde ape.dia dah pergi’.. so maybe masa tu benda tu ada kat belakang aku la kot kan? Haha

Shima pun dah ok, dia siap boleh riang ria lagi.. aku plak yang lembik.. malam tu Tuan cakap Shima tak boleh tidur dgn aku, sbb dia kata aku lemah semangat, takut benda tu datang balik.. aku tak ingat la tidur dgn sape masa tu..tapi memang ustaz tak bagi kitorang dekat haha.

Siang tu pulak ada aktiviti flying fox.. macam biasa kitorang yang faci2 ni punya turn mestilah yang last sekali haha.. masa tengah tunggu turn tu, kan area hutan2 kan.. kitorang lepak kat bawah satu pondok/gazebo.. salah sorang faci tu nampak ade satu pokok pisang, dia kan ada banyak daun kan.. tapi ada satuuu je daun yang bergerak mcm orang pegang daun tu and hayun2. Yang peliknya satu daun tu je yang bergerak gila2 babeng.. dia bagitau kitorang, semua terus pandang tempat yang dia cakap tu.. memang nampak daun tu mcm kita pegang and hayun2 camtu.. tapi sebab siang kan, semua macam cool la padahal… haha.

Bila dah sampai turn kitorang main flying fox, ada sorang lagi faci ni, Zahin, kena cakar kat lengan.. masa turun dari flying fox tu takde ape2 pokok pun yang menghalang perjalanan.. bila Zahin dah touch down, dia kata’ tangan aku pedih la..’ skali bila tengok, ada kesan cakar tiga line panjang..mcm  kena cakar dengan kuku tajam.. masa tu semua keras je haha. Nasib baik ada Tuan kat situ, so semua rasa terselamat la.. cuba kalau kitorang je, mau lintang pukang lari..  

Haaa, habis.. sebenarnya macam panjang lagi.. tapi mana yang tak berkenaan tu aku cut cut je la hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 11:58 AM | Show all posts
hahahah terbaek citer TT ni. banyak kan pengalaman kene benda2 camni masa camping kat sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 11:59 AM | Show all posts
tq for the hupdate........

chaiyok...... kalau ada nak lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
angahsmart replied at 8-1-2015 11:58 AM
hahahah terbaek citer TT ni. banyak kan pengalaman kene benda2 camni masa camping kat sekolah.

Tau takpaaaa. Mmg banyakkk cerita..tapi tak serik serik nak pegi camping hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
cat_miow replied at 8-1-2015 11:59 AM
tq for the hupdate........

chaiyok...... kalau ada nak lagi

Ada lagi..nnt esok kalo tak busy ada la cerita lagi hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2015 10:36 AM | Show all posts

As salam…  nak tumpang cerita.. (saya kakak kpd Girl7, pinjam id dia sat. hihihi…)

