View: 2110|Reply: 7
|
[Dunia]
Guru dibenar bawa pistol ke sekolah
[Copy link]
|
|
- Para guru diberi latihan cara untuk mengendalikan senjata api oleh polis.
ISLAMABAD - PAKISTAN. Guru di barat laut Pakistan dibenarkan untuk membawa pistol ke sekolah susulan serangan berdarah yang dilancarkan pejuang Taliban dan meragut kira-kira 145 nyawa di bandar Peshawar pada bulan lalu.
Menteri Pendidikan wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Atif Khan memberitahu mereka akan memberikan permit kepada guru yang mahu membawa senjata api.
Difahamkan, pihak berkuasa sudah mula memberi latihan berkaitan prosedur dan cara untuk mengendalikan pistol kepada para guru sejak minggu lalu.
Menurut Press TV, dalam satu kenyataan lain, Menteri Maklumat, Mushtaq Ghani turut mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa langkah tersebut terpaksa diambil kerana kekurangan anggota polis untuk memberi kawalan keselamatan kepada institusi pendidikan di wilayah terbabit.
"Bilangan anggota tidak mencukupi untuk memantau kira-kira 35,000 sekolah, kolej dan universiti di seluruh wilayah ini," jelasnya.
Kerajaan dilaporkan telah mengetatkan kawalan keselamatan termasuk membina pagar kawat berduri di sekolah di seluruh negara bagi menangkis sebarang bentuk serangan yang mungkin dilancarkan Taliban pada masa akan datang.
sumber:sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
|
pergh dasatnya sampai kene bawa senjata api g skolah
kental betul guru2 kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
Mati la murid2. Tak siap kerja sekolah kena tembak |
|
|
|
|
|
|
|
patut buat kt malaysia skali
skrg perompak2 pn main parang dgn cikgu tadika.
harap cikgu2 bole bawa pistol
kan dh tkle merotan skrg, tunjuk je pistol kt budak2, mau terkencing dorg.. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn tertembak kaki sendiri sudah |
|
|
|
|
|
|
|
Saya mau kawin sama cigu Pakistani he lah itu maciam. Boleh pinjam bini punya pisetol, sana sini main timbak2.Sini Malaysia punya cikgu harap Kemen Pendidikan bagi pirmit pisitol sama rotan.Sini budak2 banyak suda naik lemak .Sipa pilok2 KPop kasik hantam habes |
|
|
|
|
|
|
|
Pakistan ni tak sudah sudah huru haranya |
|
|
|
|
|
|
|
dh mcm negara koboi plak.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|