CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3899|Reply: 28

[Tempatan] Punca Kenapa Tarif Elektrik Tidak Turun

[Copy link]
Post time 4-2-2015 08:27 AM | Show all posts |Read mode

“SEBELUM ini tarif elektrik naik kerana kenaikan harga minyak dunia. Sekarang harga minyak dunia sudah turun, tentu tarif elektrik juga turun!”

Demikian luahan hati sebilangan besar pengguna dan harapan sesetengah pihak sebelum penstrukturan semula Bajet 2015 baru-baru ini. Namun, pengumuman  yang dibuat mengenai tarif elektrik hanyalah ia tidak dinaikkan.

        Tidak hairanlah perasaan tidak puas hati itu diluahkan dalam media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya dengan pelbagai tohmahan dan bahasa yang kurang enak didengar, dilemparkan kepada kerajaan dan TNB.

        Hakikatnya tidak ramai yang memahami bahawa penurunan harga minyak dunia sebenarnya tidak memberi kesan secara langsung kepada tarif elektrik semasa.

        Ini kerana bagi penjanaan tenaga elektrik, bahan api utama yang digunakan adalah gas asli berpaip dan gas asli cecair atau LNG (pada kadar sekitar 55 peratus campuran bahan api). Selebihnya arang batu, hidro dan tenaga diperbaharui (Renewable Energy (RE)).

        Ramai yang tidak tahu bahawa menurut Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), penetapan harga  LNG adalah berasaskan kepada nilai eksport dari Bintulu dan harga Japan Customs-Cleared Crude (JCC) di mana berlaku kesan jeda masa, masing-masing antara dua hingga empat bulan dan lima hingga tujuh bulan.

        Ramai juga yang tidak sedar, ketika semakan terakhir tarif dibuat pada 1 Januari 2014 harga pasaran LNG adalah ditanda aras (benchmarked) pada RM41.68/mmBtu tetapi dalam tempoh Oktober hingga Disember 2014, harganya telah meningkat kepada RM46.04/mmBtu.

        Satu lagi fakta yang ramai tidak tahu ialah harga gas asli berpaip, ketika penetapan tarif pada 1 Januari 2014 telah ditetapkan pada harga subsidi RM15.20/mmBtu (juta metrik unit termal British) jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan harga LNG RM46.04/mmBTU (untuk tempoh Oktober hingga Disember 2014).

        Jelas secara amnya, sudah tentu tidak munasabah harga elektrik di Semenanjung turun ketika ini.

        Menurut KeTTHA, sebarang pergerakan naik atau turun pada harga minyak mentah dunia akan hanya memberi kesan kepada harga LNG selepas lima hingga tujuh bulan.

        Bagi pihak yang merasakan kejatuhan harga arang batu ketika ini (sekitar AS$70 setan) pula sepatutnya memberi kesan penurunan tarif elektrik, mereka perlu faham bahawa harga arang batu yang rendah ini tidak dapat menampung harga LNG yang telah naik.

        Penyusutan nilai ringgit berbanding US dolar ada impaknya kepada kos pembelian arang batu. Penurunan nilai ringgit ini juga menjejaskan faedah penjimatan yang diperolehi TNB daripada kejatuhan harga arang batu.

        Seperkara lagi yang perlu difahami, tarif elektrik di Semenanjung Malaysia ditetapkan menerusi sistem kawal selia berasaskan insentif (Incentive Based Regulation (IBR)) yang merangkumi mekanisme Pelepasan Kos Ketidakseimbangan (Imbalanced Cost pass-Through (ICPT)) yang dilaksanakan pada Januari 2014.

        Mekanisme ICPT tersebut membolehkan kerajaan untuk menyemak kadar tarif setiap enam bulan berdasarkan perubahan dalam harga bahan api dan penjanaan.

        Malah, sistem yang serupa juga telah diamalkan di kebanyakan negara maju seperti Australia dan negara-negara jiran Asia Tenggara seperti Australia, Singapura, Thailand dan Filipina.

        Susulan keputusan kerajaan pada 5 November 2014 lepas, kerajaan akan menyerap kos ICPT yang dianggarkan untuk tempoh Januari hingga Disember 2014, berjumlah RM847.96 juta menerusi penjimatan daripada rundingan semula perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan penjana tenaga bebas (IPP) generasi pertama.

        Namun demikian, wang terkumpul melalui penjimatan rundingan semula PPA tersebut adalah terhad dan tidak akan mencukupi untuk menampung kenaikan harga bahan api di masa-masa yang akan datang.