Kisah ni berlaku pada tahun 2001. Saya ikut family member baik ni pegi berkelah kat PD. Tau je la kalau dah bersuka ria, sedar2 dah lewat ptg.. saya & member (nama dia Suzie) nak pergi la mandi kat toilet awam tu. Toilet tu ada 2 bahagian.. belah kiri toilet baru, belah kanan yg dh lama. Tapi tak jauh pun jarak dia, lbh kurang 2-3 langkah je. Kat toilet baru tu punya la ramai tgh beratur tunggu turn, kami malas nak tunggu sbb dah dgr azan maghrib decide pegi mandi kat toilet lama tu. Kat toilet tu takde lampu, tp tak la terlalu gelap sebab cahaya dr toilet baru tu ada. Keadaan situ agak kotor la, tuala wanita slumber badak je org buang dlm longkang. Nak dijadikan cerita, saya masuk toilet no 2, Suzie masuk toilet no 4. Kiranya tgh2 tu kosong la, takde sape guna. Tgh mandi tu.. tiba2 saya dengar suara budak perempuan baca sifir 9. Tp sayu je dengar.. saya tak fikir apa pun.. ingat ada budak2 kat belakang toilet tu ke.. pastu tiba2 dgr dia meracau “ayah.. tak nak ayah.. tak nak ayahhh” mcm ala2 tengah protect diri. Nyaring la jugak suara dia. Saya dah pelik, tp still fikir positif.. agaknya kena marah kot kat luar tu. Lps tu saya panggil Suzie, tanya dia nak syampoo tak. Sekali, suara budak yg sama menjawab “ Tak nak!” saya ulang tanya balik, “Suzie, nak syampoo tak?” Budak tu jugak yg jawab “tak nakkkk” saya dah bengang dah.. main2 pulak budak ni.. Tgh bengang2 tu, tiba2 pintu bilik air saya kene ketuk sekuat-kuatnya. Rupanya Suzie, kelam kabut panggil suruh saya keluar. Saya bukak pintu, cepat2 dia tarik tgn saya ajak keluar. Ingatkan saya sorang rasa semac am, rupa2nya dia pun sama.. muka dia dah pucat. Sebab jarak antara toilet lama & baru tu tak jauh, kami tanya kat org yg ada kat situ.. ada dgr suara budak perempuan menjerit2 tak. Semua ckp takde dgr apa2. Kami beria yakinkan org kat situ, ada suara budak perempuan jerit2 td. Tp diorg buat muka pelik, ckp takde. Saya & Suzie masing2 dah tak sedap hati.. terus beratur sambung mandi kat toilet baru tu. Tak berani dah masuk toilet sorg2, terus masuk 1 toilet 2 org. hehehe… Settle mandi tu, kami teruskan perjalanan blk kg Suzie di Melaka. Tp masing2 mcm org bingung, diam je dlm kereta. Sampai kat kampong, minta sorg Ustaz tu buatkan air pulih semangat. Ustaz tu ckp memang kitorg kena tegur..

Habis kat situ cerita hari tu… esoknya balik ke KL semula. Family Suzie pun hantar saya balik ke rumah… Malam selepas saya blk dr Melaka tu, tgh saya tidur, tiba2 saya terjaga sebab dengar bunyi basikal roda 4 dlm bilik. Saya & adik no. 2 tidur dlm bilik master bedroom, mak ayah & adik2 lain tidur kat bawah. Master bedroom tu memang besarrrr. Setakat basikal budak2 yg roda 4 tu memang lepas la nak main. Memang jelas bunyi basikal tu ulang alik dlm blk hujung katil saya. Tp nak buka mata tak berani.. sebab saya terfikir, tak kan la adik saya yg kecik tu nak main basikal tgh2 mlm. Lampu bilik pulak tutup.. lps tu rasa2 basikal tu ada kat bawah.. mana larat dia nak angkat bawak naik atas.. tgh2 saya dok fikir sambil tutup mata tu, rasa selimut saya kena tarik. Ah sudah… saya tarik balik naik ke atas.. dia tarik blk turun bwh selimut tu. Smpai la 2-3 kali main tarik2, last2 saya pegang tak lepas selimut tu. Dia pun tarik tak lepas.. rasa la kain selimut tu mcm tegang.. saya still tak bukak mata, tp curious nak tau sape yg main tarik2 selimut ni. Last2 saya tekad nk bukak mata nak tgk. Buka2 je mata.. saya Nampak lembaga lelaki berdiri di hujung kaki sebelah kiri saya. Kepala botak, mata tajam pandang saya, sambil senyum dgn muka garang. Yg menakutkan, kepala dia ada kat tepi leher.. huhuhu… ada la kot dlm 4-5 saat saya pandang dia. Pastu terus saya tutup mata blk. Cuba nak menjerit, tp suara tak terkeluar. Last2 saya ulang2 je baca ayat Kursi.. tp tu pun dah tunggang terbalik baca. Dah tak fikir ape dah.. terus baca & baca smpai saya tertidur. Bgn esok pagi, terus terbayang blk apa yg jd tgh mlm tu.. 1st time kena camtu, buat saya terfikir betul ke mimpi.. tp hati mmg kuat ckp benda tu betul2 terjadi, bukan mimpi. Tekak saya rasa kering bgn pg tu.. bdn rasa letih. Walaupun lbh 10 thn dah, apa yg jadi & muka lembaga tu saya masih blh ingat dgn jelas. Lps je kejadian tu, saya senang rasa kalau2 ada kehadiran “makhluk” lain tu..

