CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4394|Reply: 9

Terokailah dunia 2015 ini dengan Air Asia!

[Copy link]
Post time 26-1-2015 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Terokailah dunia 2015 ini dengan Air Asia!




Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa kos tiket penerbangan anda begitu tinggi? Apabila anda ingin pergi melancong, selalunya tiket penerbangan andalah yang memakan sebahagian besar bajet perbelanjaan anda. Jika anda seorang pengembara yang ingin melancong dengan bajet terhad seperti saya, tiket penerbangan yang murah sudah tentunya amat dialu-alukan.

Setelah melakukan penyelidikan yang teliti dan melalui pembacaan menyeluruh, baru-baru ini saya telah mempelajari bahawa salah satu perkara yang paling penting yang perlu dilakukan apabila membuat perbandingan harga tiket adalah untuk meneliti setiap butiran dan mencari kos tersembunyi yang dipindahkan kepada kita oleh syarikat-syarikat penerbangan, terutamanya surcaj bahan api.

Apakah itu surcaj bahan api? Surcaj bahan api atau ‘fuel surcharge’ mula diperkenalkan pada tahun 2008 apabila harga minyak berada pada tahap paling tinggi sekali, iaitu sebanyak $147 setong. Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat penerbangan tidak menyingkirkan kos ini walaupun harga minyak telah jatuh. Dengan harga minyak semakin menjunam dengan setiap minggu yang berlalu, ini sememangnya tidak adil pada kita sebagai pelanggan.

Untuk tempahan tiket sila layari web : AirAsia

Saya pasti ada diantara anda mengumpul mata bagi penumpang kerap. Pernahkah anda cuba menebus mata anda untuk mendapat tiket penerbangan percuma dan tiba-tiba anda diberi bil untuk jumlah wang yang besar, walaupun anda menggunakan mata anda untuk menebus tiket tersebut? Sememangnya ada sesetengah caj yang wajib dikenakan, seperti cukai kerajaan dan ini tidak dapat dielakkan tetapi lain halnya dengan surcaj bahan api yang sudah pasti boleh dielakkan.



Malahan, untuk pengetahuan anda, surcaj bahan api ini tidak sebenarnya ditanggung oleh syarikat penerbangan. Oleh itu, ini adalah satu cara untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan sekali. Cuba anda renungkan, jika benar mereka menanggung surcaj bahan api ini, kesemua pesawat yang mempunyai laluan penerbangan yang sama seharusnya mempunyai surcaj yang lebih kurang sama, betul? Namun begitu, sekiranya anda melakukan analisis ringkas, anda akan mendapati bahawa surcaj yang dikenakan oleh setiap syarikat berbeza sekali.

Syukurlah kita mempunyai AirAsia, syarikat penerbangan tempatan kita. Berpegang teguh pada

slogan “Kini Sesiapapun Boleh Terbang” (“Now Everyone Can Fly”), AirAsia adalah salah satu daripada hanya segelintir syarikat penerbangan yang tidak mengenakan kos tambahan untuk minyak! Konsep ini juga diaplikasikan apabila anda ingin menebus mata AirAsia BIG yang telah anda kumpul untuk mendapat tiket percuma.

Anda boleh menjimat banyak wang sekiranya anda mengambil masa untul meneliti laman-
laman web setiap syarikat penerbangan untuk membuat perbandingan harga tiket dan untuk




memastikan anda tidak perlu membayar jumlah wang yang terlalu banyak hanya kerana tiket anda dikenakan surcaj bahan api. Bagi golongan muda terutamanya, jumlah wang ini boleh membawa perbezaan yang sangat besar, dari satu hari tambahan bercuti atau kita boleh menggunakan wang tersebut untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang kita sememangnya teringin lakukan di negara yang dilawat itu.

Jika semua ini adalah terlalu banyak untuk anda memproses atau jika anda lebih menyukai struktur butiran kos yang lebih ringkas, lawati www.airasia.com untuk menempah tiket penerbangan anda tanpa surcaj bahan api pada kadar berpatutan sambil mengumpul mata AirAsia BIG anda pada masa yang sama.

Biarlah AirAsia membantu anda merancang 2015 yang menarik dan mencabar untuk diri anda sendiri, rakan-rakan serta keluarga anda!


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2015 06:03 PM | Show all posts
marilah kita beli tiket! @piao   ajak roomate sekali
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 06:06 PM | Show all posts
berun replied at 30-1-2015 06:03 PM
marilah kita beli tiket! @piao   ajak roomate sekali

aku baru balik dari langkawi dengan crew pak ya kau nak ajak aku pg mana? Belanja aku ok je
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 06:11 PM | Show all posts

ada tiket gi mana hari tu.. rm19 je aku tengok
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 06:19 PM | Show all posts
rastaf replied at 30-1-2015 06:11 PM
ada tiket gi mana hari tu.. rm19 je aku tengok

Ni haaa kat sinar pun ada

KESEMUA pelanggan yang menggunakan khidmat syarikat penerbangan AirAsia akan menikmati tambang lebih murah berikutan pemansuhan surcaj bahan api bermula hari ini.

        Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pemansuhan surcaj bahan api tersebut akan dilaksanakan ke atas kesemua syarikat penerbangan di bawah kumpulan AirAsia, serta syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh AirAsia X, Thai AirAsia X dan Indonesia AirAsia X.

        Jelas beliau, langkah tersebut diambil selaras dengan penurunan harga minyak global.

“Kami akan terus memastikan kos penerbangan adalah pada harga yang paling berpatutan.  Keputusan ini telah dibuat pada November 2014, selaras dengan penurunan harga minyak global.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 06:19 PM | Show all posts
KATANYA :

“Kami akan terus memastikan kos penerbangan adalah pada harga yang paling berpatutan.  Keputusan ini telah dibuat pada November 2014, selaras dengan penurunan harga minyak global.

        "Namun, kami hanya boleh melaksanakannya sekarang, tetapi kami percaya dengan memansuhkan surcaj bahan api dan mengurangkan kos perjalanan akan memberi lonjakkan dalam industri pelancongan. Ini akan menjadi faktor tambahan bagi para pengguna, tetapi ekonomi juga akan mendapat manfaat kerana industri pelancongan adalah industri yang membuka banyak peluang pekerjaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2015 06:21 PM | Show all posts
piao replied at 30-1-2015 10:19 AM
KATANYA :

“Kami akan terus memastikan kos penerbangan adalah pada harga yang paling berpatutan.  ...

ni ha piao...

Surcaj bahan api dihapuskan, harga tiket AirAsia serendah RM19 kalau RM 19 boleh lah aku belanja.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 06:22 PM | Show all posts
piao replied at 30-1-2015 10:19 AM
Ni haaa kat sinar pun ada

KESEMUA pelanggan yang menggunakan khidmat syarikat pener ...

lain kali tepek kasi penuh la!




KESEMUA pelanggan yang menggunakan khidmat syarikat penerbangan AirAsia akan menikmati tambang lebih murah berikutan pemansuhan surcaj bahan api bermula hari ini.

        Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pemansuhan surcaj bahan api tersebut akan dilaksanakan ke atas kesemua syarikat penerbangan di bawah kumpulan AirAsia, serta syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh AirAsia X, Thai AirAsia X dan Indonesia AirAsia X.

        Jelas beliau, langkah tersebut diambil selaras dengan penurunan harga minyak global.

“Kami akan terus memastikan kos penerbangan adalah pada harga yang paling berpatutan.  Keputusan ini telah dibuat pada November 2014, selaras dengan penurunan harga minyak global.

        "Namun, kami hanya boleh melaksanakannya sekarang, tetapi kami percaya dengan memansuhkan surcaj bahan api dan mengurangkan kos perjalanan akan memberi lonjakkan dalam industri pelancongan. Ini akan menjadi faktor tambahan bagi para pengguna, tetapi ekonomi juga akan mendapat manfaat kerana industri pelancongan adalah industri yang membuka banyak peluang pekerjaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

        Tambahnya, AirAsia merupakan syarikat penerbangan pertama yang memansuhkan surcaj bahan api bagi kesemua destinasi penerbangan domestik dan antarabangsa pada tahun 2008.

        Bagaimanapun kenaikan harga minyak secara mendadak memaksa syarikat penerbangan tersebut memperkenalkan semula surcaj bahan api dalam tambangnya pada tahun 2011.
        Mengulas lanjut mengenai pemansuhan surcaj bahan api itu, Tony berkata, ia membolehkan penumpang menikmati kadar tambang serendah RM19 sehala.
“... dan tambang termasuk semua bagi penerbangan antarabangsa bermula dari serendah RM49 sehala,” ujarnya lagi.

        Untuk maklumat lanjut, pengguna dan pelanggan boleh melayari www.airasia.com, atau laman mobil mobile.airasia.com dan applikasi mobil bagi iPhone dan peranti android untuk mengetahui perkembangan AirAsia, promosi, aktiviti serta peraduan.

        Pengguna juga boleh mendapatkan informasi tambahan di Twitter rasmi AirAsia (twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2015 06:27 PM | Show all posts
boleh lah pg merantau jap dekat2 pun jadi la
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 06:32 PM | Show all posts
piao replied at 30-1-2015 06:19 PM
Ni haaa kat sinar pun ada

KESEMUA pelanggan yang menggunakan khidmat syarikat pener ...



pergi danok murah tak. kalau murah aku nak pergi ulang alik tiap minggu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.283669 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list