View: 8875|Reply: 71
|
[Tempatan]
Panggil Rosmah untuk di siasat. Aku hanya mampu tersenyum!
[Copy link]
|
|
15 January 2015
PETALING JAYA : Tindakan pantas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang dilaporkan akan mengeluarkan waran tangkap kepada tiga gadis bertudung yang berpeluk dan bercium dengan bintang K-Pop dilihat agak keterlaluan dan berlebih-lebihan.
Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin mendakwa bahawa sebaliknya jabatan itu gagal bertindak ke atas Datin Seri Rosmah Mansor yang memeluk pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
Sehubungan itu blogger itu mengecam JAWI yang disifatkannya ingin “tumpang semangkuk” dalam isu K-Pop kerana mahu menunjuk-nunjuk kuasa dan keprihatinan mereka terhadap perbuatan maksiat dalam negara.
Dakwanya, banyak perilaku maksiat termasuk secara terang-terangan dan media sosial yang tidak diambil tindakan.
Beliau mencabar JAWI: ”Panggillah Rosmah untuk disiasat dan jika enggan, keluarkanlah waran tangkap juga? Kenapa ketika itu JAWI diam saja?”
”Walhal, banyak maksiat lain yang terang-terangan berlaku dalam masyarakat, tidak pula JAWI bersungguh mahu membanterasnya,” tulisnya dalam entri terbaru blog shahbudindotcom.blogspot.com.
Beliau mendakwa, maksiat, pergaulan bebas, adegan tidak senonoh di tempat awam, berpeluk dan bercium yang melibatkan orang Islam sebenarnya bukanlah sukar untuk dihidu oleh JAWI jika mereka benar-benar ingin membanterasnya.
“Sebenarnya banyak lagi maksiat nyata dan terang-terangan yang sepatutnya lebih diambil peduli oleh JAWI berbanding perlakuan gadis-gadis remaja dengan artis K-Pop itu,” ujarnya.
Shahbudin turut mengecam JAWI dengan menyifatkan pejabat agama itu seperti budak baru ”masuk jawi”, tidak matang dan terangsang dengan perkara remeh.
“Makanya, eloklah JAWI ‘bersunat’ dulu agar tindakannya tidak kekok di mata masyarakat,” katanya.
Bekas Naib Pemuda Wangsa Maju itu juga menyarankan tindakan diambil terhadap pelakon-pelakon yang menayangkan aksi berpeluk, bercium, berkemban dan bermesra atas katil di kaca televisyen.
“Adalah penting untuk JAWI bertindak berdasarkan keutamaan dalam masyarakat. Maksiat dan adegan tidak senonoh lain berlaku sepanjang masa dan berleluasa, manakala aksi remaja dengan bintang K-Pop itu hanyalah aksi terpencil saja. Ia boleh ditangani dalam bentuk yang lain atau secara diam-diam sahaja,” tambahnya.
Beliau menulis: ”Dengan menghebohkan tindakan dalam perkara yang kecil dan remeh, tetapi mengabaikan maksiat yang lebih besar dan terang dalam masyarakat, hanya mendedahkan JAWI kepada kecaman dan pensendaan masyarakat semata-mata.” -Fmt
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah ada orang sedarkan jawi ..... |
|
|
|
|
|
|
|
kah kah kah... lagilah terserlah kehaprakan umno bn.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan ni salah sorang forummer cari kot gamaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
kahkahkah berulatla kepala pengarah jawi nak jawab soalan ni. abes nnti keluar fatwa2 menghalalkan pelukan ibu mah kepada anak nya chong wei sebagai pembakar semangat.kahkahkah!! |
|
|
|
|
|
|
|
Datin Seri hanya menjalankan tanggungjawab.
Jauh berbeda dengan budak perempuan tersebut yang melampiaskan kegedikan mereka sahaja |
|
|
|
|
|
|
|
cecari replied at 15-1-2015 10:19 PM
kah kah kah... lagilah terserlah kehaprakan umno bn.
aikk td tarbiah org kata jgan banding2 dosa.. yg ni ttbe menyokong pula? aiyooooooo... lu ckap byak pusing arrr... |
|
|
|
|
|
|
|
apa dia ngok ? hang mengigau ka? |
|
|
|
|
|
|
|
pukul rata semua sekali lah
alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan |
|
|
|
|
|
|
|
korang sbnr nk jawi buat mcm mn?klu jawi senyap korang kata jawi pekak,buta,bisu.ni jawi tegas korang marah plk..pening jawi tau |
|
|
|
|
|
|
|
akak berharap jabatan agama segera mengambil tindakan dan hadap ke mahkamah pada orang dibawah ni, jangan pilih kasih jika tidak mahu menerima balasan yg amat berat diakhirat nanti atas tanggungjawab mereka yg bekerja di jabatan agama....
|
|
|
|
|
|
|
|
Hurmmm....apa la nk jadi melayu kita ni |
|
|
|
|
|
|
|
anno_miss replied at 16-1-2015 01:18 AM
Hurmmm....apa la nk jadi melayu kita ni
Tepuk dada tanya iman |
|
|
|
|
|
|
|
iols sokong kak mah, semoga kak mah bincang dgn freemason mansuh semua jabatan agama, biar semua org bebas bermazhab agama, go Rosmah |
|
|
|
|
|
|
|
leni replied at 16-1-2015 01:24 AM
Tepuk dada tanya iman
Iman yg tersorok d dasar hati..terkambus dek napsu dan ego tinggi..huhuhu.sedey betul aaa..
|
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia... hmmm mcm-mcm ada |
|
|
|
|
|
|
|
jabatan agama dok lakukan aktiviti serbuan itu ini pun dikutuk dan dipersoalkan, kali ni boleh pulak tanya “Adalah penting untuk JAWI bertindak berdasarkan keutamaan dalam masyarakat. Maksiat dan adegan tidak senonoh lain berlaku sepanjang masa dan berleluasa, manakala aksi remaja dengan bintang K-Pop itu hanyalah aksi terpencil saja. Ia boleh ditangani dalam bentuk yang lain atau secara diam-diam sahaja,” tambahnya.
- look - remaja buang bayi, rempit, maksiat , salah laku ...
- semuanya menjadi bhn modal kutuk islam walaupun pelakunya yg tidak menghayati Islam
- aktiviti rutin seperti serbuan pihak berkuasa agama dan polis - dalam kes kes khalwat - akan juga dan sering menjadi sendaan di CI oleh golongan tertentu - frasa 'skodeng buat ape....' tunggu dan mengintip'
- nampak dak ? nampak yg pihak tertentu saja je dalam apa apa pun keadaan akan sendakan apa apa je tindakan seolah olah nak buat ini salah nak buat itu salah...dibanding kes kes dahulu sebab nak tunjuk selektif
walhal dalam organisasi memana pun tentunya ada amalan penambahbaikan ..dan feedback.. bila tak ambil tindakan boleh pulak keluarkan statement kat atas dengan frasa ' tumpukan kes kes maksiat yg blbla...'
selama ni dok buat pun hampa senda , jalankan tugas pun kena jugak?
|
|
|
|
|
|
|
|
ahkak senyum sinis aja la uols..
lobai2 caprut tu dgn bebudak pompuan depa berani la..
dasar pengecut |
|
|
|
|
|
|
| |
|