nnt ada masa cerita yg lain pulak. sekian, terima kasih. hehehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2015 01:03 PM | Show all posts
Hai semua, salam jumaat.  Hari ni nak cerita kejadian setahun lepas, masa aku buat degree.  Patutnya nak cerita kejadian masa sekolah dulu, tapi tak ingat sangat sequences dia.. so sementara tengah ingat kisah yang ni, moh ler kita..

Masa ni dalam pukul 5 lebih ke 6 petang.. tak ingat sangat pukul berapa tapi lewat petang la.. kitorang ada kelas mandarin.. nak pulak masa tu kelas kitorang je yang ada kat level tu, kelas lain semua dah habis.. masa mula mula kelas okay je takde ape semua. Belajar la sebut perkataan mandarin semua.. lepas tu laoshi bagi homework suruh buat.. kitorang pun gigih la ni siapkan sebab dia nak bincang lagi 15 minit camtu.. aku duduk kat lane tengah, meja tengah2. Tengah tulis tulis, tetiba meja aku tertolak ke depan. Aku ingat member sebelah yg main sepak sepak meja. Aku pun sambil toleh cakap la ‘apehal kau….’ Terberhenti terus ape aku nak cakap.  Member aku yang duduk kat belah belakang jatuh rupanya. Dia bangun nak pergi toilet, tengah2 jalan dia rebah. jatuh pulak kat tepi meja kitorang, so tertolak la meja kitorang tu..

Kelam kabut la kitorang ni bangun nak tolong angkat dia.. bawak ke kelas sebelah sebab kelas kitorang tu padat dgn students.  Kitorang just bukak connecting door tu je lepas tu baringkan dia kat atas meja.  Dia macam ala2 lemah ke pengsan ke camtu la. Kitorang bukak tudung dia, lepas tu bagi air la, bagi coklat la, sapu minyak angin la kat dia kot2 dia pitam ke ape.. dia minum ada la mcm seteguk camtu, tapi mata tertutup, pastu mcm resah gelisah tu.  Kitorang ni pun keliling la kerumun dia, sorang picit kepala, picit tangan kaki semua cukup la..

Tetiba salah sorang antara kitorang ni cakap, ‘korang jangan urut kosong je, baca baca sikit’. Huwaa time ni aku dah lain macam, ada ke ni.. kitorang pun sambil picit sambil baca ayat kursi.  Lepas tu macam tak elok elok jugak, kitorang decide utk panggil pakgad and call ambulans bawak gi hospital je.

Nak dijadikan cerita, masa ni laaaaaa pakgad ni takde. Selalu tu bersepah sepah kat bawah fac. Oh masa ni kelas kitorang kat level 10.  Puas dah pusing melilau tak jumpa pakgad. Ok takpe. Kitorang call ambulans kampus nak mintak suruh dating ambik kawan kitorang ni. Dorang ni pun satu hal. Main pass pass call kitorang. Kejap orang tu kejap orang ni. Eh sakit gila hati masa ni.  Dah jadi camtu kitorang kata takpela, kita bawak sendiri je pergi hospital.  

So member pegi amek kereta dia kat tempat parking tu.. dah la dekat 10 minit nak jalan pergi kat kereta. Kitorang yang lain ni pun nak bawak la turun member yg dah pengsan ni.  Aku bagi nama yang pengsan ni Lina la eh.  Masa nak bawak Lina ni turun, mak aiii, berat gilaa. Padahal dia kecik dan kurus je.  Dekat 10 orang dok mengangkat dia ni.. terkedek kedek la kitorang ni angkat.  Dah masuk lif, lif taknak tutup pulakkk. Ada la dekat 5 minit dia terbukak je.  Kitorang ni dah la berat angkat Lina ni, lif pulak buat hal.

