View: 7315|Reply: 25
|
Rozita Rohaizad ikut jejak Saloma
[Copy link]
|
|
PENYANYI dan pelakon Rozita Rohaizad akan membawa lagu rentak Rap pada Festivall Pelbagai Budaya Nasional Canberra 2015 selama dua hari bermula 13 Februari ini.
Anak seniwati Mariani atau nama sebenarnya Mariam Ismail berkata ia satu cabarang memandangkan bukan mudah untuk membawa lagu Rap memandangkan beliau memiliki suara yang lembut, namun menyahut cabaran itu bagi membuktikan dirinya penyanyi serba boleh.
Rozita berkata lagu lagu versi rap 'Kenek-Kenek' itu dirakamkannya pada tahun lepas bersama penyanyi rap Dior dan Doul, dan untuk persembahan di Canberra beliau akan menyampaikan secara solo.
"Saya beraksi dalam kategori melibatkan konsep persembahan 'Flavour of Malaysia' meliputi lagu-lagu berentak tradisional seperti Joget Budaya, Kenek-Kenek, Manusia dan Jelingan Manja.
"Persembahan selama 30 minit akan diiringi oleh kumpulan penari terdiri daripada pelajar Malaysia yang menuntut di Canberra, Melbourne dan Sydney," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Rozita berkata, tujuan festival itu bagi mempamerkan pelbagai bentuk kebudayaan dari seluruh dunia.
"Saya mengikuti jejak langkah mama (ibu saudaranya Allahyarhamah Seniwati Saloma) yang pernah menyanyi di Australia pada 1958, jadi saya tak sangka akan mengikuti jejak arwah mama ke negara yang sama," katanya yang bakal mengayakan dua busana tradisional rekaan pereka fesyen terkenal, Salikin Sidek.
Mengulas mengenai pemilihannya ke Canberra Rozita berkata, dia menghantar portfolio mengenai penglibatannya dalam seni suara kepada pihak yang menguruskan dirinya di Australia sebelum terpilih mewakili Malaysia dalam festival tersebut.
Rozita terlibat dalam arena seni suara sejak 1978 dengan komposer Ahmad Nawab banyak menaikkan namanya dalam industri seni melalui lagu-lagu ciptaannya.
Antara album lagu yang pernah dihasilkan beliau ialah Hari Yang Kunantikan Kekal Abadi, single Kenek-Kenek serta single lagu hari raya berjudul Raikan Lebaran. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Rozita berkata lagu lagu versi rap 'Kenek-Kenek' itu dirakamkannya pada tahun lepas bersama penyanyi rap Dior dan Doul, dan untuk persembahan di Canberra beliau akan menyampaikan secara solo.
@sepitsiput dan @putehkundor pasti suka ni |
|
|
|
|
|
|
|
enchikfitz replied at 3-2-2015 10:08 AM
@sepitsiput dan @putehkundor pasti suka ni
X perlu ya... @putehkundor je fanatik heshe
Pelik betul... bawak satu bas penari boleh.. tp nk angkut dua rapper joun skali x boleh.. kang x pasal2 kene nyanyi rap... dior dgn doul tu byk show sgt ke mslhnya? Apa salahnya angkut skali.. kerajaan sponsor kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Khennn.....nak kaut sorang je kot. Tak best kalau duit show kena bahagi2. Walaupun sendu
|
|
|
|
|
|
|
|
sepitsiput replied at 3-2-2015 10:19 AM
X perlu ya... @putehkundor je fanatik heshe
Pelik betul... bawak satu bas penari boleh.. tp nk ...
penari2 tu bkn terdiri dr pelajar2 Msia kat OZ nun ke kaka? x de la byk belanja transport bwk penari pun nmpknya. |
|
|
|
|
|
|
|
ooh konsepnya...
ni kira trip jimat kos la ni? choy...klu meols, buang jah part rap tu
|
|
|
|
|
|
|
|
teruknya suara si dior ni. makcik bukak youtube cari video dia menyanyi.
dia tak nak stop menyanyi ke? suara tak sedap langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
ok.. shin suka suara siti rohaizad ni.. maybe sbb shin minat saloma + Katrina dahari kot |
|
|
|
|
|
|
|
x bape kenalah makcik nih kan |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat jugak sheols punye usaha meng'international'kn diri, hantar portfolio ke oz...anyway mampoo ke acik nih rap...panjang napas beliau... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa x penah dgr? Di luar liga uji rashid, tok pah, tok kathy, dan yg swwaktu dgnnya |
|
|
|
|
|
|
|
wajahnya persis raja azura
|
|
|
|
|
|
|
|
Mati2 ingatkan kak engku versi tersalah injek.. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah tgk vid si dior tuh..aduh..betul2 membazir beberapa minit dalam hidup aku.. fail tahap dewata raya... |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk rupa je sedih... Anyway all d best la acik ya... |
|
|
|
|
|
|
|
bila bc komen2 br perasan muka she mcm sape... hihih |
|
|
|
|
|
|
|
baru tgk acik ni nyanyi kat mhi..
nak nangis tgk menari..seksi plk tbelah suar nampk peha.siap ala2 rap..umur plk lg tua dr mak aku. |
|
|
|
|
|
|
|
pagi tadi aku dok tuko pampers anak. bukak tv3. nampak acik ni.
terkejut kejap.
sapekah.
laki aku kata "dah tua rasanya akak ni, takkan nak menyanyi lagi.." |
|
|
|
|
|
|
| |
|