        KeTTHA sebelum ini telah menjelaskan semakan tarif akan dibuat untuk mencerminkan perubahan dalam harga bahan api dan penjanaan berdasarkan mekanisme ICPT tersebut.

        Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga (AWER), S Piarapakaran dipetik sebagai berkata, beliau tidak menjangkakan sebarang semakan akan dibuat untuk semakan tariff yang dijadualkan Julai tahun ini.

“Walaupun harga minyak jatuh, masih terdapat kos tetap seperti caj kapasiti, pengedaran dan penghantaran. Oleh itu, jika harga LNG jatuh, kita tidak mungkin dapat melihat kesan dalam semakan semula tarif akan datang pada Julai ini.

“Ini kerana harga gas berpaip yang ditetapkan pada RM 15.2 setiap mmBTU adalah ‘harga subsidi’,” katanya.

        Piarapakaran berkata, walaupun pengguna  menjangkakan tarif elektrik jatuh seperti harga minyak, sektor elektrik sebenarnya lebih rumit.

        Dianggarkan sebanyak 42 peratus daripada tarif elektrik purata adalah untuk menampung kos bahan api seperti gas dan arang batu.

        Selebih 58 peratus lagi adalah untuk caj kapasiti penjanaan, kos penghantaran (transmission) dan kos pembahagian (distribution) elektrik.

[url=]http://www.sinarharian.com.my/rencana/punca-kenapa-tarif-elektrik-tidak-turun-1.356733
[/url]

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2015 08:31 AM | Show all posts
yadaa yadaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 08:33 AM | Show all posts
aku dah kata bil elektrik tak boleh turun korang degil....

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 08:47 AM | Show all posts
kalu ikut ismail sabri,

kene boikot tnb skali..

pi pakai dinamo basikal, wat letrik sendiri

kayuh smpai basah ketiak

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 08:53 AM | Show all posts
minyak naik balik nti ke US$80 mulalah ckap " kita xboleh tahan lagi kos meningkat untung kurang "
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 09:12 AM | Show all posts
macam2 alasan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2015 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Yaa rite...wateverlah..

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 10:08 AM | Show all posts
ba bla bla bla bla bi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2015 10:16 AM | Show all posts
bila nak naik alasan mudah dan senang - Harga minyak dunia naik

bila suruh turun - walaupun harga minyak turun banyak TAPI blah blah blah blah blah...blah blah....byk laa ko punyer alasan kemain panjang explaination....puiihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 10:20 AM | Show all posts
bila nak naik takde plak sebut kesan tu sampai tujuh bulan..bila nak turun mulalah bagi alasan yang buat muntah hijau....

Ni masalah bila syarikat yang menyediakan keperluan asas di senaraikan di bursa saham..setiap tahun mesti kena bagi dividen atau pulangan yang lebih tinggi pada pencarum..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 10:23 AM | Show all posts
Sarawak Energy turun
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 12:45 PM | Show all posts
        Menurut KeTTHA, sebarang pergerakan naik atau turun pada harga minyak mentah dunia akan hanya memberi kesan kepada harga LNG selepas lima hingga tujuh bulan.


so, kena tunggu few months untuk tengok impact pada LNG..
hopefully by that time, takde lagi excuse lain kenapa tarif elektrik tak turun..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 12:49 PM | Show all posts
Sejak guna lampu LED ni bill asyik turun sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 12:53 PM | Show all posts
Whatever.....nasib baiklah tnb tu monopoli...terpaksa hadap
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 12:55 PM | Show all posts
ahmad sabri terlupa suh boikot TNB ka?



Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 12:59 PM | Show all posts
Tarif letrik naik masa bahanapi mahal dulu pun hanya untuk pelanggan industri & komersial saja.

Apahal golongan yg tak ada sebarang bisnes nak melalak suruh turun tarif plak sekarang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2015 01:00 PM | Show all posts
cilaka cina TNB
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 01:08 PM | Show all posts

mohon macai low IQ @Modngengade ikot saranan boikot TNB





Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 01:09 PM | Show all posts
BotakChinPeng replied at 4-2-2015 12:59 PM
Tarif letrik naik masa bahanapi mahal dulu pun hanya untuk pelanggan industri & komersial saja.

A ...

kalo tarif letrik utk industri & komersil turun, kos barang pun turun laaa ngok
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 01:14 PM | Show all posts
kecimpret replied at 4-2-2015 01:09 PM
kalo tarif letrik utk industri & komersil turun, kos barang pun turun laaa ngok

Bodohnya engkau ni. Hidup dah lama pun tak sedar lagi harga barang tak turun bila tarif letrik turun.



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.212527 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list