CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2015|Reply: 2

11 Sebab Utama Pasangan Suami Isteri Menamatkan Rawatan IVF (Tamat)

[Copy link]
Post time 29-1-2015 10:26 AM | Show all posts |Read mode
11 Sebab Utama Pasangan Suami Isteri Menamatkan Rawatan IVF (Tamat)
Masalah kesihatan: Suami atau isteri menghidapi virus atau penyakit yang sukar dirawati, dan ini mungkin menjejaskan kesihatan embrio, oleh itu terpaksa menamatkan rawatan IVF.

Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis bacteria,virus, tambahan pula perkembangan ekonomi yang pesat dan pengangkutan awam yang maju, kami boleh melawat ke tempat lain dengan agak mudah. Oleh itu, kuman dan virus berpeluang untuk merebak ke kawasan yang agak luas, seterusnya ini meningkatkan peluang kami menjangkiti kuman atau virus.


Dalam kebanyakkan masa, virus atau bacteria itu tidak akan membawa kesan yang ketara sebaik sahaja memasuki badan manusia. Akan tetapi, ia akan bersembunyi dalam badan, apabila menghamil , ia mungkin akan mengambil tindakan ke atas embrio, dan menyebabkan kerencatan pertumbuhan embrio atau menyebabkan keguguran.


Oleh itu, jika doktor mendapati bahawa pasangan suami isteri mengjangkiti virus, untuk menjamin keselamatan, biasanya doktor akan menasihati pasangan menghentikan rawatan ini segera, dan biasanya mereka akan menerima nasihat ini agar tidak membawa kemudaratan kepada zuriat mereka.


Selain itu, pakar dari pusat kanser Negara Nertheland pernah mendapati bahawa rawatan IVF mungkin akan mendatangkan penyakit kanser selepas penyelidikan mereka.


Pada mulanya,mereka berpendapat bahawa ubat yang digunakan untuk merangsangkan kesuburan juga akan merangsangkan sistem hormon dalam wanita pada masa yang sama.  Dan sekiranya wanita itu berasal dari keluarga yang mempunyai sejarah penyakit kanser serviks, kanser rahim, kanser dada, kanser endometrium atau kanser ovari, maka dia dianggap menanggung risiko yang tinggi untuk menghidap kanser (bergantung kepada jenis kanser yang dihidap oleh ahli keluarganya)selepas menerima rawatan IVF.


Oleh itu, pakar-pakar pusat pusat kanser Negara Nertheland menjalankan penyelidikan yang agak panjang dengan seramai 30ribu orang wanita, dan mendapati bahawa terdapat banyak wanita yang menjalankan rawatan IVF mempunyai tumor dalam ovary mereka.


Hasil penyelidikan ini ditajakan oleh bahagian penyelidikan kesihatan Negara Nertheland, dan hasil ini telah diterbitkan dalam majalah perubatan《Human Reproduction》.Akan tetapi adakah kenyataan ini betul atau tidak , masih dalam tahap perbincangan.


Namun begitu, ini telah membimbangkan segelintir wanita, dan tambahan pula , dalam peringkat pertengahan rawatan, mereka mendapati hormone mereka berada dalam paras yang merbahaya, untuk mengelakkan tragedy terjadi, mereka memutus untuk menamatkan rawatan IVF secepat mungkin.


Tetapi, samada mereka menamatkan rawatan segera atau meneruskan rawatan IVF, mereka patut mengambil perhatian ke atas mereka sendiri. Cara yang lebih bijaksana adalah mengadakan ujian Papsmear dan Pelvis Ultrasound setiap tahun.


Selain itu, diingati bahawa biasanya kebanyakkan pasangan suami isteri sudah menghidapi penyakit, tetapi mereka tidak mengambil berat terhadapnya , atau langsung mengabaikannya, hanya menumpukan perhatian mereka ke atas beranak sahaja. Mereka tidak tahu penyakit itu mungkin merupakan faktor utama menjadikannya ketidaksuburan.


Akibatnya, masalah mereka kian serius, dan mungkin juga tidak sesuai untuk menjalankan IVF lagi. Sebenarnya, jika mereka mengambil berat tentang penyakit yang dijangkiti oleh mereka pada awalnya, dan mengambil tindakan yang sesuai, kesihatan mereka akan menjadi semakin baik, dan sesuai untuk menjalankan IVF dan peluang kejayaanya tidak rendah.


Kesimpulan: Bagi 11 liputan analisis yang kami bincangkan selama ini, kami percaya kamu semua sudah mengetahui IVF dengan baik, dan memahami keburukannya, jadi jika kamu bukan sebenarnya memerlukan rawatan IVF, janganlah cuba berpura-pura. Jika kamu berdua memang memerlukan rawatan IVF, adalah bijaksana memelihara badan anda sebelum menjalankan rawatan itu, untuk meningkatkan peluang kejayaan IVF.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman ini

https://www.facebook.com/pages/Ladies-Wombs/749625985082587



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2015 11:20 AM | Show all posts
haha ni saje la bergosip.. membe2 cine aku byk yg buat ivf ni.. mmm..ironi, drg kaye2 but takde rezeki anak..
tapi ade 4 5 org yg da berjaye dpt anak , ank2 pun da meningkat bsr ( umur 3 4 tahun ) tapi perangai pelik2, degil2.. tak tahu la sbb ivf ke sbb genetik huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 09:09 AM | Show all posts
matahari7001 replied at 29-1-2015 11:20 AM
haha ni saje la bergosip.. membe2 cine aku byk yg buat ivf ni.. mmm..ironi, drg kaye2 but takde reze ...

anak ivf i dah 7 bulan.. harap dia jadi anak yang soleh...aminnn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.235904 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list