Sambil tekan butang close sambil baca bismillah, dari takut dah jadi marah masa tu. Last2 lepas dah tiup tiup (haha) baru lif nak tutup.  Dah sampai bawah, member yg pergi amek kereta tu tak sampai sampai lagi, so kitorang letak Lina atas meja. Kebetulan ada meja kat situ, sebab ade kelab buat pendaftaran ape ntah. So kitorang main letak je lagipun dorang pun dah tak guna meja tu.. masa ni sempat suruh sorang dua lari pegi surau kat belakang tu ambil yassin.  

Sementara tunggu kereta, aku pegang tangan kanan Lina ni. Fath pegang tangan kiri dia. Kitorang baca ayat kursi. Tetiba dia menderam deram. Whoaaa cuak kitorang. Masa tu orang yg lalu lalang pandang2 kitorang, ada yg Tanya kenapa ni, kitorang just cakap dia pitam je.. kereta dah sampai, gigih la kitorang ni angkat nak masuk kat tempat duduk belakang tu. Susah gila okeh. Dengan berat nye, dengan tak tau sape nak masuk dulu ape semua. Kelam kabut kejap. Tetiba ambulans dah sampai. So abang ambulans tu kata naik ambulans je senang. Ok, pindah balik dari kereta masuk ambulans.  Masa tu kitorang dah cakap dgn Laoshi kitorang nak pergi hospital bwk Lina ni.  Dia pun naik atas balik continue kelas. Aku tak tau la suasana dalam kelas cmne waktu tu haha.

Ok dah masuk dalam ambulans, aku belah kanan, Fath belah atas kepala dia. Afi duduk kat tepi bahagian kaki, and Mila kat hujung kaki. Bersesak la jap kitorang kat dalam tu.  Masa ni Lina dah ketap gigi dia macam orang kena kancing gigi tu.  Kitorang risau nnt dia tergigit lidah, gigih la try bukak mulut dia nak sumbat kain. Empat orang try nak bukak tu pun susah eh. Mesti sakit Lia nanti bila dia dah sedar haha. So akhirnya dapat sumbat kain kat gigi dia. Ambulans masa ni dah bergerak. Masa ni around 7pm cmtu..

Dah naik ambulans, kes pulak mcm ni, mmg laju la abg tu bawak. Kitorang kat belakang ni dgn nak jaga Lina lagi, nak stabilkan diri lagi, memang pening la.  Fath bukak surah yassin kat hp dia.. sambil tu kitorang baca jugak yassin. Nasib baik sempat ambil kat surau tu.. dah masa kitorang baca tu lagi laaa dia agresif. Siap nak bangun ni. Tapi mata pejam. Eh dia ni.. puas dok tolak dia suruh baring balik. Dengan kaki tendang2 nye. Last2 si Mila ni duduk atas kaki dia haha.  Tengah baca2 yassin, hp Fath buat hal. Tetiba yassin tu takde bunyi.. still play, tapi no sound. Try bukak lagu lain ada.. dah try on off pun sama.  Adehh. Lagi buat cuak..

Abang ambulans tu kata, takpe dik. Biar je dia, takyah baca pape, dia panas tu, tu yang ganas semacam..  so kitorang pun ok la dah stop baca..tapi aku baca gak ayat kursi, more to untuk diri aku, sebab aku tau kang dia takde pape aku yang lebih lebih kang haha.masa aku baca tu perlahan je, just untuk diri aku dengar..masa baca tu pulak aku tunduk..lepas dah habis baca, aku pun angkat la kepala. Skali kau. Ha. Lina tengah pandang aku, mata terbeliak macam marah tu.  Huwaaaa ketar terus aku, terus aku paling belah kiri, pastu cakap kat Fath, ‘weh, kau tutup mata dia tu’. Fath pun tutup la dgn tangan dia sampai la kitorang sampai kat hospital.  

