|
Kota Bharu: Dua lelaki yang memecah masuk sebuah rumah dua tingkat bukan saja melarikan barang berharga, malah turut mencabul mangsa berusia 21 tahun dalam kejadian di Jalan Sultan Yahya Petra di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, keluarga terbabit kerugian RM200,000 selepas suspek turut melarikan kereta milik mangsa.
Difahamkan, mangsa yang cedera di dahi menerima rawatan pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, ketika kejadian, mangsa tidur bersama ibunya berusia 55 tahun di bilik tingkat dua rumah berkenaan.
Katanya, ibu mangsa tiba-tiba terjaga dari tidur dan mendapati dua lelaki berada dalam bilik tidurnya sebelum suspek mengikat tangan, kaki, dan mulut mereka dua beranak.
“Kedua-dua suspek mencabul anak mangsa dengan mencium pipi selain mengugut mencederakannya menggunakan pisau yang diacu di leher.
“Suspek menggeledah barang berharga sebelum melarikan Toyota Vios di halaman rumah,” katanya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati pelbagai barangan milik dua beranak itu hilang termasuk RM7,000, barang kemas, telefon bimbit, komputer riba serta sebuah kereta.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 395, 397 dan 354 Kanun Keseksaan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 8:07 AM
P/S MASIH NAK BUAT MAKSIAT, TAK SERIK2 LAGI KER DGN MUSIBBAH BANJIR .......HAZAB LA UMMAH SERAMBI MEKAH NI |
|