Sebelum turun dari ambulans, abang tu cakap dgn kitorang, ‘kalau dorang Tanya cakap je dia pitam, jgn cakap benda lain’ so kitorang pun ‘orait bang’.  Orang hospital pun angkat la dia naik atas stretcher, and sampai masa ni dia still pandang aku eh. Siot btol. Dorang tolak dia masuk emergency.  Kitorang yang lain ni tunggu la kat waiting area.  Oh lupa nak cerita, ada 3 kereta classmate kitorang follow skali ambulans masa ni.. so yg 10 orang yg tolong Lina ni semua ikut skali pergi hospital..

Dah tunggu lama, kitorang still tak boleh tgk Lina. Doctor bagi family je masuk. Kitorang dah call family LIna, dorang tgh otw masa ni. So decide utk pergi solat dulu.. masa dlm surau, masa ni aku pegi solat dengan Fia dulu, dengar ada makcik dua orang ni dok bersembang. Bla bla bla ‘kena ikat, bla bla bla nak terjun katil, bla bla bla mcm kena sampuk’. Aku dgn Fia pandang satu sama lain, pastu makcik tu Tanya, kawan awak ke yang kat dalam tu..kitorang angguk, tanya macam mana dia kat dalam tu, sebab makcik tu baru lepas jaga anak dia..pastu makcik tu cakap ‘kesian dia, doctor ikat tangan kaki dia kat katil..makcik rasa kena sampuk tu.. kitorang pun ha ha kan aje. Habis  solat terus pegi cite kat member2 yang lain.  

Last2 kitorang dapat jugak masuk, tapi tu pun sorang je. Aku mmg tak la nak masuk, so Fath pergi teman dia.. memang tangan kaki dia kena ikat kat katil sbb doctor cakap dia nak terjun katil.  Masa ni dia dah sedar, dia cakap kat Fath ‘ bukak la tangan dgn kaki Lina ni, sakit, Lina nak pegi toilet.’ Pastu Fath pun tak brani agaknya, dia cakap je ‘doktor tak bagi la Lina’. Tak lama pastu family dia sampai, kitorang cite ape  yang jadi kat akak Lina ni.. masa tu around 830pm cmtu.. akak Lina suruh kitorang balik, sbb dah malam lps tu boleh tahan jauh nak balik ni.

Balik la kitorang ni pun.. 3 kereta konvoi.. dalam kereta masing2 diam je haha. Cuak lagi tak habis.. pastu berhenti rnr utk solat isyak, pastu sambung perjalanan nak balik umah sewa masing2.. so malam tu habis mcm tu je. Sbb family dia bwk balik rumah untuk berubat.

Lepas seminggu baru Lina masuk kelas.. dia cakap terima kasih kat semua orang yg tolong dia.. bila kitorang tanya psl kes aritu, dia kata benda tu saje nak kacau..  and masa ni, ingat kan masa mula2 cerita ada member kitorang tegur suruh baca baca sikit masa urut tu? Sebenarnya dia dah Nampak benda tu dalam kelas kitorang.. dia ingatkan benda tu duduk diam2 je kat situ tak kacau..skali masa Lina nak bangun pegi tandas tu, masa tu dia masuk.. and Lina yang kurus tapi berat gila sampai 10 orang angkat tu? Kawan aku tu cakap, benda tu duduk atas Lina, bersila mcm sami duduk tu. Huhu. Sebab tu berat.

Sekian..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2015 01:48 PM | Show all posts
best citer tt
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 01:48 PM | Show all posts
best citer tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2015 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mamapea replied at 30-1-2015 01:48 PM
best citer tt

Thank you mamapea
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 01:14 PM | Show all posts
best..best...
takde sambungan ke TT??
citer lagi... nak baca ni.. hihihi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.383066 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list